Friday 29 July 2011

Puasa dah nak dekat la wei...

2 more days to go.. nak g mana? bukan pergi mana tapi nak puasa.. Sebulan untuk kita menahan lapar dan dahaga. Aku tak berapa nak ingat aku mula berpuasa pada umur berapa. Tapi yang pasti masa tu aku bersekolah rendah dan ponteng-ponteng puasa. Dan sekarang memang takde alasan nak ponteng puasa.

Apa pengalaman puasa korang?  Apa azam puasa korang tahun ni. Puasa pun ada azam ok..

Aku berazam nak masak sendiri tahun ni.. Erk, kantoi. memang aku tak berapa pandai nak memasak jadi masa ni lah aku nak belajar sikit-sikit. Sila tunjuk ajar sifu2 kat rumah tu. Tiap-tiap tahun beli kat bazaar memang dah tak boleh blah dah tekak ni. 

Sempena dua hari lagi nak puasa ni aku nak ucapkan selamat lah berpuasa ye. Semoga puasa kali ini dapat memberi beribu manfaat dan jangan kosongkan hari-hari korang dengan perkara yang tak berfaedah dan yang penting skali, jagalah kesihatan. Chiow yaw..


Get the messages. Ok, dada...



Sunday 24 July 2011

Hiking at Bukit Tabur

Assalamualaikum..

Yang Kita Suka Buat kali ini nak bawa anda ke satu tempat yang agak extreme buat first timer macam aku ni iaitu panjat Bukit Tabur yang berlokasi di Taman melawati. Bukit Tabur ni agak mencabar but enjoyeble. Kami (sebenarnya aku dan Fiza saja yang exited sebab yang lain dah pernah naik. Untuk pengetahuan kami berenam sebenarnya. Untuk explain 'kami' pun dah panjang lebar kat sini.) sanggup nak bangun seawal 5 pagi sebab nak rasa cabaran bukit ni.

kami berkumpul di kedai mamak untuk bersarapan seterusnya berkonvoi menuju ke Bukit Tabur. Kami mula mendaki pada pukul 7 lebih kalau tak silap. Eh, sebelum tu kena buat senaman pemanas badan dulu ya. kalau tidak macam-macam nanti jadi pada kaki.

                                                        gambar ehsan: KN


Sebenarnya untuk permulaan mendaki pun aku dah hampir nak lemah semangat juga. Bila dah dapat rehat sekejap dah ok semula. Padahal kalau ditengok dengan mata kasar bukit tu macam senang je. Tapi, tuhan je la yang tahu lenguhnya betis dan lutut aku ni.



Itu cabaran pertama. Bagi akulah. tapi yang dah biasa mendaki bukit ni mungkin kacang je kot. Lepas dah dapat balik kaki aku yang lenguh tu, kami mulakan perjalanan dan bakal menghadapi cabaran baru. 

Agak bertuah juga pada hari itu kami telah bertemu Pendaki Solo Negara yang pernah mendaki Gunung Kinabalu sebanyak 111 kali selama 112 hari. Kembali bersemangat. Dengar kata lepas ni nak pecah rekod dunia pula dengan mendaki KL tower.

Selamat maju Jaya lah!

Mendaki bukit ni korang akan jumpa macam-macam halangan yang korang  tak pernah buat (untuk fisrt timer) dan kadangkala macam tak masuk akal atau pun korang sendiri tak pernah terpikir pun akan lakukan aksi se 'extreme' itu. Tapi korang akan rasa seperti di beri ganjaran bila dapat melihat view yang sangat cantik bila dah sampai puncak. Aku boleh katakan kat sini Bukit Tabur ni boleh dikategorikan sebagai track latihan. Kalau lepas ni ada cita-cita nak pergi lebih jauh lagi.

Antara yang extreme-:

                                                       Gambar ehsan: KN
korang bayangkan..


Bukit berbatu yang telah selamat kami lepasi bersama-sama kasut aku yang bakal jadi kenangan yang
terindah.


Pentingnya bawa air.


Nampak macam susah tapi sebenarnya seronok. kalau panjat batu-batu mcam ni tak penat sangat sebenarnya. Yang penting korang kena pakai sarung tangan. Aku pun tak bawa sebenarnya. Terima kasih kepada Mr. Gadget.

