Sunday 25 December 2011

Coming Soon!

Penang jom



30 Dis 2011 hingga 2 Jan 2012
Cuti Christmas - Day 2


Aku ngan Ana bangun pagi semangat nak naik puncak Gunung Lambak memandangkan sebelum ni kitoang naik separuh jalan. Macam tak puashati, orang Kluang tapi tak naik sampai puncak. Pergi berdua macam tak best (Lagu Berdua Lebih Baik memang tak sesuai untuk kami kalau nak pergi bersosial). Maka ajak sepupu sorang lagi, Sahril. Bertiga ok kot.

Masa sampai separuh gunung nampak uncle2 chinese ni steady jer ada yang tak bawa air langsung. kitoang pun expect yang gunung ni senang jer. Bawak air pun sikit je. Buat stretching pun ala kadar jer. But, we dont know what waiting in front us. Hahaha.. Pertengahan gunung tu kami mula berhadapan dengan trek yang agak mencanak. Bermula dari situ memang takde langsung landai. Agak hairan dengan uncle2 tadi. Turun naik dengan selamba macam makanan dorang dan yang penting dorang memang peramah.

Masa  tengah take five, ada satu team from Melaka 5 orang bersama pakcik guider yang sangat peramah. Nama pakcik tu Jaafar. Dia ajak join kumpulan tu sebab dia nk tunjuk jalan ke puncak satu lagi. Baru kami tahu rupanya ada dua puncak Gunung Lambak ni. Untuk naik ke puncak satu lagi ni kami berjumpa dengan trek yang sangat pangok yang aku pun tak tahu nak cerita mcm mn. Nasib baik team ni ok. Hehehe.. Eh, layan gambar je lah.

 Rest kejap

Huh, xlenguh plak kaki kan..

Satu lagi wei..

Sampai..

Gembira sampai terlompat-lompat.

Ok, kita naik satu lagi.

Sesi sharing.

Ni lah pakcik Jaafar. 

Pangok tak pangok kan.



Tanpa mengenal penat, balik rumah sekejap bersiap-siap untuk tengok movie. Movie apa yang menjadi pilihan? Suatu malam kubur berasap. Hahaha.. macam xde citer lain kan. Sekali skala apa salahnya layan citer bukan2. My rate for this muvie 6/10. Aku tak suka sangat citer terkejut2.

K. Till next post.
Cuti Christmas - Day 1


Pada mulanya memang malas nk balik Kluang. Mlas nk drive taw tak. sampai jer rumah on9 fb ternampak post member ngah cari kawan untuk temankan dia pergi jemputan kahwin. Aku terus reply "jom". Jadi secara tak sengaja nya aku pun ada aktiviti hari tu. Yang kawin tu pun kawan aku gak. Tahniah Aini. Tak sangka kau dah kahwin. Hehe.. 

Masuk2 jer rumah Aini aku ternampak sahabat lama aku yang memang sangat lama lost contact. Tak sia2 aku ikut kawan aku tu. Dia ni memang terer maths. Kagum gila aku ngan dia. kerja sekolah abang dia yg math tu dia tolong buatkan. Banyak kenangan ngan dia tapi kami terpisah masa form 4. Besalah masing2 tukar2 sekolah terus lost contact. Aida, rindunya kat kau.

aku dan member lama, Aida.

Balik dari jemputan kahwin ni aku, khaled bercadang lepak2 kat memana. Tak best nk lepak berdua jer so ajak member sorang lagi merangkap sepupu aku, Ana.

Khaled ni kerja kat York kat JB. Kawan aku masa form 6. sama lah ngan Ana. Walaupun Ana sepupu ngan aku tapi kitoang sekolah yang sama since form 4 till form 6. Pastu aku dapat kerja kerajaan Ana jadi cikgu KEMAS. Ada lagi kawan2 yang lain. Ada yang dah kahwin dan yang masih bujang lagi kitoang bertiga dan sorang lagi Fara. Si Fara ni je yang masih belajar. Rezeki dia.


P/s: Best ramai kawan. Banyak boleh share.

Tuesday 20 December 2011

Soft feeling
Aku cuma nak cakap aku tak suka perasaan macam ni.
Walaupun hanya perasaan yang halus tapi menyakitkan.






P/s: Oh tuhan, tuntunlah hatiku.



Sunday 18 December 2011

Family day - Day 2


Bangun pagi2 konon nak jogginglah kat tepi pantai ngan kedua-dua orang tua aku ngan adik. Tapi separuh jalan dah kena sergah ngan anjing. Patah balik dan ubah haluan jogging tapi dalam hati masing2 doa jangan lah ada anjing juga kat jalan ni. Nasib baik xde. Sempat singgah mengeteh kat warung kat tepi pantai padahal kat chalet tempat menginap dah sediakan sarapan pagi pun. Bapak aku memang pantang nampak warung memang suka mengeteh@mengopi. Paham tak?

Tengahari tu kami bersukaneka. Macam2 permainan ada. Yang penting nak budak2 happy. Bila budak happy akan datang kalau buat lagi mesti dorang nak join lagi. Hehehe.. Bila lagi nak mesra dengan sedara mara.

