Assalamualaikum semua
Malam tahun baru, baru-baru ni instead of tengok bunga api kami plan untuk bbq dekat Klang. Orang ramai berpusu-pusu masuk Putrajaya. Boleh bayanglah sesaknya macam mana.
Aktiviti bbq malam tahun baru |
Goal yang kita sama-sama boleh buat pada tahun baru ini termasuklah meningkatkan tahap kesihatan terutama sekali yang merokok tu. Bukanlah kata yang tak merokok tu tak sakit tapi rokok adalah punca penyakit yang terang yang senang dijadikan subjek. Banyakkan bersenam. Mencari kemahiran baru contohnya tingkatkan kemahiran menulis (ni aku tengah usahakan sekarang). Discover cabaran-cabaran baru. Kurangkan toxic thinking terhadap orang lain.
Mana yang single tu aku doakan moga-moga tahun ini tahun terakhir korang membujang. Yang telah berkeluarga aku doakan semoga perkahwinan korang kekal bahagia hingga ke jannah.
Untu aku, tahun baru ni aku nak banyakkan membaca, banyakkan bersenam, banyakkan latihan menulis. Cuba untuk perbaiki diri mana yang patut.
That's all folks.