Tuesday 31 January 2012

Pictures Of The Year 2011 Contest



Tengok gambar kat atas mesti dah tahu ni adalah satu contest. Hati aku ni tergerak2 je nk join contest ni selepas terbaca satu entry ni kat blog cousin. Sebab aku nak join? Sebab saja2 memandang kan tahun 2011 banyak gambar yang dah di snap. Lagipun tarikh tutupnya pun lama lagi kn 9 Feb 2012 kn hari ni baru 1 hb feb kan. Kalau nk join klik je gambr kat atas. Kalau tak boleh pergi terjah blog mamat empunya contest ni.

Dengan ini aku ingin mengisytiharkan gambar kat bawah ni sebagai gambar terbaik aku di sepanjang tahun 2011. Terbaik. Kenapa? Meh aku cerita:-


Batu, lalang dan langit bila bersatu nyaman. Ideologi kita yang berlainan bila bersatu aman. Broga Hill telah menyaksikan kegilaan kita terhadap alam ketika ini. Teruja dengan ciptaan tuhan.

Aku nak jemput doang bertiga ni untuk join sama:-


That's 'ol folks.





On your Mark, Get Set, Go...........................................


Pada 27hb Januari dengan rasminya aku sebagai student UPM. Perasaan? Korang rasa? Menyesal=(... Oh tidak lah kan. Aku dah membazir masa 3 tahun dengan berfoya-foya (yang ni memang aku menyesal). Mestilah aku teruja nak belajar balik. Kerja balaci macam aku ni kena selalu upgrade pala otak. Lau tak memang akan ketinggalan.

Aku memang suka membaca sebelum belajar ni tapi bahan bacaan yang aku cari semua junk reading je lah kan macam novel yang boleh membuai2, yang macam baca part sedih2 tak sah airmata tak meleleh (kalau citer tu betul2 terkesan kat hati lah). Nak cari buku ilmiah ni memang lambatlah. Baca  suratkhabar je tu pun dah cukup ilmiah.

Course yang aku amik sekarang Bacelor Komunikasi. Kenapa tak nak ambik course yang  berkaitan dengan kerja sekarang? Untuk pengetahuan, dari sudut negatif aku, kerja sekarang pun aku tak baper suka. Walaupun begitu aku amat berterima kasih dengan kerja sekarang sebab telah menemukan aku dengan apa yang aku suka buat. Tanpa kerja sekarang mungkin aku akan terus bekerja kat Railway Coffee tu dengan gaji ciput berpadanan lah dengan kerja aku tu dengan pendidikan tertinggi aku STPM dan aku pun tak kemana. Mungkin aku akan dikahwinkan awal oleh bapa aku. Bila memikirkan itu semua.. once again.. Terima kasih kerja sekarang, terima kasih kerja sekarang..

Kenapa aku pilih course ni sebab aku suka. Lepas dari SPM dulu aku apply course ni masa isi borang UPU. Tapi xde rezeki sebab tak pass interview. Aku tak bape nak suka amik course yang ada perkataan management sebab diri sendiri pun tak ter-manage.. Hahaha ada kena-mengena ke? Sebab yang lain ialah aku nak belajar supaya aku yakin berhadapan dengan orang tak kira lah kuantiti orang tu sikit ke banyak. Sebabnya aku ni ada penyakit gugup tak memasal. Aku ingat lagi masa aku STPM dulu. Cikgu MUET aku minta buat public speaking kat depan kelas dengan tajuk yang ikut suka kita lah nak pilih. Guess what? My BFF si Fara telah mencabar aku untuk bercakap kat depan dalam bahasa omputih tu. Sehari semalam lah aku dok memikior nya sama ada nak menyahut cabaran itu atau tidak. Esoknya, aku datang juga dan dah prepare untuk public speaking walaupun aku belum buat keputusan sama ada nak bercakap juga untuk sesi tu. Seorang demi seorang habis bercakap (yang berminat nak bercakap je yang ke depan).  Si Fara tak jemu2 bagi semangat kat aku dan akhirnya (sebab aku orang terakhir untuk sesi itu) tampil ke depan dengan membawa tajuk  Say No To Smoking. Wah, lancar jer aku bercakap without skrip sebab mestilah aku dah hafal skrip siap2 kan. Hahaha.. Guess what again? Si Fara bagi aku duit, aku pun tak ingat berapa amaunnya tapi memang aku terkejut. Dia cakap "Nah, aku bagi kau ni sebab kau berani"  Aku pun amik lah rezeki jangan ditolak musuh jangan di cari tu. Fara aku akan ingat ini.