Tiup belon sampai pecah. Time ni untunglah orang yang banyak angin dalam badan.


Berjalan gaya itik. Pasni buat gaya penguin la. comel sikit.

Kutip gula2, pastu tambah rongak lagi..


Ini dia juara suamiku hensem.


Main pasing2 belon yg ada air. Keluarga aku kt tempat ke-3. Ngeh..


Tarik tali ni kan wajib ada kat sukaneka. Ni lelaki tapi bukn dorang yang menang team lain. Team pompuan aku tak simpan gambar plak. Tapi team aku yang menang. Diulang team aku yang menang.. Ada ke patut dorang tak bg aku kuruihkan badan. tsk tsk.. 

Habis sukaneka, masing2 gian plak nak main bola tampar. Aku pun join gak sebab tangan aku pun dah gatal sama nak main bola tampar walaupun tak terer mana. Hahaha.. lepas dh main 2,3 round apa lagi TERJUN PANTAI TIME...

Balik dalam pukul 3 lebih.

Kbai..

Saturday 17 December 2011

Family day-Day 1


Hari pertama kat Teluk Ramunia. Masa memula sampai macam pelik lah sebab macam kat hujung je pantai ni. Tertanya2 bila nak sampai. Tapi bila dah sampai dan jumpa makcik, pakcik, sepupu sepapat semua dah tak hingat dunia plak. Hehe.

Entry untuk hari ni xde gambar sebab malas nak transfer lagi. Hari ni  nak story mory jerk. Tadi pergilah main air kat pantai. Tapi pantai kat sini agak ganas juga. Sesapa yang suka kan benda2 extreme memang patut cuba pantai ni. Hahaha.. Tak boleh nak bersantai2, ombak yang datang menghempas agak kuat. Tapi seronok jugak lah main2 ngan pantai ni cuma yang tak seronoknya pasir dia agak kasar. Silap hari bulan boleh luka2 satu badan.

Aktiviti best petang tu kitoang main bola tampar. Macam2 gaya ada. Tapi yang tak bley tahan bila dah bergaya habis tapi bola pun tak dapat. Kena gelaklah tapi tu lah yang meriah. Penyokong cilik lah yang paling meriah sokong bapa masing2. Sebelah malam ber-barbeque. Memang makan tak hengat dunia. Naik kerja t baru diet. Kalau boleh lah. Tapi biasanya aku akan tewas. Ni lah masalah aku bila motivasi diri rendah. Nasib baik takde masalah kolestrol jadi sekarang kena kawal je la..

Hmm.. nak dekat pukul 12. Esok ada sukaneka tapi yang best ada hadiah2. Hahaha.. Tunggu entry esok kalau rajin.. Hehehe..

Friday 9 December 2011

Kebetulan, not plan

Hahaha..pagi2 dah gelak sakan. Memang bagus sebenarnya sebelum masuk kerja kita gelak2 dulu kan supaya mood keja sampai ke petang pun feel hebat jer. Tapi apa yang digelakkan sangat pagi tadi? Oh ye..macam ni. Memula masuk keja macam  biasa and see that Fiza my opismate dah sampai. Xper lagi. Aku duduk. A few minutes lepas tu another opismate, shra pun sampai and guess what? Fiza bangun dari tempat duduk terus menjerit teruja "wei, kita pakai baju sama ari ni" Aku bangun dari tempat duduk. Rupa2nya kami sama2 pakai jubah. Yang herannya kami tak plan langsung pun nak pakai jubah sama2. Xtahulah mana datang instinct tu sampai memasing boleh ada gerak hati yang sama nak pakai baju yang sama.

Pernah tak korang jumpa kes macam tu. Pergi kerja tengok satu opis baju sama except yang memang pergi kerja pakai uniform lah kan. Biasanya kita akan jumpa kadang2 satu opis pakai baju warna sama. Kes jenis baju yang sama tu memang agak jarang berlakulah. Mesti rasa pelik kan. Macam mana kita boleh dapat berfikiran sama utk pakai baju yang sama tanpa kita plan antara satu sama lain malah kita tak tahu pun apa yang dia nak pakai esok pergi kerja. Lagi lah macam pelik nak tanya2 plak sok ko nak pakai baju apa bagai kan unless kalau ada even.

See the Ustazah Pilihan face.

*Ain, ko nampak gumuk." "so what? nak lemak2 aku ker?"

Ok now gelak. Dah tak ustazah dah..

Ok, lah till next post.

Tuesday 6 December 2011

Cermin Diri

Kenapa aek orang suka makes comparison
Contoh comparison:
Produk luar negara more quality than Malaysia.
Yup, memang aku dan semua tahu apa saja yang Malaysia kelurkan tak boleh banding dengan luar negara.
Tapi takkan tak boleh bagi support sikit pun.
Lepas tu aku nak cakap ni. Orang2 yang duk compare2 ni ko tu orang Malaysia maka ko pun terpalit jugak sebagai orang yang tak berqualiti.
Satu lagi nak cakap. Selain korang compare2 ni ko pernah tak terpikir nak buat seperti apa mereka buat sekarang tapi aku pasti korang sendiri pun tak terbuat dengan apa yang dorang buat sekarang sebab korang takde ilmu seperti mereka ada. Jadi, sebelum apa yang terkeluar dari mulut korang memakan diri sila cerminkan diri.

