Tuesday 27 August 2013

RAYA 2013(hambar)

Selamat Belated Hari Raya.
 
Raya tahun ni ntah kenapa hambar plak rasa. Nasib baik ada musim durian berduri-duri hati ni (sama maksud dengan berbunga-bunga). Ada satu malam tengah syok tidur keadaan kat luar hujan diselang seli dengan angin ribut terdengar bunyi durian bergeser dengan daun sebelum jatuh ke Tanah. GEDEBUK kau bunyi dia. Kalau tak tengah malam ni memang dah ambik makan. Nah suasana ni cuma dapat kat kampong jer.
 
 
Raya pertama kat umah aku. Umah aku ni taman perumahan. dapatlah raya dua buah rumah selebihnya duduk diam-diam kat rumah tengok TV. Raya ke dua baru bertolak ke kampong yang aku cerita kat atas tadi. Oleh kerana embah pun dah takde maka takdelah rumah ni dikunjungi melainkan anak-anak dan cucu-cuci serta cicit-cicit.
 

 
 
Raya ke tiga barulah dapat berkumpul semua kecuali keluarga adik mak aku yang kat Kedah sebab anak dia tengah tunggu hari nak bersalin. Alang-alang berkumpul ni kan buatlah jamuan sikit-sikit.
 
 


 
Raya keempat pusing-pusing kampong. Raya kelima balik kampong belah bapa aku pulak. Kat Felda Ulu Tebrau. Rumah ni pun tak semeriah dulu sebab kedua-dua atuk dah takde. Nasib baik ada makcik ngan sepupu-sepupu lagi. Dapat tidur satu malam je. Lepas melawat kubur atuk pergi beraya rumah makcik then trus balik

Posing dulu sebelum balik felda.
 
Raya keenam dan seterusnya duduk rumah je. Tahun ni tak beraya pun dengan kawan-kawan. Sebab doang sibuk mungkin.
 
 Macam ni orang dah 10 tahun tinggalkan sekolah punya karangan.
Boring kan. Aku nak tulis pun boring. Kalau kau yang baca boring kau memang memahami. Itulah yang aku rasa raya tahun ni. Puasa jugalah yang meriah. Patutnya aku sambung puasa je sampai dua bulan.
 
 
That's 'Ol Folks.