Pada 28 dan 29hb pula bermula face to face (F2F) pertama aku bersama lecturer. Hasil dari pertemuan itu kami pulang dengan berbekalkan 9 assigment. Duh! Aku berazam nak siapkan awal tapi sampai la ni pun aku tak cari bahan lagi. Hahaha.. Walaupun payah akak ku redah jua. Tajuk pun dah macam nak mula game kan. Belajar ni aku anggap macam main counter strike walaupun sebenarnya aku tak pernah main secara serius game tu just cuba-cuba je.

lastly untuk celoteh hari ni aku nak say thanx kepada kawan2 yang banyak bagi galakan kat aku, tanpa korang aku rasa aku tak kemana. Nad, thanx sebab ko lah orang paling beriya suh aku belajar balik. Banyak bantu aku masa pergi interview kat UiTM. Sentiasa ingatkan aku untuk selalu tengok iklan PJJ. Muha (Adik kak liza rakan serumah aku) Sebab banyak juga  nasihat dia yang masuk dalam pala aku lebih2 lagi bab Bahasa Inggeris. Thanx juga kepada pesaing2,sebab tanpa korang aku pun xde semangat nak majukan diri. Pesaing paling terdekat aku ialah Fara.. hahaha jangan marah Fara. Fara ni dari STPM, Poly sampai sekarang  ni amik master tak putus2 belajar. Dengar nak sambung sampai PHD plak ae. Aku jeles ngan ko. Hahaha.. Ko pun tahu kan. Thanx juga pada rumah2 yang aku pergi masa raya yang kebanyakan ada letak gambar anak2 pakai jubah masa grad. Pencetus semangat juga tu.


Wui, panjang plak entry ni. Ada je ideanya nak menulis. Bila nak buat assigment satu ayat pun tak keluar dari kepala otak aku ni. Apa pun tak boleh.


P/s: Aizat kalah AJL tapi aku tak kisah. Dia tetap the best bagi aku. Persembahan malam tu best.


Monday 23 January 2012

PASTI
Pasti
Sangat pasti
Aku bersediakah
Sangat tak bersedia
Tapi kenapa aku masih macam ni
Kenapa tak nak berubah lagi

Bukan tak berubah
Aku sedang menjalani perubahan lah ni
sedikit-sedikit
Aku perlu bimbingan juga
Aku perlukan seseorang yang kuat
Yang mampu aku sandarkan
kepercayaan, bimbangku juga khilafku

Baru-baru ni aku ada dengar berita gembira
Baru-baru ni juga aku ada dengar berita sedih

Sudah pasti aku suka dengar berita gembira
tapi aku tak boleh lari dari mendengar berita sedih
kerana ia adalah pasti
Ya, PASTI 

Pasti itu lah yang aku paling takut
Takut terjadi pada diri sendiri
Takut tak dapat menerima kenyataan
takut tak bersedia
Ya Allah, tuntunlah hatiku
Bawaku ke jalanmu
Kuatkan hatiku menerima ajaranmu
Semoga aku berada disisi terbaik mu

Alfatihah kepada saudara seislam ku yang baru saja meninggalkan dunia ini.

Friday 20 January 2012

Patah Seribu


Ye, tak dinafikan memang sekarang hati ni tengah patah seribu.  Salah diri sendiri sebab tak de confident langsung. Tsk, tsk, tsk. Pergilah kau, pergi main jauh-jauh. 

Ok, kembali ke mood biasa. Aku nak cerita pasal Shila Amzah sebenarnya. Hari ni aku usha Vlog dia je kat you tube. Awesome gila. Aku suka cara dia nyanyi. Sangat bersahaja. [Amboi Shila Amzah, main mesra2 dengan abang Sharnaaz kat dalam twitter ya.Sweet] 

Hehe.. saja je letak gambar ni yang cerita utamanya Shila Amzah.