Aku bukan nak emo, memang betul semua orang ada pendapat memasing dan ini pendapat aku. Korang boleh bagi pendapat aku ok je kenapa aku nak bagi pendapat korang nak cebik2 plak. Tak adil kan. Tu pun satu juga perangai orang Malaysia ni. "TAK ADIL".

Aku cuma nak ingatkan bahawa suatu hari nanti kita juga akan menjadi pengeluar kepada apa jua perkara dan produk dan waktu itu kita memerlukan sokongan dan apa yang korang duk compare2 tu berlaku kat korang. Hmm.. Ok sekian.

P/s: Pesanan ini bukan dituju kepada sesapa lebih kepada semua orang. Sebab semua orang adalah orang Malaysia macam aku melainkan kalau korang sorang demi sorang nak pindah Timor Leste ke, Afrika ke, Australia ke kan. Tu pun kalau mereka terima kemasukan koranglah kan.. Peace.

Saturday 3 December 2011

Tarian cuti-cuti 1 Malaysia


Hari ni pagi2 subuh lagi dah bangun sebab nak pergi Tarian cuti-cuti 1 Malaysia ni walaupun aku  bangun lambat lagi. Tetiba alarm tak berbunyi. Hampeh jam ni. Tak bagi kerjasama langsung.

Takpe2 sebab nak memeriahkan lagi Dataran Merdeka aku suruh jugak dorang tunggu aku. Dah dua tahun join takkan tahun ketiga ni nak skip plakkan. Tahun ni 16,000 orang telah membanjiri Dataran Merdeka berbanding tahun lepas. Event ni dikendalikan Kementerian Pelancongan Malaysia. Dah macam acara wajib setiap hujung tahun minggu pertama bulan 12. Seronok bila jumpa ramai orang ni.

Acara ni telah dirasmikan isteri PM, Datin Sri Rosmah Mansor untuk tahun yang ketiga berturut-turut. 


Tengoklah betapa semangatnya masing2 nak mula menari.




Makcik-makcik, pakcik-pakcik, adik kakak semua ada.

Tarian ni bukanlah tarian secara profesional ya. Kalau tak pandai menari pun boleh join. Tarian ni berbentuk senaman je sebenarnya. Jadi sesuai untuk aku yang nak turutkan berat badan katanya. Hehe..



Selepas tarian kami dihiburkan dengan beberapa artis undangan yang bertemakan satu Malaysia. Artis melayu, cina dan india. Memang terhibur sebab semua penonton pun sporting habis menari sama2 dengan astis jemputan kat atas pentas.

Aurora

Kumpulan pancaragam yang aku pun lupa nama apa.

Sri Dewi

Artis Cina ni..? Hehe.. Pun xingat nama dia.

Came-whoring time

Aku dan Lya.

Kak Elly dan Tina.

Ha.... Dah habis pun. Xsampai tengahari plak kali ni. Ringkas je plak kali ni punya event. Cabutan bertuah? memang belum ada tuah lagi. It's okay maybe next time.

Kalau ada lagi tahun insyaallah nak join lagi. Jom kita buat aktiviti sihat.





Thursday 1 December 2011

Novel Ombak Rindu VS Filem Ombak Rindu

Tetiba rasa macam ribut taufan melanda semasa cerita ni keluar di pawagam. Kat pawagam lain aku tak pasti tapi tadi tengahari masa aku dan kengkawan pergi beli tiket wayang cerita Ombak Rindu ni kat Alamanda memang selling fast sampai malam punya tiket. Tapi nasib baik kitoang berempat sempat dapatkan tiket pukul 6.15 tu walaupun dapat seat yang menyedihkan. Depan screen woi.. mendongak ni ha nak tengok  Aaron Aziz.

  VS        



Yang novel ni aku baru baca sikit tapi takpe nanti aku baca sampai habis. Mula2 baca pun xboring sangat maksudnya aku dah boleh layan. Walaupun skang ni aku ngah layan novel lain. Hah, memang kaki novel dan memang kuat berangan. Wei, tanpa angan2 mimpi tak jadi kenyataan taw. Hehe.. 

Versi filem plak aku baru tengok tadi. First day kat pawagam dah pergi berebut2 beli tiket wayang. Padahal ada je hari lain. Hahaha.. Apa nak komen nyer versi filem ni. Memang lah ada kelainan. Kalau nak ikut 100% dalam novel bek buat drama kan.Tapi tadi aku tak berapa nak menghayati ceritan sebab layan batuk aku yang x baik2 nih. Aku tengok keliling aku dah kesat2 mata dah. Barisan pelakon yang dipilih pun best memang lah lakonan berkesankan tapi yang menjadi tumpuan kami adalah Aaron Aziz sebagai Hariz. Sangat romantik, hensem habis dan perfect. Ah, girl.. korang jangan lah heran. Sampai aku minum nescafe panas pun aku tak perasan yang air tu xde gula. 

