Tuesday 9 July 2013

Paramotor

Pada hujung bulan 6/2013 yang lepas juga aku telah di ajak oleh classmate untuk join satu kursus ni. Kursus Pengenalan paramotor yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. At first tu aku google dulu. Hmmm.. menarik. Tanpa menunggu lama aku pun setuju. Bukan senang dapat join aktiviti ni kalau duit kat poket cuma cukup makan je. Alang-alang benda free pastu dapat terbang-terbang lagi memang aku nak join tanpa segan silu.

Kursus ni diadakan di Pulau Indah. Memang kat sini sangat sesuai untuk buat aktiviti ni. Orang persendirian pun ada datang petang-petang main terbang-terbang kat sini.. Syok kan. Ramai juga datang ke sini untuk memancing. 

Hari pertama kursus aku dan kawan sorang sampai lewat dalam pukul 5 sebab kawan kena uruskan kerja dulu. Tapi kami bernasib baik kerana dapat juga merasa naik paramotor ni. Pemandangan dari atas? Subhanallah...memang sangat cantik. Memang tak rugi ikuti program ni.

Hari kedua kami di ajar pula bagaimana untuk kawal payung paramotor tu. Guess What? Susah ok. Berat pun ya sebab kena lawan angin. Lebam-lebam jugalah lengan aku nih. Walaupun agak gagal untuk menaikkan payung tu dengan smoothnya tapi tetap fun. 





Pemandangan dari atas paramotor.







Hari kedua belajar kawal payung paramotor sampai jatuh-jatuh pun ada.








Majlis penutup sudah. Rasa sekejap jer masa berlalu. Mengambil peluang ini ambil gambar bersama.



That's 'Ol Folks.

P/s: Kenapa ayat aku skema r. Sapa dah masuk dalam badan aku nih..

USS

Assalamualaikum,

Sebenarnya dah lama tak pergi bercuti dengan kawan-kawan. Hujung bulan 6/2013 aku dan kawan-kawan berkesempatan bercuti ke USS. Dapatlah release tensi sikit. Asik tengok opis je mata aku naik juling.

Dan sebenarnya lagi, 3 hari sebelum tu aku menerima berita menyedihkan. Embah (atuk) aku yang tinggal satu-satunya telah kembali ke rahmatullah. Alhamdulillah dia pergi dengan tenang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan segala kenangan akan tetap diingati. Alfatihah akan sentiasa mengiringi arwah embah. 

Baiklah kembali ke cerita asal. Yang pergi tetap pergi yang masih hidup akan meneruskan kehidupan. 

First time jejak tanah Singapura mestilah exited. USS plak tu. Macam-macam permainan ada. Cuci-cuci mata pun boleh. Semua orang pun tahu kan. Xde yang special pun sepanjang percutian melainkan aku je yang excited terlebih. 


Paling nak tengok bila sampai sini adalah nak tengok globe ni..



Oooppss... lupa nak cakap. Kami bercuti ke sini dalam keadaan jerebu. Sebab tu pakai topeng tu..



Tak sabar nak masuk dah ni..






First skali kami try Transformers.. Memang awesome. Tapi sayang aku tutup mata padahal xde pape pun.. 






Rumah mummy ni aku tak masuk sebab aku bayangkan dalam ni ada banyak mummy. Takkanlah tempat sebesar ni xde sekor mummy pun kan. Tapi apa yang aku pikir memang salah sama sekal. Menurut kawan-kawan yang pernah masuk tempat ni. Dalam dia gelap jer.. Tapi kena ride roller coaster lah.. 



Pastu tu kami try Jurassic park tapi sayang xde gambar. Kat jurassic Park ni pun best. Korang kena bawa baju hujan kerana korang akan dibasahkan. Dalam kes aku memang aku tak bawa baju hujan jadi redha jer
lah bila baju seluar dibasahkan. Tak banyak pun sikit jer. Tapi sempat menyelamatkan kasut.








Okay shrek 4D best. Tak tipu. 




Sebenarnya banyakk lagi tempat yang kami pergi dan ada juga tempat yang tak sempat nak pergi dan ada juga perkara paling disesali di kemudian hari setelah pulang ke rumah. Hehehe.. Aku tak beli botol air kepala Bumble bee atau kepala dinosour. menyesal, menyesal..

Esoknya sebelum pulang ke Putrajaya kami singgah dulu di Johor Premium Outlet. Walaupun aku orang Johor tapi ni memang first timelah aku jejak kaki kat sini. 










Itu jer kot untuk percutian kali ni..

That's 'Ol Folks..