Monday 25 February 2013

Hiking Gunung Bujang Melaka, Kampar, Perak pula kita Yob!

Assalamualaikum,

Di pagi yang mulia dan aman damai ni meh aku nak citer ckit. 2 hingga 3 Februari 2013 yang lepas. aku n rakan2 pergi mendaki Gunung Bujang Melaka kat Perak bukat kat Melaka seperti yang aku pikir2kan (Noob).. 

Sebenarnya aku malas nak mengayat jadi kita layan gambar je la yer.. Bebel panjang2 pun xbest kalau xfeel. Meh ler tengok gambar..



























 Part yang paling best bila ko dapat mandi kat air terjun ni... Serius..

That,s 'Ol Folks


Wednesday 6 February 2013

Kawan ku kawin (sambungan)

Assalamualaikum,,,,

Ok hari ni sambung cerita kawanku kawin.

Pagi2 buta dah bangun siap2 nak pergi butik. Pengantin bersiap kat sana pastu terus pergi dewan. Aku dan kawan sorang lagi memang dasar penyibuk mintak mak andam make up kan skali muka kami ni. Aku mintak yg paling simple sbb aku xska yg tebal2 sangat. Tapi apa yg jadi, dah mcam tepung gomak. Gebu habis. hahaha..

Sepanjang majlis berjalan dengan lancar. Sambut menantu je. Ringkas je. Kira sempoi lah.. Habis bergambar dekat dewan aku dan kawan menyibuk lagi nk ikut pengantin amik gambar outdoor dekat Kellies Castle. Datang jauh2 rugi x singgah ko tau.

Meh layan gambar.

 

Kat bawah ni sepanjang dekat Kellies Castle.








Cantik pemandangan kat situ. Tak puas bergambar tapi sebab dah penat apa yg sempat je lah aku amik. Lagipun nk balik Putrajaya lagi.

 Membaca amalan mulia ya adik-adik..

AArrrggghhh.... Pipi seperti diuli dengan serbuk penaik.
 
 Rare....

 Apa malanglah aku xreti guna photoshop. Mesti edit lagi cun nih..

 Lagi rare...

 Sebenarnya aku nk berdiri kat sini tapi gayat.

 Model apa nih? beg ke? laptop ke? novel ke? ke model kepala payung? Pomboley....


 Best ke kak baca buku tu. Senyum ikhlas nampak. Hahaha...



Ok, itu saja dari aku. Sekian terima kasih.

That's 'Ol Folks.
Kawanku kahwin

19 Januari yang lalu (sabtu) merupakan hari bersejarah kawanku, Mai. Bertempat di Ipoh, Perak. Aku jadi pengapit beliau maka kami (kami bertiga bersama seorang lagi rakan) kenalah gerak lebih awal iaitu pada hari Jumaat yang mulia. Sebelum gerak si pengantin ni mengidamlah pulaknya nak makan nasi minyak dekat Presint Diplomatik. Sebenarnya aku pun sama juga mengidam. Memang sedap okay.

Dalam pukul dua cenggitu kami mula gerak. Kali ni betul2 gerak pergi Ipoh xde nak singgah mana2. Nak jenguk parents aku pun x sempat. Xpe, lenkali. Kami sampai Ipoh dalam pukul 5 cenggitu. Tapi kami tak terus check-in hotel sebab pasangan pengantin ajak makan laksa. sedapppp.. Pas makan masih lagi xnak chek-in lagi, kami diajak pula ke  Taman Reakreasi Gunung Lang. 


Tujuan asal nak naik bot. Tapi hari jumaat bot tutup pukul 4 kalau tak silap. Jadi kami hanya dapat bagi makan ikan. Besar2 ikannya. Serius jakun.





Dah puas bergambar barulah kami check-in hotel. Nama hotel tak ingat tapi memang selesa. Walaupun hotel nya kecik je tapi best lah. Tengah malam buta kami lapar pun doang layan hantar makan kat bilik kata ko. Malam tu aktiviti diteruskan dengan berjalan-jalan cuci mata pastu jumpa orang menginai kami pun gatal nak try inai tangan. Tapi tangan kiri jer. pastu kami penat trus balik hotel. Punyalah payah nk cari balik jalan ke hotel. Tapi last2 jumpa juga dengan bantuan suami pengantin. Walaupun ada adengan gaduh2 ckit. hihihi..

Balik hotel aktiviti menginai diteruskan lagi. Kali ni pakaikan kat jari pengantin perempuan dan kami sebagai penyibuk tidak ketinggalan. Hahaha. Masa nilah masing-masing mengadu lapar. Jam dah pukul 11.00 malam you all perut mengada-ngada lapar. Habis makan ko tidur pulak memang mengundang lemak. Aku ni payah betul nak disiplinkan diri. Hahaha...

Esoknya pula hari yang ditunggu-tunggu tiba.

Bersambung.....