Sempatlah aku perhatikan pawagam tadi. Majoriti yang datang tengok semua perempuan kalau ada lelaki pun aku percaya yang dorang ni mesti kena paksa ngan pasangan dorang supaya tengok cerita nih kan. Tapi u guys memang sporting habislah datang tengok cerita nih. Dan aku percaya jugak yang datang ni rata2 peminat novel Ombak Rindu. Cayalah korang. Ramai rupanya pembaca novel, memang patutlah penulis novel skang tak payah kerja lain lagi dah. Penulis sepenuh masa jer pun dah boleh tanggung hidup dorang. Korang bayangkanlah kalau dari pagi sampai ke malam tiket habis dijual. Itu baru kat pawagam Alamanda. Boleh bayangkan tak berapa ramai peminat novel nih. Tapi penulisnya low profile jer.. Ada tak Anugerah untuk penulis novel yer?

Walaupun tak boleh tido teringat Hariz dalam Ombak Rindu tu tapi kena tido gak sebab esok nak kerja.

Dada.


Tuesday 29 November 2011

Hiking at Broga Hill

Hai, baru jer nak updatekan pasal pergi Broga ni yang berlaku 3hari yang lepas. Aku memang suka peram citer lama2. Hahaha..tapi yang sebenarnya malas. Apa guna ada blog tapi malas nak hapdet kan, Hati korang mesti ada terdetik macam tu kan,kan,kan.

Kami dah lama rancang nak pergi Broga Hill. Sehari sebelum pergi kitoang bincang lagi. Aku orang yang paling beriya skali lah sebab aku teringin sangat nak naik puncak Broga nih. Kata orang cantik pemandangan kat atas tu lebih2 lagi kalau time tu matahari tengah nak naik memang bertambah kredit kecantikannya. Sebab tu kami cadang nak bertolak pukul 5 pagilah sebab nak kejarkan matari naik tu. Tapi ni lah yang tragik ceritanya ni. Pukul 5 pagi tu lah aku baru sedar. Apa lagi, dari pagi tu budak2 ni duk bahan aku lah. Dahlah malam sebelum hari bertolak tu aku dah siap post kat facebook yang aku tak sabar2 nak naik Broga. Memang kaw2 budak2 ni bahan aku. Sabar jer la akak. 

Tapi tak lah terlewat sangat kami sampai pun. Sedang2 elok jer. Gerak dalam kul 6 sampai dalam 6.40 macam tu lah. Sempat jugaklah solat subuh kat Petronas. Masa naik Broga tu pun keadaan keliling gelap lagi. Gerak time gelap best sebab tak nampak jalan jadik tak psiko sangat. Alah kalau terang pun ok jer. Bukit jer pun. Penat tu biasalah. Lebih2 lagi sebelum naik tu kami tak buat stetching langsung, nah hambik kau. Hahaha.. 

Keadaan jalan pada mulanya ok jer, Bila dah nak dekat2 sampai puncak tu yang agak susah sikit jalannya. Tapi pada yang tak yakin tu janganlah risau sangat sebab ada tali pada jalan yang agak mencanak tu plus licin. Tapi nasib baik hari tu tak hujan kalau tidak haru jugaklah kena lecak bagai. 

Dah sampai kat puncak tu memang korang tak hengat nak balik dah. Memang korang dah tak hengat dah susah payah korang nak naik puncak tadi tu. Pada yang tak pernah naik dan nak cuba naik aku nasihatkan bawa kamera bersama-sama kerana korang akan rasa rugi yang amat sebab view kat situ memang awesome. Korang tak percaya jap lagi aku nak tunjukkan gambar2 yang kami sempat snap. 

Kami sebenarnya taklah sampai puncak sangat. Tak larat dah budak2 nih. Tapi kalau naik sampai puncak yang satu lagi tu mesti lagi awesome sebab yang kat bawah tu jer pun dah cantik. Eh, hari tu kami jumpa lagi dengan Pendaki Solo. Ingat tak Entry aku yang lepas pasal aku hiking kat Bukit Tabur. Aku ada juga cerita yang kami jumpa beliau kat sana dan kali ni kami jumpa lagi di Broga. Walaupun beliau tak ingat kat kami tapi kemesraan yang beliau tonjolkan buatkan kami tak amik hati pun. Tapi sayang tak bergambar plak ngan beliau. Beliau datang Broga sebab dalam latihan untuk menawan KL Tower plak, maksud aku nak pecah rekod dengan mendaki KL Tower. Aku pun tak pasti lah plak berapa kali beliau nih nak turun naik KL Tower tu. Tunggu jer la  hapdet dari beliau kat mana2 media nanti ya.

Lepas dah puas duk kat atas tu kami pun turun. Nak turun pun tak amik masa banyak pun sebenarnya. Korang boleh jer berlari-lari masa turun tapi kalau tak yakin baik janganlah kan. Korang nanti yang tanggung azab kalau jatuh ke hapa kan. Aku dengan Fiza siap boleh berlumba lagi siapa sampai dulu. Maka berlari2 lah kami ditengah orang ramai. Jumpa macam2 ragam orang. Lagi satu korang jangan risau xder orang lain ker apa kan sebab punyalah ramai orang datang nak naik puncak Broga nih. Korang nak naik bukit ni sorang2 pun xde hal sebenarnya tapi kalau naik ramai2 lagi happerning lah kan. Aku pernah terfikir gak mesti best kalau buat fotoshoot gambar kahwin kat sini. Hehehe...