Shila ni buat lagu orang lain macam lagu dia je. Bila dia nyanyi lagu orang lain tenggelam penyanyi asal lagu tu. Amboi melambungnya pujian aku kat kau ni Shila. Hehe.. Perempuan dalam gambar ni merupakan inspirasi aku jugak selepas Aizat. Susah aku nak cakap kenapa. Mungkin sebab bersahaja dorang tu, atau mungkin lagu yang mudah masuk kepala, atau mungkin best untuk karaoke atau mungkin kalau bawa kereta sorang2 tu boleh feel macam Shila Amzah. Tetiba kan.

Apa-apa pun hope Shila Amzah akan berjaya di masa akan datang dan ada lagi lagu-lagu solo best dari Shila Amzah. Tiga suara tu bukannya tak best tapi mungkin ketiga-tiga ada kekuatan tersendiri jadi tak puas nak dengar suara dorang bila lagu dinyanyikan secara pukal. Faham tak maksud aku tu?

That's 'Ol folKs.

P/s: Sedih tadi sebab tak dapat nak beli album karaoke Aizat secara online sebab Maybank2u kat page dia lembsss sangat.. RM15 je pun..

P/s: Beberapa hari lepas penyanyi Fazley Yaakob yang sekarang ni jadi motivator ada bagi private message kat twitter aku. Dia cakap tunggu kemunculan album baru dia nanti. So, tunggu...

Thursday 19 January 2012

testing,testing

ok, ini adalah operasi percubaan. saja..gatal nk update blog via android. Mnalah taw tengah malas tp gigih juga nak hapdet.


gmbar bear jd plihan sebb xde maksud tersirat. natural je. hehe..


Published with Blogger-droid v2.0.3

Monday 16 January 2012

OMG..Diet aku...

Pernahkan mengeluh macam tu bila satu hari tu terpaksa makan banyak. Padahal dengan kehendak sendiri kan. Pagi nampak ayam goreng macam sedap amik letakkan bersama-sama dengan nasi lemak yang kita amik tadi. Lepas tu kuih-muih pun amik jugak konon malas nak kuar makan tengahari. Tapi tetiba tengahari tu ada rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari sebab ada lebih masa meeting. Padahal kuih muih tadi tu dah habis  pun dibaham tapi sebab terpaksa tadi tu makan jugaklah rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari tu. Oleh kerana tengahari tu makan pun dah banyak konon malam malas lah nak makan lagi. Balik rumah tengok kawan serumah kita masak sedap. Oleh sebab kita ni kan wanita golongan yang lemah jadi tak berdaya nak lawan  nafsu yang satu ni. Kecundang jua akhirya. 

Begitulah rentetan hidup seorang berisi yang ingin berdiet. Dah lah tak mendapat sokongan yang padu dari sekeliling, malah makin dijemput2 plak kita makan. Hahaha.. Macam aku sendiri, berbagai cara dah aku guna. Apa yang mampu aku buat skang ni aku akan kerap makan kalau aku amik dalam kuantiti yang sedikit tapi kalau hari tu aku dah ambil kuantiti yang banyak akau akan kurangkan kekerapan tu.

Aku ada terbaca satu artikel ni kat fb berkenan pengambilan menu sihat mengikut jenis darah kita. Walaupun aku dah tak kuasa nak ikut rutin diet ni mana tahu ada yang sama darah ngan aku teringin plak nak follow rutin ni kan. Aku malas lah nak close up jenis darah orang lain kan. Oh ya, jenis darah aku B. Baru dua kali derma darah. Huahuahua (penakut jarum sebenarnya).

Diet Untuk Golongan Darah B
--------------------------------------
 individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging (aku memang dah terapkan dalam diri untuk bencikan encik daging).
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan(erk..!!!).
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi (Ok, yang ni memang ada buat. Check.).
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti(Ok, check. Aku memang suka beraktiviti)

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak (Ok, aku ngan encik sayur memang xde masalah komunikasi. Aku boleh On dengan dia).