Antara ganjaran pemandangan yang akan korang dapat:-


Nampak tak air tasik kat belakang tu..


                                                        gambar ehsan: KN
Tengok lagi.


                                                        gambar ehsan: KN
Ah, ruginya kalau tak naik bukit ni sampai habis.


Pemandagan seluruh bandar.

Aktiviti macam ni sebenarnya dapat menjalin hubungan baru dengan kenalan baru. Siapa cakap rakyat Malaysia ni tak peramah. Walaupun kami datang dari kumpulan yang lain-lain tapi kami masih bertegur sapa dengan baik, berkongsi pengalaman dan yang penting kerjasama.

Sekian untuk Yang Kita Suka Buat kali ni. Harap korang yang tak pernah pergi akan cuba aktiviti ini.

Bila lagi agaknya.

Thursday 21 July 2011

Saya minah bunga kah?

Jawapannya adalah tidak. Tapi buat cuci-cuci mata ok saja.
Siapa yang tak tenang bila tengok keindahan alam kan.

So, baru-baru ni aku dan 2 lagi kawan menggagahkan diri pergi ke Floria @ Putrajaya. Kenapa gagah? macam terpaksa je? Bukan-bukan. Faham-faham je la dengan karnival macam ni. mesti berasak-asak dengan orang ramai. Walaupun masa ni ramai yang duk sibuk berkumpul untuk Bersih 2.0 tu tapi masih ramai juga yang datang mengunjungi Floria ni. Jangan nak ulas panjang pasal tu. haip.. Ok..

Kami pun berjalan menyelusuri keindahan ciptaan tuhan ini. Kiri Kanan bunga. Macam fairy tale aku rasa. Cuma aku tak pakai gaun kembang-kembang tu jer. Citer pasal gaun kembang aku teringat, ada juga pasangan pengantin mengambil kesempatan mengambil gambar mereka di Floria ni. Sangat bertuah.

Pastu, ada pertandingan deko taman darip eringkat budak-budak sekolah rendah sehinggalah peringkat pelajar-pelajar universiti. Baguslah adik-adik ni punya dekorasi. Cantik tak hengat.

Antaranya yang sempat di snap untuk anda cuci mata dan penjana idea untuk laman rumah masing-masing:-



Tag merah putih ni mengganggu pandangan la plak.

Cantik.

Hmmm...

Feveret gwe..


 cantik xterkata.


Kalau kahwin lalu bawah ni pun best ala-ala dalam taman gitu.

Along, Angah dan Achik. Rancangan feveret masa kecik-kecik dulu.



Korang tengok betul-betul. Macam bentuk buah epal yang dah abis dimakan.



My heart.

Sebelah malam ada pertunjukkan bunga api dan feri berhias. yang nampak terang-terang tu feri lah tu. Sori ye. view xbaper nak jelas sebab snap dari jauh je.

Huh, penat dah. Hari tu kami balik kul 4 pagi. sebab nak cari ikan bakar kat Melaka punya pasal. Pastu kedai tutup akhirnya nasi lemak R & R nilai jadi pilihan. Pape pun enjoy lah dengan korang.


Friday 15 July 2011

Ada banyak perkara nak cerita.
Tapi masa tidak berkesempatan lagi.
Tapi kepala ni dah semakin berdenyut.
Macam ada yang tak beres.
hmm.. nantilah. Aku akan cari masa juga.

Bye dulu lah.

Friday 8 July 2011

syok nyer.

