Monday 26 September 2011

What will i be years from now

Dear Diary,

Saya ada cita-cita. Cita-cita saya besar. Agak-agak tercapai tak dengan kemampuan yang agak terbatas ni. Saya cuba berusaha dengan sesungguhnya semoga Allah merahmati apa yang saya lakukan dan memberikan saya jalan bagi mencapai cita-cita saya. 

Agak-agak saya jadi apa pada masa akan datang? Cita-cita saya menggunung tinggi. Bukan nak kahwin dengan anak orang kaya ke anak raja bagai, tapi cita-cita saya nk membahagiakan kelurga dan diri saya sendiri. Saya menginginkan anak-anak yang mempunyai cita-cita yang besar dan berusaha atas hasil sendiri macam saya.

Saya inginkan adik-adik yang kuat berusaha macam saya (eh, ter "up" diri sendiri plak) tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Agak-agak saya ni boleh tak berusaha tanpa berputus asa? Semoga saya kuatlah dan tak tumbang di tengah jalan.

Agak-agak ada tak sokongan untuk saya? saya harap keluarga saya menyokong kuat dibelakang saya. Saya tak kisah pun xde orang istimewa kat belakang saya kerana keluarga saya dah cukup kuat menjadi tiang sokongan kepada saya.

Dear Diary,

Nak tahu tak apa cita-cita saya. Meh saya bisik kat awak. Shi&&5#8skj#2ppsssttt^3)(*)...... Ok Diary, ni rahsia kita jer taw. Eh, saya nk buat kerja dulu. Bye

Psst: Kepada adik-adik kat luar sana, semailah cita-cita. Walaupun umur kita makin meningkat bukan bermakna pintu kejayaan juga akan tertutup untuk kita. When there's the will There's the way. Dada...

Sunday 18 September 2011

Lagi kegilaan ini

Hi pembaca yang kita suka buat,

Apa masa lapang korang? Aku? Seperti sebelum ni menghabiskan masa menonton DVD. Sebenarnya ada satu lagi yang kau suka bila ada masa terluang, membaca novel.

Sekarang novel yang aku sedang baca adalah seperti di bawah:


Setakat yang aku baca dan faham cerita ni pasal seorang gadis jelita yang sangat arrogant dan suka permainkan lelaki. Pada suatu hari nenek dia membuat perjanjian pada dia supaya mencari suami dalam masa 566 hari untuk dia mendapatkan harta pusaka jika tidak, semua kekayaan miliknya akan jatuh ke tangan neneknya. Bermulalah rentetan pencariannya dan dibantu oleh PA yang setia, Kid. Bacalah, best.

Ok guys! Selamat membaca.


Kegilaan ini.

Hello there & anyeong haseyo,

Hahaha, tetiba nk say hello dalam bahasa korea. memag ada kena mengena dengan apa yag aku nak cerita sekarang ni.

Pernah tengok cerita Secret Garden tak? Pernah? Yer memang aku yg ketinggalan sikit. Ari tu masa nak pergi cari DVD cerita City HUnter pekerja kedai tu rekomen kat citer ni. Jadi memang aku tak tido malam sebab nak layan citer ni. Kredit untuk pekerja kedai DVD yag cute tu. Lepas ni nk mintak rekomen citer lain plak yer. Citer sedih xmoh, yang kelakar2 jer.. hehehe


Para pelakon Secret Garden

Drama ni menceritakan kisah Kim Joo Won (Hyun Bin), seorang CEO yang Ego dan eksentrik (seorang yg bersikap aneh) yang mengekalkan imej macam seorang yang perfect (kononnya), manakala Gil Ra Im (Ha Ji Won), seorang stuntwoman yang tak kaya dan humble yang mempunyai kecantikan dan body yang menjadi objek kecemburuan para top actresses. Pertemuan yang tidak sengaja ini bermula apabila Joo Won ingat yang Gil Ra Im tu actress bernama Park Chae Rin, menandakan permulaan yang tegang, pertelingkahan hubungan, Joo Won cuba menyembunyikan perasaannya terhadap Ra Im yang mengelirukan dan mengganggunya. Yang menyukarkan lagi keadaan, peristiwa pelik berlaku dan membuatkan mereka bertukar-tukar badan.


Hero dan heroin Secret Garden


Penyebab aku terus melekat nak tengok cerita ni. Oppa Hyun Bin!

Pasni nak layan City Hunter


Pun cerita yang best.

Penyebab juga aku tertarik ngan cerita ni.

Ok, guys! Selamat menonton.