Turun dari Broga kami tak terus balik rumah, kami menyimpang sekejap ke Sg. Tekala. Tempat dia biasa2 je macam pusat reakreasi yang lain. Pemandangan dia pun tak lah wow sangat, Tapi ok lah. Yang penting toilet dan tempat salin pakaian bersih. Tempat kami duk melepak tu ada lah monyet2 duk berkeliaran tapi nasib baik tak liar sangat macam yang kat  Tasik Dayang Bunting Langkawi main rampas je makanan orang. Monyet kat sini tak berani sangatlah. Kalau ada pun dorang takut2 berani nak amik makanan kitoang. Tapi sempatlah juga sekor monyet tu sambar telur yang tak habis dimakan.

Tapi yang paling annoying nya ada dua pasang couple nih perangai pun serupa monyet kat situ. Semak mata doh korang berkasih sayang depan makcik dan kakak2 kat situ. Kebetulan aku nampak monyet kat atas  pokok tengah bercouple macam monyet2 yang tengah mandi kat bawah ni ha. Saja lah cakap kuat2 kan, ada monyet tengah bercouple kat atas pokok. Lama jugaklah nak tunggu dorang blah. Nak mandi pun tak aman taw kalau masa dihabiskan mengumpat dorang nih. Aduhai...

Dah puas berendam, berjakuzi bagai kitoang pun nak balik lah. Kul 12 lebih kitoang gerak balik. Hmmm...percutian yang indah. Hahaha.. kira percutian jugaklah ni walaupun dekat jer dengan umah kan. Cuti 3 hari kira nih aktiviti untuk hari cutilah kan. Huh, semakin lama semakin pandai plak aku membebel panjang2 kan. Nih belum masuk gambar lagi nih. Kebetulan aku pun dah habis cerita lepas nih layanlah gambar kami berlima nih.

Pemandangan seluruh Semenyih, kot..

Rocks chic.

Sexy back. Ngehhh...!
Lalang pun cun kan kat atas tu...

Kat atas batu jer pun cun...

Lalang, batu dan langit membuat gambar ni bertambah cun. Kredit untuk kami bertempat menyerikan lagi 3 unsur ini. Hehehe..







Last but not least. CUNNNNN...

Ok sekian untuk tatapan semua.

Dada..





Friday 25 November 2011

Hari ni xde aktiviti khusus jadi malas nak letak tajuk. Bolehkan macam tu sesuka hati kau je nak ke tak nak ke  letak tajuk kat sini (aku Cebik bibir sambil rollingkan mata). Baiklah, kita mulakan cerita dari pagi tadi. Mengunjungi kaunselor bukanlah kebiasaan sebenarnya bukanlah menafikan yang diri ini tidak bermasalah memang sangatlah tipunya kalau mahkluk tuhan paling vogue ini tidak bermasalah cuma kita dah biasa cerita pada kawan2 walaupun tahap bahayanya amatlah tinggi tapi watpe nak takutkan kawan2 pun cerita masalah pada kita so pandailah simpan kan. Tapi sesi kaunseling ni dalam kelompok maksudnya bukan aku sorang jer kena panggil jadi sesi ni jadi seronok sebab boleh tukar2 fikiran dan cerita serta pengalaman. Yang baik kita ikut yang kurang baik tu puhh..pergi jauh2.

Selain dari bercerita kitoang ada aktiviti menjawab soalan personaliti dimana kita kena jawab kesemua 100 soalan dengan jujur. Habis menjawab kita kena kira untuk menentukan kita ni warna apa dan aku dalam kategori personaliti berwarna jingga. Aku tak berapa nak ingat lah ciri2 orang jingga ni secara terperinci tapi secara keseluruhannya orang jingga ni bersifat adventerous which is memang betullah..kehkehkeh.

Hari ni juga aku dah siapkan jahitan manik tempahan yang aku terima. Untuk makluman, ini adalah first customer. Kalau kakak2 ni kan bila tahu kita ada special talent yang malap2 ni dia akan bagi semangat kat kita kan. Contohnya macam akak kat opis aku ni. Padahal aku menjahit manik saja suka2 nak cantikkan baju2 aku yang lama2 tu. Tapi dia without thinking wisely memberi kepercayaan kepada aku untuk  menjahanamkan baju dia. Terharu...terharu.. Tapi takde lah tragik sangat sampai jahanam baju orang tu aku kerjakan. Akak tu pun nak corak yang simple je so senang sikitlah aku nak buat tapi sebab malas tu sentiasa mengekori aku macam bayang2 maut (hmm..pompuan ni suka buat cerita macam tragik sangat kan..Iya kan jer la) dua minggu jugaklah baju tu menginap kat rumah aku tanpa aku rasa bersalah. Bila kakak tu cakap nak pakai barulah kau nak kelam kabut kan. Hahaha.. biasalah bila takde pengalaman ada customer tetiba ada orang berminat ngan kerja tangan kita tetiba lagi kita jadi blur kat situ. OMG..aku dah ada customer skarang (perempuan ni memang sangat tragik bek suh dia tukar citer skang). Ok,Ok.. jom tengok hasil kerja tangan aku yang paling simple tapi berminggu nak sapkan. Mesti orang yang dah expert dok pakat gelakkan aku jer nanti.. Hahaha...


