Tuesday 4 December 2012

Cover Minggu Ini

( " ______________________ " )

Dah lama aku tak buat pasal cover minggu ini. Ini episod spesial sebab kami adik beradik bantai rosakkan lagu orang. Hahaha.. Kami hanya jamming di dalam bilik.. Itu pun adik2 aku kena paksa dengan aku sebab nak siapkan assigment aku punya pasal. Konon nak buat kelainan tapi aku rasa macam hampes aje.. so sama-sama kita nikmati kehampesan itu.



Mental.

That's 'Ol Folks.

Monday 3 December 2012

Jejak kaki ke Gunung Datuk

Nak kena bangun pukul 3 pagi ingat senang ke. Melainkan kalau ada aktiviti yang perlu aku buat. Kali ni kita akan menjelajah Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan. Dah lama tak buat aktiviti mendaki ni. Teruja juga nak menguji tahap kemampuan diri. 

Kami janji nak jumpa pukul 5 dekat tol Pedas Linggi. Nampaknya, kami si gadis2 manis 3 orang ni menepati masa. Hampir sejam juga menunggu anak2 teruna ni nak sampai. Sementara menunggu mereka kami ambil kesempatan untuk tidur kejap. Dah lah waktu tu hujan dengan lebatnya. 

Dalam pukul 5.45 mereka sampai, kami gerak pergi solat dulu di masjid berdekatan. Hujan masih lebat. Sedapnya dapat sambung tidur. Kemudian kami gerak mencari restoran untuk bersarapan. Habis mengisi perut pagi tu sekali tapau untuk makan tengahari kami gerak ke Tapak Rekreasi Gunung Datuk. Keadaannya sangat nyaman sebab hujan masih tidak mahu berhenti. Kami berharap sangat ekspedisi ini diteruskan juga walau dalam keadaan hujan.


 
 Dalam pukul 8.30 kami gerak mendaki menuju puncak (kata ko)... Sebenarnya ekspedisi di sertai oleh kami berlapan. Tidak seperti yang yang dirancang iaitu 15 orang. Last-last minit tarik diri atas sebab2 mereka tersendiri yang tidak dapat dielakkan. Kami berlapan pun happening juga. Aktiviti mendaki kali ni tidak memerlukan kami membawa banyak barang memandangkan tidak perlu untuk bermalam di puncak. Kami mengambil masa 3 jam untuk sampai ke puncak. 







Walaupun perjalanan agak mencabar dengan lecak, xde landai langsung tapi kami tetap happening juga. Tiada pressure dari segi mental sebab masing-masing dah cukup mental okay. Dalam pukul 11 lebih kami sampai puncak. Jom nikmati view yang indah ini.













 Tangga ni boleh tahan mencabar sebab kena tiup angin. 

 Kami dah sampai..... Masa untuk makan tengahari.
 

Walaupun jalan becak dan menyukarkan perjalanan kami, alhamdulillah hanya sejam masa diambil untuk turun semula. Nasib baik ada tongkat yang dibeli last2 minit dapat membantu mengharungi jalan yang agak licin. Lepas ni kemana pula kita ya?

That's 'Ol Folks.

  
   
Istanbul Aku Datang


Istanbul Aku Datang merupakan sebuah filem arahan Bernard Chauly (Gol & Gincu). Dengar nama Bernard Chauly saja dah dapat bayangkan yang citer tu best. Setiap inci dalam citer tu memang aku suka. Dua kali aku layan citer ni memang xboring lah walaupun ada bahagian dalam citer ni memerlukan kita berfikir secara waras. Untuk anak2 di bawah 18 tahun, bimbingan orang tua adalah perlu. OK, mari kita cerita apa yang best dalam citer ni.

Sinopsis yang best

Kisah bermula apabila Dian (Lisa Surihani) ke istanbul untuk mengejutkan teman lelakinya Azad (Tomok) yang merupakan pelajar jurusan medik. Dian bertekad untuk mengambil kursus pendek di sana disamping merancang pelbagai taktik bagi meyakinkan Azad untuk melamarnya sebelum Dian pulang ke tanah air.

