Tuesday 9 July 2013

Paramotor

Pada hujung bulan 6/2013 yang lepas juga aku telah di ajak oleh classmate untuk join satu kursus ni. Kursus Pengenalan paramotor yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. At first tu aku google dulu. Hmmm.. menarik. Tanpa menunggu lama aku pun setuju. Bukan senang dapat join aktiviti ni kalau duit kat poket cuma cukup makan je. Alang-alang benda free pastu dapat terbang-terbang lagi memang aku nak join tanpa segan silu.

Kursus ni diadakan di Pulau Indah. Memang kat sini sangat sesuai untuk buat aktiviti ni. Orang persendirian pun ada datang petang-petang main terbang-terbang kat sini.. Syok kan. Ramai juga datang ke sini untuk memancing. 

Hari pertama kursus aku dan kawan sorang sampai lewat dalam pukul 5 sebab kawan kena uruskan kerja dulu. Tapi kami bernasib baik kerana dapat juga merasa naik paramotor ni. Pemandangan dari atas? Subhanallah...memang sangat cantik. Memang tak rugi ikuti program ni.

Hari kedua kami di ajar pula bagaimana untuk kawal payung paramotor tu. Guess What? Susah ok. Berat pun ya sebab kena lawan angin. Lebam-lebam jugalah lengan aku nih. Walaupun agak gagal untuk menaikkan payung tu dengan smoothnya tapi tetap fun. 





Pemandangan dari atas paramotor.







Hari kedua belajar kawal payung paramotor sampai jatuh-jatuh pun ada.








Majlis penutup sudah. Rasa sekejap jer masa berlalu. Mengambil peluang ini ambil gambar bersama.



That's 'Ol Folks.

P/s: Kenapa ayat aku skema r. Sapa dah masuk dalam badan aku nih..

No comments:

Post a Comment