Dah dengar dah ada orang berdekah-dekah, guling-guling lagi. Xpe2..

Eh, semalam kan nak tunjuk meja kerja aku yang dah kemas tapi atas sebab2 nak siapkan tempahan diatas aku lupa plak tambahan plak dah penat langsung malas nak buka lappy purple comel aku ni. taknak dah panjang2 cerita lagi tengok jer lah gambar kat bawah ni. 


Eh, ada dua Mak Lampir terselit. Mereka berdua ni mempunyai kisah sedih. Mereka telah pakai bomoh sebab nak jadi cantik then bila dah jadi cantik plaknya bukan simply hidup macam manusia normal yang lain. Hidup dorang penuh dengan syarat dan salah satu syaratnya bila amik gambar tu xboleh penuh. Kena amik dari dada sampai kepala lah. Kalau tak boleh amik gambar muka tak gunalah dorang ni jumpa bomoh bagaikan. Dah cantik mesti nak show off. Sebab tu jadi gini gambarnya. Cuba perhatikan wajah senyum dorang tu, sedihkan..

Kahkah.. Tak boleh tahan nak gelak masa nak buat cerita tipu kat atas. Padahal tujuan asal nak cerita pasal meja kerja aku yang dah berkemas tu tapi pasal dorang lah aku dah melencong jauh ni. Penat taw nak patah balik. HaaaAaa(menegeluh)...

Alamak kantoi ada novel kat atas meja. Sila abaikan bagi menjamin kesejahteraan hidup anda di hari muka ya. Nampak tak perbezaan meja sekarang dan sebelum ni. Gara2 5S. Tapi bagus jugak kalau tak bila ntah aku ada masa nak kemas. Ha, tak nampak. Ye ke.. Sama je ae.. Eh, ada lah lainnya. Cuba perhati betul2. Berbezaaa... Hahaha.. Oklah paper pun aku dah kemas.. Taknak dengar lagi sapa yang cakap tak nampak tu..

Eh,eh.. esok kitoang nak pi Bukit Broga taw pastu nak pi mandi manda. Tunggu Entry pasalnya esok kalau rajin ya kalau tak esok lusa lah ya,, Hehehe... 

Dada.

Wednesday 23 November 2011

Untitled

Malas nak memikior nk letak tajuk apa ari ni. Hahaha.. Pagi tadi bertungkus lumus mengemas opis. Mentang2 dah dapat sijil 5S ada plak pihak berkenan nak buat lawatan kat kementerian aku nih. Doang kena tahu,masa nak dapat sijil tu memang lah 5S tapi lepas tu bila kerja bertimbun datang ntah kemana perginya 5S tu. Kena sorok kot. Hahaha.. Nak tengok ke workstation aku yang bersepah tu.. Scroll ler ke bawahnyer.

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>
Tadaaa......


Sangat bersepah. Korang mesti terpikir mcam manalah perempuan ni buat kerja dngan meja yang bersepah yang amat. Bukan tu jer, sebenarnya kat tepi kerusi tu ada mini kedai jajan aku. Hahaha... Terpaksalh esok tutup kedai sekejap. Tu yang bertambah takde masa nak mengemas sibuk bisnes lagi. Mana pergi sifat2 rajin seorang anak dara tu. Kuikuikui.. Bila buat kerja2 pentadbiran ni memang takkan sempat nak mengemas nya la hai..

Tapi oleh kerana esok ada lawatan kena letak jugak lah booster kat kawasan malas dalam diri supaya jadi rajin bergerak mengemas workstation. Bukan tu jer.. Seluruh ruang pejabat ni pun kna pastikan 5S jugak. Sakit.. Dengan fail bersepah2. 

Tadi dah kelam kabut dengan 5S pastu dengan audit yang mintak macam2 pastu nak gerak pergi latihan koir lagi sampai terlupa nak amik gambar lepas dah dikemaskan. Esok jer lah aku tunjuk skill mengemas aku tu. 

Lagi satu aku nak cerita nih. Hari ni jer aku dua kali hangin pasal lelaki. First aku hangin dengan lelaki emo. Tak pasal2 nak melenting padahal orang lain relax je.. Hai....macam tak patut jer  tubuh badan ko tu lelaki tapi perasaan ko serupa Pondey.. Ok yang kedua plak aku makin menyampah plak dengan lelaki yang suka kongkong pompuan nih. tak bagi keluar rumah lah, tak bagi buat itu lah tak bagi buat inilah. Korang ni kan lelaki bakal menyempitkan ruang otak yang ada pada peremuan tahu tak. lepas tu  bila korang dah kahwin senang lah korang nak bodoh2kan dorang kan..  Hangin plak aku. 