Namun perancangan dan kegembiraan Dian terbantut apabila Azad meminta Dian menyewa rumah sendiri. Dian mencekalkan diri dan meminta bantuan seorang lelaki Turki untuk menyewakan sebuah bilik. Malangnya Dian telah ditipu sehingga memaksanya untuk berkongsi rumah dengan Haris (Beto).

 
Trailer yang best



Barisan pelakon yang best



Dari kiri: Tomok, Lisa Surihani, Beto kusyairi dan Aizat Amdan

OST yang best

Yang menaikkan feel citer adalah lagu-lagu yang digunakan. Lagu2 yang agak biasa kita dengar ditambah dengan lagu baru memang kena dengan jalan cerita. Aku suka, aku suka... 

Ok, here the list:

1. Janice & the supertank - Kau dimindaku
2. Diandra ajunaidi - Angkasa
3.  Liyana Jasmay - Aku tak percaya cinta
4. Yuna - Super Something
5. Aizat - Denganmu
6. Tomok - Aku datang
7. Shila Amzah - Patah Seribu
8. Aizat - Bila Waktu Berhenti
9. Bittersweet - 1234
10. Tomok - Bagaikan bidadari
11. Sugar Love Cookies - Kau dan aku
12. Amir Jahari - Tanpamu


Fesyen yang UMMMPPHH..  
   

















Just a few...


The scene yang best. 
 





 Kesimpulannya cerita ni memang cun. Aku jatuh cinta dengan pemandangannya. Terasa nak pergi sana. Uhui... Mari berangan dengan percuma. Enjoy the view.

That's Ol Folks.

P/s: Sebenarnya post ni aku dah peram lama. Buat research konon. Habuk. huhuhu..

Saturday 17 November 2012

No regrets

Malam semalam selepas menghantar makanan yang dikirim oleh adik aku yang ngada-ngada kami lepaking kat Dataran Merdeka tapi xberapa best sebab tempat tu sedang di renovate. Walaupun dah melepasi pukul 1 pagi still ramai lagi orang. Siap ada family lagi berkelah-kelah. Yang peliknya, budak-budak kecik ni xreti mengantuk plak. 

After a few minutes (itu pun selepas ada seseorang yang xberapa nk sihat akal duk nyanyi2 sebelah kami) kami gerak nk pergi makan kat HR Steak House kat Kampung Baru. Yup, inilah cerita utama. Tempat ni memang best tak hengat walaupun agak sukar mendapat parking. Guess what? Malam ni malam bertuah sebab dapat parking. Dapat bayangkan berapa lama dah mencuba untuk jejak kaki ke sini walaupun tak tahu jalan tapi kami redah jua.


HR Steak House ni terletak di Kampung Baru. Sebenarnya dekat Kampung Baru ni memang banyak tempat makan best tapi aku sekarang cuma nak review pasal HR Steak House sebab harga dia yang sangat mengejutkan dan suasana yang best (yang penting boleh cuci mata). Bila sebut steak house of course la makanan barat ya kawan-kawan. Macam-macam jenis makanan barat yang kita  boleh pilih seperti Grilled fish combo (gila murah), Grilled chicken dan pelbagai lagi lah (tak ingat nama. Orang kampung......)


Aku telah memilih Grilled fish combo. Apa yang terdapat dalam combo ni? Macam-macam. Grilled fish tentunya, kentang goreng dan beberapa ekor udang dengan harga RM10.90 (kot....). Gila murahkan. Aku minum air kiwi dengan harga RM2.50. Pengsan. Rasa nak makan lagi kat sini. 

So, kepada visitor luar K.L yang tetiba rasa nak makanan ala-ala kebaratan sikit silalah datang sini. Memang takkan menyesal.

:) da.....


Wednesday 15 August 2012

JUMPA LAGI!

Assalamualaikum Olls,

Walaupun agak terlambat aku nk ucapkan selamat berpuasa terlebih dahulu sebelum Ramadhan tahun ini berakhir 3 hari lagi.

Setiap tahun ada saja kenangan aku dan Ramadhan. Pada tahun ini juga tidak terkecuali. Pelbagai kenagan pahit manis sepanjang aku menjalani ibadah puasa ini. Dugaan paling besar juga aku terima pada 10 malam terakhir Ramadhan. Berkat pertolongan rakan sekerja dan bos tempat aku bekerja juga semangat yang mereka berikan aku dapat laluinya dengan tenang. Ends. 