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu (tadi suruh hadkan tetiba dianjurkan plak. mana satu aek?), kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam (feveret), ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu(apalah makna hari raya tanpa tempe dan tauhu? sobsobsob), kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera (rakan ketika susah ni, mana boleh dilupakan begitu saja), beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung .

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak 
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Mana yang sanggup kita buat seikhlas hati kita teruskan yang xsanggup tu kita buat-buat tak nampak sudah.. Jadi, bolehlah bagitaw aku keberkesanannya nati ya.

That's 'ol folks.


Friday 13 January 2012

Ko suka sweet tak?

Entry ini tiada kena mengena dengan gula-gula. Jangan tertipu. 

Korang (lebih-lebih lagi perempun) mesti nak  majlis bersejarah korang sweet dan diingati sedara-mara dan rakan-taulan kan. Tapi untuk entry ni aku bercakap more majlis bertunanglah ye. Sebab sekarang ni aku tengok ramai benor yang suka perabis kat majlis kecik ni. Tak perlu nak buat gilang-gemilang sangat sap pelamin bagai sedangkan ada lagi alternatif lain yang lebih save poket korang dan yang penting sweet.  Gunakanlah kreativiti memasing kan.

Korang pernah dengar photobooth? Ok, ada yang pernah ada yang tak pernah kan. Korang boleh bina photobooth ni sesimple yang mungkin dan bersama2 aksesori yang kiut-miut berdasarkan bajet memasing lah kan. Dengan photobooth ni korang boleh bergambar dengan macam-macam gaya instead bergambar kat atas pelamin yang cuma berdiri tegak dan peace. Aku akan tunjukkan beberapa contoh gambar kat sini atau pun korang boleh google sendiri untuk lebih puashati bagi menjana idea dan kreativiti (ceh mentang-mentang kerja kat MOSTI).

Memula photobooth yang simple ini. Just hang the vantage kain at the pokok and just that. 

See, just like that.

Ataupun korang boleh build your own booth macam ni.

Simple kan.

Maria Eleena semasa majlis pertunangannya.


Kan dah cakap tadi simple je.

And the aksesori.

Comel kan aksesori.

Semua orang boleh bergambar kat photobooth tu malah sedara-mara, rakan taulan, sahabat andai juga boleh bagi ucapan sambil bergambar. Contohnya:-


Sekarang semua orang pun take part dalam majlis korang.

Macam mana. Lebih berbaloi kan. Malah benda ni buat sendiri pomboley tak payah nak hire wedding planner ke kan. Lebih puashati.

That's 'ol folks.




Kekurangan adalah kelebihan


Tadi masa online FB aku ternampak satu video sweet. Perbualan anak beranak ni dengan menggunakan bahasa isyarat sebab kedua-dua mereka pekak. Kecik-kecik dah pandai guna bahasa isyarat. Kau mampu? Aku pun tak mampu. 






Inai lagi


Hai.. pening kepala dengan masalah cinta remaja sekarang. Memula adik aku no.2 masalah ngan makwe dia. Tak kisahlah, dua-dua dah besar boleh settle sendiri. Ni tetiba malam2 buta adik aku no.3 meluahkan perasaan pasal masalah cinta dia. Padahal ngah belajar lagi dah menggatal. Amboi.. masing-masing dah ada niat nak langgar bendul ni. Tak mengapa, yang penting emas sampai lengan korang kena sediakan untuk aku.

Pada mulanya nak cerita pasal inai yang kejadian sebenarnya pada 3 hari lepas. Tapi boleh plak cerita doang terletak kat paragraph pertama. Betapalah masalah remaja kian meruncing sekarang nih. 

Oklah, ari tu aku ngan dua lagi kawan sudi meminjamkan tangan untuk kak leen practice. Sebelum ni aku sorang je. Baiklah pertemuan kami  macam biasalah kat Chilli Peppers, Presint Diplomatik. Sebelum nak masuk kedai sempat lagi camewhoring ngan Myvi berwarna hijau cun (Ingatkan keta mewah kan).  Hahaha. Kita layan gambar lah. Lau ada yang berminat boleh usha blog kak leen.