Ok, biarkan angin aku tu berlalu seperti bayu meniup. Kahkahkah.. Sebab perasaan lepas ni lebih jelas lagi iaitu geram. Geram sebab Malaysia xdapat jaringkan gol semasa menentang dengan Syria tadi. Penat aku jerit tadi tapi mesti korang tak dengarkan tapi untuk pengetahuan korang pemain2 Harimau Muda, anak jiran aku ni sap menangis dengar suara aku. Kahkahkah..  Tapi takpelah. Lepas ni giatkan lagi berlatih. Ada masa lagi untuk melawan dan melayakkan diri ke Sukan Olimpik nanti. Cuma kuatkan kat bahagian striker. Defender dah ok dah. Dorang dapat dua gol tu pun nasib je. Lau dorang terer mesti dah masuk gol awal2 kan. Kahkahah.. saja nak sedapkan hati aku dan korang. Macamlah korang baca tulisan aku ni kan. Tapi aku anggap jelah korang baca yer.

Wui.. kul 12 dah. Sok nak keja boleh lagi berfoya2 nih. K lah nitez...


Saturday 19 November 2011

Lepaking di hari sabtu

Hari ni punya aktiviti light2 je. Pergi jumpa adik jap amik kerepek dagangan dari Johor. Kebetulan dia nak datang sini sebab ada perlawanan futsal 1Malaysia. Alang dah kuar ni pergi cari manik sekejap kat Bangi sebab ada tempahan percubaan. Kahkahkah... ada juga yer tempahan percubaan. Kenapa tempahan percubaan? Sebab kakak tu mintak aku buatkan manik yang simple jer lagipun tu customer first mesti nak tengok kebolehan dulu kan sebelum tempah baju yang lain dengan tempahan manik yang lebih advance. Kahkahkah.. aku pun menjahit manik untuk suka2 je tapi dah kakak tu mintak tolong kita pun tolong lah kan. Rezeki jangan ditolak.

Petang tadi sambil menjahit manik aku tengok perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Myanmar. Perghh...aku tengok pun berdebar2 apatah lagi orang yang main. Punyalah payah nak goal. Ingat Myanmar senang jer nak lawan tapi susah gak rupanya. Tapi aku tengok tadi kedua2 pasukan banyak peluanglah nak jaringkan goal. XSenang duduk aku dibuatnya kalah jurulatih dia si Kim Swee tu, sampai berhenti menjahit sebab nak tumpukan perhatian. Cehcehceh...Kesian pakcik Kim Swee tu terpaksa duduk jauh2. Terpaksa guna merpati..eh, bukan2 perantara yang aku tengok turun naik tak berhenti2.

Setelah beberapa lama akhirnya pada separuh masa yang kedua dan pada minit yang ntah keberapa aku pun tak ingat tapi dah hujung2 perlawanan jugaklah Malaysia menjaringkan satu gol. Terus terbangun aku dari tempat duduk sebab suka sangat nih. Lepas tu mulalah pemain2 Myanmar mula main ganas. Walaupun dah diberi masa tambahan tapi bukan rezeki dorang nak dapat gol jugak maka akhirnya perlawanan itu telah dimenangi oleh pasukan Malaysia. Tahniahlah dapat pergi final. 

Aku ni baru main futsal hari tu terus mencintai bola sepak plak. Kahkahkah. Tapi tu pun kalau Malaysia yang main. Kalau pasukan luar tak berapa nak layan. Tak bley nak usha buat laki. Kahkahkah.. Adios

Trip ke Kuching

Amboi, dasar malas nak update. Pergi Kuching 12hb, baru hari ni ko nak update. Hehehe.. bukan apa lepas turun dari flight demam plak. Jadi melayan lah tak sedap badan yang manja menjadi2 plak aih. Sebab tu nak buka lappy pun malas. Hari ni dah ok sikit cuma kepala otak ni masih payah nak buat ayat.

Aku ni first time naik flight sebab tu ada mabuk2 udara sikit. Tapi masa balik Putrajaya je, masa pergi ok jer. Ngada2 kan. Hahaha. Memang sangat exited bila first time nek flight malah first time gak pergi Kuching. Time ni lah boleh tengok budaya orang Sarawak kan. Sampai Kucing dalam pukul 8 lebih terus singgah Pasar Satok cari makan. Tapi tapau jer la. Penat dah satu badan. Lagipun suasana malam kat Kuching pukul 9 lebih dah tak berapa meriah jadi baiklah balik homestay terus rehat2 sebab esoknya nak pi shopping kat Pasar Serikin. Perlukan tenaga juga tu.


Pasar Satok ni punyalah panjang. First round cuma usha kalau ada yang berkenan pastu usha harga mana murah jer. Memang banyak barangan wanita pendek kata from top to toe lah. Rambang mata wei, nasib baiklah duit kat poket pun terhad maka kita harus buat pembelian yang berbaloi jer la. Sebelum round kedua dijalankan iaitu round pilih dan rembat kitoang pekena Bakso. Pure punya buatan indonesia. Hehehe...