Kita cerita part yang best plak. Bulan puasa kali ini aku berpeluang untuk mempelajari teknik menganyam ketupat menggunakan reben, yelah nak buat hiasan kat opis. Tahun sebelum ni aku cuma jadi tukang gantung je. Hehe.. Pada mulanya memang agak give up sebab reben kan struktur agak lembut, kita kena pandai kawal dia jer. Saat ini ketika aku memandang ketupat yang digantung aku tersenyum. Macam tak percaya pun ada sebab masa memula beli reben kitoang hanya berharap seorang daripada rakan kitoang jer yang akan menganyam ketupat reben tu. Sedangkan dia pun ingat-ingat lupa, yelah setahun sekali jer kot buat. Kami pun mengambil peluang ni untuk belajar sama-sama. 

Sekarang ni rasa tak sabar-sabar nk balik Kluang sebab nak tunjuk kat Abah yang aku dah pandai anyam ketupat. Tadi aku telefon beliau. Tapi hampeh, beliau kata aku pandai hancurkan jer.. Xpe2.. Beliau boleh berlagak sekarang oleh kerana dah berkurun lamanya hanya beliau yang pandai menganyam ketupat dalam family. Tunggulah kepulanganku nanti.. Hahaha...

Tahun ni juga aku berpeluang mengunjungi rumah amal kat bangi dan Sepang. Yang kat Bangi budak-budak kecik jer. Paling tua pun 6 tahun. Muka masing-masing lebih kurang jer. comel-comel belaka. Rakan aku menyatakan hasratnya untuk mengunjungi tempat itu lagi nanti. Insyaallah. Rumah Amal kat Sepang plak kebanyakannya budak-budak dah besar dan bersekolah. Sempat juga mengajar mengaji sebaris dua tadi. Dah lama tak ajar budak mengaji sejak dah bekerja. Dulu masa sekolah adalah ajar budak-budak muqaddam.

Begitulah pelbagai rentetan peristiwa berlaku sepanjang bulan Ramadhan. dan hari ini aku tak sabar nak balik beraya. 

Selamat Hari Raya semua.
Ampun maaf kupinta andai ada post-post sebelum agak menjelikkan atau menyinggung perassan.
Semoga bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan.
Semoga kita dipanjangkan umur.

Wassalam.


Sunday 15 July 2012

Unexpected

Alhamdlillah..
Dipanjatkan syukur kepada yang Esa. Yang maha mendengar keluh kesah hambanya yang kadang kala ingkar suruhannya. 

Baru-baru ni result untuk Sem. pertama dah keluar. Keputusannya agak memberangsangkan. Ini memberikan aku semangat untuk melangkah ke semester seterusnya. Aku selalu fikir aku tak boleh buat. Selalu fikir tak cukup masa. Selalu fikir beban kerja akan mengganggu konsentrasi aku. Tapi sekarang aku akan lebih positifkan minda. Dimana ada kemahuan pasti ada jalan. 

Dream High!

That's Ol' Folks.


Monday 2 July 2012

Hobi baru II

semlm ada upload progress. Nah, ni lah hasil keras tangan aku. Pasni nk blajar buAt bnda lain. Ha, domokun.


That's Ol Folks.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Hobi baru

       agak-agak jadi apalah aek hasil keras tangan aku ni...?


                                  REVEAL SOON..


                                 That's Ol FOlks.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 8 May 2012

Wow!

Wow! Inilah first impression aku bila melihat ini...


dan ini....


Memula nampak ingat untuk filem terbaru ke hapa rupanya ini komputer keluaran Dell yang terbaru untuk Gamers mendapatkan kepuasan maksimum. Kata orang main game ngan dekstop lebih puas sekarang laptop dell alienware pun memberi kepuasan yang maksimum. 

Selain game, nak tengok filem ke drama ke buat grafik ke pun best sebab pemproses yang tinggi. 
Harga pun boleh tahan tinggi. Ok, berangan dulu. Papepun gadget ni smart.

That's 'Ol Folks.