Wednesday 7 September 2011

Kenangan raya tahun 2011

Hi olls,

Ngah wat per tu. Tido? oh haruslah waktu tengahari ni kan. Yang tak tido tu nak tanya ni. Adakah anda masih dalam feel raya. Of course kan lebih-lebih lagi terima jemputan rumah terbuka yang tak putus-putus. Memang kelas. OOppss kenapa gaya bercakap seperti kiah propa? Oh, supaya lebih meriah gitu di hari raya. Kalau pergi rumah terbuka tu ingat-ingat sikit. Lepas raya ni dah mula kena eksesais tau. kalau tidak nanti penyakit datang. Suka ke penyakit datang? Tak suka kan.

Raya aku tahun ni agak meriah jugaklah tapi seminggu awal je lah. yang selebihnya tak muncul lagi kemeriahannya. Tak tahu kenapa. Mungkin jemputan untuk rumah terbuka belum diterima lagi. Kepada u olls kat luar sana jangan segan2 nak jemput taw..

Raya pertama hari tu aku and keluarga balik kampung kat Pontian seperti yg aku cerita sebelum ni (Eh, kembali normal). Agak best jugak beraya dengan sedara mara. Pusing-pusing kampung.

Ni masa kat Pontian kampung sebelah mak. Beraya kat umah sedara mara.

Raya ke-3 kami balik kampung sebelah abah plak kat Felda ulu tebrau. Tapi, grandparents aku yang tersayang dua-dua dah xde. Tapi kami balik juga sebab makcik-makcik aku ada kat sana.


Ni adik-adik aku ngan sepupu-sepupu aku. Dah macam kanak-kanak spastik aku tengok dak dua orang ni.

Raya keempat kami balik semula ke Kluang. 3 hari sebelum balik Putrajaya aku habiskan masa mengunjungi sahabat handai dan cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku masa sekolah menengah dulu. Macam tak percaya dah 8 tahu aku meninggalkan sekolah. Rasa macam tahun lepas baru amik SPM (Nak cakap masih rasa muda lagi lah tu). Ada jugak pergi ke rumah bakal adik ipar tapi lupa nak amik gambar. hihihi....

Sempat jugak aku menghadiri majlis pertunangan sahabat aku, Ain fadzilah. Gambar kat atas tu tak perlu nak perkenalkan nama seoarang demi seorang sebab tiga-tiga pun namanya Ain. Aduhai..

Selepas tiada respon dari kawan aku yang duk dekat2 sebab nak raya umah kawan2 form 6 yang lain maka amik keputusan untuk ke Segamat melawat my besties yang pindah ke sana maka Khaled telah menjadi mangsa penculikan aku. Oleh sebab dia pun xde buat apa kat umah. Lagipun aku yang drive itu yang membuatkan dia lebih setuju untuk ikut aku. 2 jam lebih jugak lah perjalanan kami dengan xde pengalaman langsung jalan2 kat Segamat. Kira awesome lah dapat sampai ke rumah Fara tanpa sesat. You can count on me Khaled! hahaha..


Khaled, fara dan aku.

Hari yang seterusnya aku dan kawan-kawan menghabiskan sisa-sisa cuti raya kami dengan mengunjungi rumah cikgu-cikgu yang pernah mengajar kami.

Cikgu #1: Cikgu Azilah

Cikgu Azilah with Boys Team.

Cikgu Azilah with Girls Team.

Cikgu #2: Cikgu Rahim


Cikgu Rahim sempat menjemput kami join aktiviti alumni sekolah. Insyaallah cikgu jika berkesempatan akan kami join.

Cikgu #3 : Cikgu Rahimah


Cikgu Rahimah tetap mesra macam dulu. Teringat-ingat pisang goreng yang dihidang pada kami hari itu. Terima kasih cikgu.

Cikgu #4: Cikgu Nurminah


Kami akan ingat kata-kata cikgu "Jangan sekat rezeki orang lain".

Cikgu #5: Cikgu Miszalin


Cikgu awet muda kitoang panggil dia. Sebab muka tetap maintain muda. hihihi...

Cikgu #6: Cikgu Arba'iah


Sorry ganggu cikgu malam-malam.

Habis beraya rumah cikgu malam tu kami beraya kerumah dua orang kawan dan pulang kerumah masing-masing pad 12.45a.m. Hari yang sangat pack namun puashati. Xlah rasa kosong sangat raya tahun ni. Tahun depan kita raya lagi yer kalau panjang umur.


Yang ni rumah Hazrina yang pakai baju oren tu. Sedap laksa Goreng mak kau masak.

Rumah terakhir ialah rumah Ida yang duk kat kerusi, tengah2.

Dah 12 lebih jom kita balik.

Semoga ukhuwah persaudaraan dan persahabatan kita bertambah erat.