Ni lah orang yang bertanggungjawab menconteng tangan kami.

Kat tapak tangan pomboley..

Abaikan molot itu.


Pandangan dari dekat.

NI kat tangan Kak ayu

Lagi tangan Kak ayu.

Belakang tangan Mai plak.

Kami The Inai.

That's 'ol folks.

P/s: Tandatangan perlu dengan perasaan (inspirasi dari Tae Kyung dalam He's beutiful).

P/s: Marilah kita sokong Aizat dan Sunagi Lui nya di AJL 29hb Januari nanti. Aku memang peminat tegar dia.

P/s: Kenapa setiap Jumaat malam sabtu aku akan bermimpi pelik ha?

P/s: xde P/s lagi. 

Monday 9 January 2012

Bukan salah aku

Lately aku memang suka blogwalking instead of nonton DVD Korea (Selalu tertidur semasa pertengahan cerita) dan membaca novel (xreti nak pilih novel yang best dah)  seperti kebiasaan bagi memenuhi masa lapang. Aku rasa banyak yang aku boleh tahu dari pengalaman orang lain kan. Korang kena setuju itu.

Aku terbaca satu entry ni dari Profaniti karut yang cerita pasal perkahwin. Sememangnya kami mempunyai pandangan yang sama. Lebih2 lagi dia mempunyai kisah family yang xberapa best (Aku sangat bersyukur sekarang kerana family masih bersatu. Amik iktibar je dari citer ni). Aku pernah cerita sebelum ni pasal bapa aku yang suka sangat terpengaruh ngan media dan perangai tu telah meresap ke dalam diri aku. Banyak sangat aku dengar citer pasal rumahtangga yang berantakan ni sehingga mempengaruhi aku berfikir negatif tehadap perkahwinan.

Aku suka ayat dia yang satu ni sebab 100% sama dengan apa yang aku fikir.
"Macam aku cakap, hey kita tak boleh tengok masa depan. Expect the worse, to keep us safe. Yang penting, belajar berdikari. Jangan lepaskan pekerjaan, sumber pendapatan, itu paling penting. Sebab experience aku, yes duit ialah segala-galanya.

In case kau kena tinggal laki dengan 7 orang anak, well, masa tu takde siapa boleh tolong kau, melainkan diri kau sendiri. Sembahyang kat Tuhan pun bukan boleh buat hujan duit."

So, i'll do it what i'll do it. Don't question it.




Kronik

Otak kronik? Hati kronik? Layan ini. Anda pasti merasai perbezaannya. 


=)

Sunday 8 January 2012

Hiking to Sg. Biru


Fuh.. boleh tahan penat. Perjalanan tadi ambil masa satu jam lebih jugak.  Oleh kerana keterujaan nak menyaksikan sendiri betapa birunya sungai ini aku redah je. Slow2 sudah. Yang aku diberitahulah, sungai ni sebenarnya di jaga oleh UPM. Memang tempat ni ada orang jaga lah atau sebenarnya kawasan larangan. Kalau tak silaplah. Tak kisahlah kan, yg penting aku sampai sini walau sekali je. Kalau boleh masuk lagi t kita gi lagi.

Nak citer lebih2 pun aku tak layak lagi. Layan gambar jer lah yer.


Memulakan perjalanan dengan senyuman walau apa pun rintangan yang bakal dihadapai. Huahuahua...

Baru nak mula jalan dah kena naik macam ni. Demi babat, xpelah.

Bukan, bukan drama kuch kuch hota hai


Dingin lor..


Baiklah, lepas ni kena belajar berenang. Demi negara.

Lepas lelah kejap lepas tu kita boleh balik ya dengan basah2.


Serius memang best. Tak tercemar lagi. 
Jagalah Kebersihan Hutan Simpan Kita.
Pesanan Khidmat Masyarakat dari Yang Kita Suka Buat.
Huahua.. Ok, ini serius sebenarnya.