P/s: Asus pun boleh main gamefish apa?
Need Rest

Selamat Pagi Wide World. Ha, terus dunia. Terus Puas hati.
Semalam kawan ajak pergi Pulau Redang. Wah, macam mengantuk disorongkan bantal. Memang dah lama tak pergi bersantai. Kejang je kepala otak ni bila takde aktiviti santai. Tapi depa pi lama lg. Aku nih ntah bley pi ke tidak. Hopefully jadual x clash ngan kelas or whatsoever.



Aku suka buat dua benda ni. Sampi satu badan kecut pun dah tak peduli. Badan aku mana pernah kecut rasanya. Bulat je. Ngek...

That's 'Ol Folks.

P/s: Abis exam ni nak aktif ping pong balik. Pedulikan pinggang yang sakit.


Sunday 29 April 2012

Saya seorang yang gagal....


Dalam pengurusan kewangan.

FAILED!!!!!!

Tuesday 24 April 2012

Bencinya bila.....


Tengah sedap-sedap drive tetiba momentum lari.....

Wednesday 18 April 2012

Misteri (cereka)

Masih terbayang lagi keindahan bukit A yang baru Ida dan rakan-rakan teroka tadi. Sewaktu berhenti makan di sebuah restoran juga bibir mereka tidak jemu-jemu bercerita perihal bukit  A yang mempunyai struktur yang agak mencabar itu. Masing-masing teruja dan berhasrat untuk berkunjung ke bukit A lagi.

Sesampai di rumah mata Ida sempat mengerling jam di dinding.

" Awal lagi." Tanpa mandi Ija terus membenamkan diri ke atas sofa. Cepat saja matanya terpejam rapat. Kebetulan hari itu dia "cuti", zuhur dan asar pun dia langgar. Tepat jam 6 petang Ija bangun dari tidur. Nak buka mata pun ambil masa apatah lagi nak bangun dan berdiri dengan betul. Dalam mamai kaki tetap dilangkahkan ke bilik mandi.

Malam itu Ida hanya duduk santai di depan televisyen menonton cerekarama bersama rakan serumah yang lain. Bila perempuan berkumpul - "Eh, kenapa dia macam tu aek?" "Kenapa cerita dia tak best ni?" "Tahu tak gosip dia?"komen dan komen dan komen dan.... sampai jam tepat menunjukkan pukul 12 malam. Waktu Tidur Malaysia. Kadang-kadang ada juga yang tak tidur lagi. Merempit.

Ida suka tidur di depan TV. Bising sikit katanya. Jam 12.30 Ija belum tidur lagi sedangkan rakan lain dah masuk bilik beradu masing-masing. Jam 1 Ida tutup TV dan cuba untuk tutup mata. Pusing kanan, pusing kiri masih tak mahu lelap. Tiba-tiba rambutnya terasa seperti dibelai. Ida tersentap tapi mata masih dipejam rapat. Dibiarkan keadaan begitu selama beberapa minit. Senyap. Ida kembali mencuba lelapkan matanya. Tetapi gangguan kedua betul-betul membuat Ida tak sedap hati. Terus dicapai bantal dan selimut masuk ke bilik rakan serumahnya. 

Sebaik Ida meletakkan kepala ke bantal rakannya menegur.

"Terkejut aku lah."Ida mengurut dada.
"Aku lagi terkejut kau masuk tiba-tiba ni. Apahal?"
"Takde apa-apa. Kau kenapa tak tidur lagi?"
"Panas. Kau bukaklah lampu. Xboleh tidur lah."

Ida petik suis lampu. Lega rasanya dapat tengok muka rakan serumah walaupun wajah yang dipamerkan penuh tanda tanya. Ida tak mahu bercerita apa-apa malam tu. Dia hanya mahu mencuba lelapkan mata. Tapi masih tak boleh. 

"Kau ni kenapa sebenarnya?" Rakan sebiliknya masih tidak berputus asa bertanya. Ida membuka mata perlahan. "Aku takut nak cerita sekarang." Rakannya mengangguk faham. Masing-masing tidak dapat melelapkan mata. Macam-macam topik dibualkan. Politik, gosip artis, masalah kerja, dunia, semua ada sehingga azan subuh berkumandang baru dapat lelapkan mata. 

Pagi itu, Ida bercerita dengan rakan-rakan serumah yang lain apa yang berlaku padanya malam itu.