Assalamualaikum,

Seminggu yang lalu, kami telah menghadiri Team Building Bahagian kami. perasaan sebelum pergi? mestilah syok oh.. sebab Team Building kami ni di buat di Langkawi. Untuk pengetahuan, ini adalah pertama kali dalam hidup menjejaki kaki ke Langkawi. Jadi jangan rasa hairanlah dengan kejakunan aku ni. Tapi yang paling comel aku nak cakap kat sini tentang kakak-kakak kat pejabat aku ni. Comel sangat sebab sebulan sebelum nak pergi lagi mereka dah sibuk cerita nak beli pinggan mangkuk. Aku dan beberapa lagi kawan-kawan yang masih bujang hanya mendengar saja. Mungkin belum timbul minat bab pinggan mangkuk ni tapi sebenarnya tidak, memang akan jadi rambang mata bila tengok pinggan mangkuk cantik-cantik. Aku sempat sambar satu set cawan untuk emak.. Ah, akhirnya aku terjebak.
Sebenarnya aku nak bercerita dari awal perjalanan kami tapi macam dah termelalut sikit. Baiklah kita teruskan cerita. Kami bertolak khamis malam jumaat pada jam 8 lebih aku rasa. Sebab perjanjian kami nak bertolak tepat pukul 8. Tapi biasalah bab-bab masa ni ada saja yang tak tepati. Termasuk aku yang lewat 2,3 minit je. Lupakan tentang kelewatan kami kerana perjalan kami masih panjang yang memakan masa 12 jam kalau saya tak silap. Yang best bila bertolak malam ni kita boleh terus tidur tak sedarkan diri dan hanya perlu bangun bila dah sampai.


Pandai nyer berlakon.


Kami sampai di Kuala Perlis pada jam 5 pagi macam tu. Selesai solat kami berkumpul di jeti dan bersarapan terus di sana.


ye roti canai saja.
Semasa bersarapan perasaan aku masih lagi teruja nak jejakkan kaki ke dalam bot. Bukan apa, nak sambung tido je. hihi.. Selesai makan kami menunggu beberapa minit lagi sebelum dipanggil untuk berangkat.

 All aboard!

Sepanjang perjalan menuju ke Pulau Langkawi tak banyak benda pelik yang kelihatan. Hanyalah dasar laut yang kosong dan dikelilingi pulau-pulau yang cantik maka tiada gambar yang menarik untuk tatapan. Lagipun masa aku dihabiskan dengan tidur saja bila dah dekat atas bot tu dan hanya tersedar semula apabila kami telah sampai di Pulau Langkawi. Senyum meleret keterujaan. maklumlah orang pertama kali sampai di Pulau penuh bersejarah ni.

Tempat pertama kami lawati adalah kilang gamat. kami telah dicabar oleh pakcik tourist guide sama ada kami boleh memasukkan tangan ke dalam kuali yang merebus gamat yang panas lagi mendidih. Aku pun ambil peluang tu walaupun cuma berani masukkan jari saja. itu pun dah cukup panas tahu.

Inilah kuali yang merebus gamat panas lagi mendidih tu.


Inilah bentuk sebenar gamat sebelum direbus.

Menurut penerangan yang diberikan pada kami oleh owner kedai gamat ni, Gamat ni merupakan hidupan laut yang unik dan mempunyai khasiat yang tinggi dan sangat sinonim dalam perubatan. Sempat jugak lah aku membeli beberapa barangan berasaskan gamat ni seperti syampu, losyen dan sabun untuk peribadi wanita. Sebenarnya aku sendiri pun baru tahu Gamat ni ada macam-macam produk. Hmm..

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Makam Mahsuri. Macam biasalah seperti yang kita tahu tentang sejarah beliau dan pewaris beliau. Muka macam Misha Omar lau teliti betul-betul.

Sebaik kita mula masuk ke dalam Muzium Mahsuri ni kita akan disambut dengan muzik tradisional yang aku pun tak pasti nama muzik tu apa. hmmm... Tak payah nak pikir sangatlah lau ko dah memang tak tahu.

Inilah Makam beliau. Alfatihah.

Ini pula rumah Mahsuri sebelah belakang. Tapi maaf lah cuma ambil gambar sebelah belakang saja sebab unik sangat.

Ini perigi mahsuri. Menurut penceritaan Tourist Guide kami, kalau cuci muka dengan air perigi ini akan nampak muda 15 tahun. Jangan percaya. Sebab muka aku cuma nampak macam budak nak SPM jer. Kira dah tua dah tu.

Macam-macam ada kat Muzium ni tapi tidak semua tempat kami boleh amik gambar. Tak mengapalah, sebabnya aku tak sabar nak naik cable car.





Ok, itu saja untuk cerita satu hari di Pulau Langkawi. Sebenarnya banyak lagi tapi entry ini akan jadi panjang berjela pula. Takut bosan plak nak baca. hehehe.. Jumpa lagi di lain entri.


Ada niat untuk kunjungi Pulau Langkawi lagi lepas ni..