Sebelum berlebih berbelanja kat pasar ni better kami ciau dulu sebab kita ada 2 hari lagi nak berfoya-foya kat sini. Lepas tu pemandu pelancong kami bawa ke kilang pasu. Tapi aku malas nak turun. Hahaha.. Sebab tu takde gambar. Tapi sekejap jer pun kami kat situ sebab lepastu kami gerak pergi Indian street plak. Usha apa yang ada kat situ. Beli kain batik kat situ. Corak yang sangat menarik. Selebihnya ronda2 je kat situ. 

Lepastu sebelum balik singgah Pasar Satok cari barang dapur untuk makan tengahari dan makan malam. Kat sana makan masak sendiri tapi bukan akulah yang masak kakak seorang lagi tu. Aku tak pandai masak. Hei budak Ain ni, bila ntah nak pandai masaknya. Hehehe.. Tunggulah nanti. Lambat laun pandailah tu. Hahaha..
Sebelah malamnya kami cuma duduk lepak2 kat rumah saja memandangkan  tiada aktiviti yang sesuai. Nak berjalan2 pun tak best kalau banyak kedai tak buka.

Hari kedua kami dibawa melawat Kampung Budaya. Masa nilah boleh tengok budaya dorang secara lebih dekat. Tiket masuk RM60 (mahal...) tapi dapat diskaun dan kami cuma perlu bayar RM55 (masih mahal...). Tapi takpe, bila lagi nak sampai sini kan, berapa sangatlah jika nak dibandingkan dengan pengalaman yang bakal kita dapat nanti. Ok, sebelum masuk kami diberi pasport seorang satu. Kat dalam pasport tu lebih kurang macam checklist. Pada setiap rumah yang kita pergi kita ada checkpoint dan kat setiap checkpoint tu kita kena stampkan kat buku tu. Dengan cara itu dapat memastikan yang kita tak ketinggalan melawat satu rumah pun. Sangat menarik.

Jom review satu persatu rumah2 yang kami dah masuk.

Rumah Bidayuh


Rumah yang mula2 tu adalah rumah khas untuk pahlawan. Kaum wanitanya sama sekali tidak dibenarkan masuk atau tidur disitu. Kat tengah2 rumah tu ada tengkorak yang kat bawah dia ada api. Masa aku masuk tu memang ada tengkorak kalau korang nak tengok nanti bila masuk rumah tu jangan segan2 dongakkan kepala ke atas ya. Hihihi..

Rumah Bidayuh yang kedua ni barulah rumah keluarga dan semua orang boleh masuk. Kat rumah tu nanti kita akan disambut dengan tarian Selamat Datang.


Rumah Iban


Masa masuk rumah ni adalah sekumpulan mat saleh ni tekun je dengar penjelasan mamat yang pakai suit suku kaum iban ni. Rumah ni rumah panjang. Kat tepi rumah ni ada homestay. kalau nak rasa duduk kat sini silalah.



Rumah Penan


Actually Rumah Penan ni tak macam rumah sangatlah tapi macam pondok jer simple jer. Aksesori pun tak banyak kat rumah ni cuma sumpit je. Bagi orang Penan plaknya cuma bercawat je. Simple. Kalau betullah rumah nya macam ni, macam mana lah kehidupan tu dijalani agaknya?


Kat rumah ni pelawat di beri peluang menyumpit. Seringgit dengan 3kali percubaan. Menarik tapi tak ada hati plak nak mencuba. Kita tengok je budak2 ni menyumpit.

Rumah Orang Ulu


Sekarang mari kita jelajah Rumah Orang Ulu pula. Tapi rumah ni cantik tak macam ulu sangat pun.


Tengok ukiran ni. Halus sangat. Rajin betullah orang ni melukis kat tembok ni. Tinggi plak tu


Kat rumah ni pun kita akan disambut dengan tarian Selamat Datang.

Rumah Melanau

Kat rumah Melanau ni pun kita akan disambut dengan tarian budaya dorang dan kita akan diberi peluang untuk mencuba tarian buluh tu (hahaha aku je yang pandai2 bagi nama tu).




Teringat gelagat lucu mamat baju merah ni. Tengah syok menggendang tetiba hujung kayu pemukul gendang dia tercabut. Nasib baik tak kena kepala budak2 kat situ dan nasib baik ko comel. Hahaha.



Rumah Melayu dan Rumah Cina


Rumah Melayu dan Rumah Cina ni macam rumah2 melayu dan rumah cina yang ada kat Semenanjung. Jadi kita layan gambar jer lah.

Ngeh... Sapa ntah ni.

 Boleh cuba. Rm1 untuk 3 percubaan.




Habis melawat semua rumah ni kami pergi tengok show dorang plak kat Panggung Budaya. Persembahan dorang sangat best dan interaktif. Kelakar pun ada. 

 Habis pusing2 kat Rumah Budaya kitoang pun balik nak rehat sebelah malam kitoang jalan2 beli kek lapis, ikan terubok pastu jalan2 amik gambar sekitar Kuching. Tapi sayang tengah syok makan2 hujan plak. Ingat nak jalan2 lagi. Pulang dengan kehampaan tapi takpe tadi pun dah amik gambar banyak dengan 'kucing2' tu. Lagipun esoknya nak balik kenalah rehat pastu nak packing2 lagi ye tak.

Pasni nak bercuti ke mana lagi ya?