".......dan gangguan kedua tu yang aku tak boleh tahan. Tetiba ada sesuatu merayap ke badan aku. Aku terus masuk bilik kau. Tak pandang kanan kiri pun. Jadi aku pun tak tahu apa mahkluk yang kacau aku." 

Selepas itu tiada lagi gangguan. Datang dan pergi bagai angin.
 



 
Bendera

Dalam kereta menuju ke majlis perkahwinan.
Terpandang bendera dari negara asing berkibar megah di sepanjang jalan.

Aku: Bendera negara mana tu aek? Canada kan?
Kak Su: Bukan. Canada satu warna je. German tu.
Su Jr.: Bukan lah ngah.. (tak ingat dia sebut bendera negara mana)
Aku: Bukan Canada ae? British kot?
Kak Su: British, UK
Aku: yer la kot.
Su jr: Amerika lah
Kak Su: Amerika sama macam bendera Malaysia.
Su Jr.: UK la tu.
Kak Su: German.
Aku: British.
Kak Su: Aish.. bikin panas nih..

Senyap-senyap Kak Su menaip sesuatu di handphone.
Kak Su memandang aku, tersengih yang aku boleh faham maksudnya. Yes, betul. Bendera UK.

Bendera yang diperbincangkan sebenarnya.


 Canada                              USA

                 
 
 German

Malaysia.

P/s: Berguna juga Handphone boleh google time gini. Dapat jawapan terus senyap. Hehehe..

Kritikal

Janganlah gaduh-gaduh!


Thursday 29 March 2012

Tutup lampu weh

                 Dulu masa jadi budak estet ( masa tu umur pun masih satu angka lagi) memang dah biasa bergelap kau tahu sebab kat estet tu cuma pakai generator je yang berskala besar untuk tampung satu estet yang hanya sekangkang kera je. Generator ni berfungsi ada masa-masanya. Kalau hari biasa/ weekdays siang tu memang xde elektrik lah sebab semua orang pergi kerja, budak-budak pergi sekolah jadi elektrik akan disalurkan kepada semua rumah tepat pukul 6 kalau tak silap. Malam kan, kenalah terang sikit sebab time ni semua orang pun ada kat rumah, budak-budak nak belajar mengaji lagi kan. Tapi kalau weekends elektrik akan disalurkan kepada semua orang tepat pukul 12 tengahari. Budak-budak tak sekolah, mak pak budak pun tak kerja duk umah tengok TV. 

              Tapi kalau time generator tu buat hal , rosak ke hapa memang bergelap lah kami. Masuk tidur pun awal. Time nilah lilin berguna. Tapi kalau kat estet tu takde eletrik malam-malam memang sunyi sepi. Bunyi daun jatuh pun boleh dengar padahal kepala otak dah pikir lain. Masa tu merasa jugaklah tengok TV cuma pakai bateri kereta. Kira dah cukup inovasi lah tu time elektrik xde tapi boleh tengok TV. 

Masa umur dah masuk 12 tahun aku pindah Felda plak duk ngan arwah atuk aku. Kat felda semua cukup, nak merasa duk bergelap macam kat estet memang jaranglah lagi lepas tu pindah duk taman pun jaranglah merasa gelap dan sekarang aku pun dah duk bandar. Putraja? Bandar? kan? Malah sekarang ni disuruh-suruh plak tutup lampu.


Earth Hour ni dah macam satu acara wajib seluruh dunia setiap sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun sejak tahun 2008, lampu akan ditutup selama satu jam. Earth Hour is organized by World Wide Fun For Nature (WWF) bukan yang belasah-belasah orang tu. Sejarahnya bermula sejak tahun 2007 di Sydney, Australia. Ketika itu lebih 2.2 juta orang dan lebih 2,000 premis perniagaan telah memadamkan lampu untuk selama satu jam. Hal ini kerana mengambil berat perubahan iklim bumi. Earth Hour telah menjadi sebuah gerakan dunia berlanjutan dengan kepanasan global yang melanda bumi kita.

Nak matikan lampu tak? time nilah boleh propose awek masa candle light dinner, buat wayang kulit ngan bayang-banyang sendiri, time nilah boleh dengar bunyi daun jatuh (kalau betullah daun yang jatuh) atau korang buat konsert unplugged. Oklah, enjoy malam minggu gelap anda esok 31 Mac 2012 dengan aktiviti berfaedah selama sejam.

That's 'Ol Folks

P/s: Nak lepak kat lampu jalan.

Wednesday 21 March 2012

Cover Minggu Ini

Mari menuju ke hadapan. Kita lupakan masalah sebentar dan layan cover from the talented guy from Malaysia of course, young ang wild & free (hantam lah labu). Nama sebenar tak tahu seems like dia nak hide his identity lah sebab kat cover ni dia tak tunjuk muka pun tapi suara best.

Lagu yang dibawakan ialah Dia. Original singer is Sheila Majid the-fabulous-oldtimer-ever. Hahaha. Lagu ni lagu rancak dan happy2 jadi sebarkan rasa cinta kita pada rakan-rakan keliling supaya mereka turut bahagia.


That's 'Ol folks.

-Bermiming sambil terover menghayati lagu-

Bengang

  Pelik pun ada kadang-kadang.  Sekarang ramai pula orang sakit hati. Kenapa perkara sebegini boleh berlaku. Makin meningkat dewasa makin banyak kerenah orang aku nampak sehingga kadang kala memeningkan kepala sebab semua ni berlaku dekat-dekat sangat dengan keliling aku makin aku jadi bengang. Kalau orang yang dah meninggal pun minta kiamat cepat aku hidup ni pun bila tengok keadaan yang tak selesa ni minta cepat kiamat. Biarlah aku punya tahap keimanan tu sebesar kuman je daripada aku hanyut terus.

Aku nak hidup happy. Menjalani hidup dengan bahagia. Buat papepun nak happy. Semua orang pun nak macam tu. Kalau aku ada banyak duit sekarang ni kerja aku travel je. Nak berjumpa dengan orang lain setiap hari. Timba pengalaman baru. Kalau asyik dok fikir buruk2 pasal orang buat apa ya dak. Macamlah diri sendiri pun xde keburukan. Aku akui yang aku memang banyak keburukan. Jadi orang keliling aku ni yang akan banyak menyumbang dan membantu samaada memburukkan lagi perangai aku atau menambahbaikkan lagi sikap aku.

Samalah juga dalam mencari pasangankan. Korang kan bab cintan cintun kan pandai. Nak mencari pasangan yang sama2 dapat menutup kekurangan diri diantara satu sama lain. Kononlah kan. Macam juga dengan orang lain. Orang dikeliling kita. They need your support sebab kita pun xpasti kenapa dia bersikap yang pada pandangan kita sangat annoying. Mungkin apa yang dilaluinya tak tertanggung pun oleh kita. Biarlah dia bersikap begitu sebaliknya anda harus bersyukur dia tak minta bantuan pape pun dari anda. Kalau anda memang seseorang yang suka membantu itu lagi bagus. Satu kredit dari tuhan untuk anda (pahala). Unless orang tu memang tak makan saman so bolehlah korang mengudur diri dari membantu dia mungkin satu hari nanti ada lah someone from heaven kot turun bantu dia. Kalau malaikat maut yang turun? Sendiri mau ingat.


 Mari lah merawat penyakit hati melalui cara yang basic ini. Saya sedang menjalani rawatan ini. Tapi seringkali juga hati ini terdetik  niat jahat kerana refleks dari provokasi tadi. Jadi bantuan ku pohon dari semua supaya apapun yang aku buat jangan dipersoal melainkan kalau aku telah melakukan perkara yang tak sepatutnya. Aku seorang yang tak pandai meluahkan apa yang aku rasa samada rasa sakit hati and what's not jadi aku akan simpan dalam hati dalam-dalam dan aku tahu ini sangat bahaya tetapi aku akan luahkan melalui cara lain dan mungkin cara aku kadangkala membuat orang lain menyampah. Minta maaf.

Basic merawat penyakit hati.
 
1. Tidak banyak bercakap 
(walaupun pada awalnya agak berjaya tapi masih lagi diperingkat latihan kerana beberapa provokasi yang bertubi-tubi. Sosial perlu tapi berpada-pada je lah)

2. Jaga emosi dan nafsu
(Wanita dan emosi. Apa yang anda fikirkan? Aku jarang emosi sebab aku simpan dalam hati dalam-dalam. Aku suka tengok lelaki kawal emosi. Lelaki kan slumber tapi tu lah yang buat perempuan lagi emosi kan)

3. Selalu mengingati Allah S.W.T
(Yang ini memang sangat basic. Kerana Dia-lah tempat mengadu)

4. Jangan bergaul dengan orang yang ada penyakit hati
(Kerana ini adalah penyakit berjangkit. Sepatutnya diquarantin orang yang ada penyakit macam ni) 

That's 'Ol folks.

-bersiul-siulan-

Wednesday 14 March 2012

Cover Minggu Ini

Syok lah layan cover kat you tube. sampai tak tahu nk pilih yang mana jadi kesukaan untuk minggu ini. Minggu ni dan minggu lepas macam dah melalui satu lorong yang agak gelap dan sempit sampai nak bernafas pun tak boleh. Jadi minggu ni nak amik mood gembira-gembira sudah.

Aku pilih cover ini:


Awesome.. Mari bergembira. Menyembuhkan hati yang duka lara. Mana ada berduka sangat pun sebenarnya. Tapi lagu ni boleh buat hati berbunga-bunga dan bagaikan ingin terbang dan berlari-lari di satu padang yang luas. Dekat situ nanti aku sorang je. Ya, aku nk duduk sorang-sorang.  Snap gambar pemandangan sana sini. Oh, boleh tak bayangkan itu. Feeling macam kat syurga lah...

That's 'Ol Folks.

(bernyanyi-nyayi)

Monday 27 February 2012

Cover minggu Ini


Aku minat muzik. Bagi aku muzik merupakan salah satu method untuk meluahkan apa yang kita rasa. Betul tak. Muzik yang aku suka more easy listening. Yang tak terlalu jerit2. Aku suka dengar muzik acoustic. Gila damai.

Ok, oleh kerana aku nih boleh tahan gak gila melayari youtube sebab usha cover-cover yang budak-budak nih dah buat. Awesome lah budak-budak sekarang ni. Jadi, aku nak buat segmen cover minggu ini.  Tak kiralah cover lama ke cover baru ke aku tetap letak cover minggu ini. Hahaha.. Ikut naluri aku. 

So nya, ni lah cover pertama untuk minggu ini.


Lagu bertajuk Cinta Bersatu. Penyanyi asal Liyana Jasmay. 

Aku sebenarnya bukanlah peminat Liyana Jasmay. Lagi-lagi dengan lagu aku tak percaya cinta tu. Tapi lagu ni    aku rasa menunjukkan kematangan Liyana Jasmay. Komposer lagu ni pun memang aku minat. Sapa tak kenal Tilu dengan lagu-lagu yang agak selamba didengar. 

Lagu ni merupakan cover kedua Cik Lala Lang. Yang pertama lagu Alam Maya. K, enjoy.

That's Ol Folks.



Tuesday 21 February 2012

Kegilaan ini lagi

Apabila bercerita tentang kegilaan kita, tajuk juga harus dihiasi dengan warna kegilaan juga.

Baru je habiskan menonton Korean Drama 49 days. Walaupun ada kemengarutan yang tak terbendung dalam citer ni tapi tetap best. Sebab macam-macam feeling boleh rasa dalam citer ni. 


The sypnosis

Shin Ji Hyun ni seorang gadis yang sangat ceria dan naif sangat seronok sebab akan berkahwin dengan tunang dia tapi kehidupan dia yang serba sempurna tu berubah bila dia mengalami kemalangan yang agak teruk dan menyebabkan dia koma. Semasa dalam koma tu dia telah berjumpa dengan utusan dan telah diberi peluang untuk hidup tapi bersyarat. Dia kena cari 3 titis airmata yang sayang kan dia dengan ikhlas tapi bukan dikalangan ahli keluarga. Mak ke, pak ke, adik-badik ke airmata doang tidak diterima. Dia kan cuma roh je jadi untuk dapatkan semua tu dia kena pinjam tubuh Song Yi Kyung, pekerja part time kat kedai serbaneka 24 jam. Macam-macamlah jadi lepas tu. 

The barisan pelakon.

Dari kiri: Kim Yoo Bin, Jung II Woo, Lee Yo Won, Jo Hyun Jae, Nam Gyu Ri, Bae Soo Bin

Tengok barisan pelakon pun berkobar-kobar nak tengok.

That's "Ol Folks.