Saturday 7 January 2012

Sesuatu Yang Tertinggal


Pada mulanya hari ni xde nak buat apa pun tetiba kawan roger nak minta tolong. Alang2 tu ajak lah dia meronggeng. Nasib baik dioang pun xde watpe.

So destinasi kita pada hari ni ialah....Wangsa Walk.
Tengok wayang lah apa lagi. Besar dah gambar aku letak kat atas tu. Hahaha..
Cerita ni oklah. Biasalah cerita hantu kan.
Aku suka dua pelakon dalam cerita ni.
First Sara Ali sebab dia nampak macam betul2 hantu. Tak tahulah kat luar dia hantu ke tak.
Second, Sememangnya aku amat meminati zahiril adzim walaupun agak kaku nak bawa watak kelakar. Tapi itulah yang kelakarnya. Hahaha.

My rate 8/10.

Pastu gi makan kat Sentul. Nama kedai tak ingat.
Ada satu cerita kelakar sebenarnya. Ada sorang kakak waiter ni cun gila. Aku pun tak berkelip tengok. Tapi segalanya terbongkar masa nak bayar  makanan. Rupanya She's a man. Kuankuangkuang... Rupa dah ok suara je dia lupa nk upgrade kot ke tak mampu nak bayar kos tukar suara. Hahaha.. Terbeliak biji mata aku. Dengar dia cakap Siam dalam hati cakap "Oooo..no wonder". Sampai kat kereta masing2 dah tergelak2. Hai..pesaing tu kepada kaum wanita. Aku pun yang perempuan pun tak macam tu.

Kiamat Sudah Dekat.

Friday 6 January 2012

Tak boleh elak
Setiap tahun kita harapkan ada sesuatu yang terbaik berlaku pada diri.
Sesuatu itu tidak datang dengan sendiri melainkan dengan usaha sendiri.
Kita ingin berubah sesuai dengan peredaran masa, mengimpikan kejayaan demi kejayaan.
Sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru, ingin meneroka sesuatu yang belum pernah kita tempuhi,
belum lagi perubahan fasa hidup yang memang dituntut.

26
..
...
....

Tahu tak apa yang aku rasa skang. Rasa dah tua. Hahaha.
Memanglah. Lagi2 aku ni anak yang sulung memang sangat terasa ketuaan tu.
 Sebelum ni aku xde lah gentar sangat ngan umur. Tapi lately ni aku terpikir2. Mungkin sementara je kot.
Orang lain chill je kn..
Mana kita tahu apa dorang rasa.
Aku doakan untuk diri aku sendiri supaya ceria sahaja seperti biasa. Tak gentar pada apa2 pun. Haha.. poyo.
Hello Ain, kau kenang balik apa yang kau dah buat sepanjang kau berumur 25 tahun dlu.
Macam2 benda kau buatkan. Kau boleh lagi lakukan perkara yang sama semasa umur 26 ni.
Bina jati diri kau Ain.

Hopefully tahun ni aku lebih bertuah dan bertemu dengan perkara2 baru lagi.  

Jangan gentar.


Tuesday 3 January 2012

Restu itu perlu

Hoo yeaahh..
Bapa aku dah merestui penyambungan pembelajaran aku. Walaupun aku mendapat restu ini setelah aku menunjukkan keras kepala. Hahaha. Sorry ye Abah, bukan nak jadi anak derhaka tapi untuk kemajuan diri akak juga.

Bapa aku ni memang ada satu perangai. Suka sangat terpengaruh dengan media (Skang aku plak yang mewarisi perangai macam tu). Skang kan melambak citer pasala student itulah, student inilah.  Masa nak bagi restu tu pun macam2 dia pesan. Nak belajar, belajar jer jangan tergoda sana tergoda sini dan mulut gatal ni pun balas, "Kalau dah jodoh nak wat macam mana?" Kesian telinga aku kena dengar bebel dia lepas tu. Pasal mulut telinga binasa. Hahaha..

Aku ni kadang-kadang nak tunjuk keras kepala bertempat. Kalau perkara yang tak direstui  tu ok dan selagi tak melanggar adab tatasusila aku akan buat keras kepala sampai bapa aku restu. Dan kalau bab belajar ni memang bapa aku tak bagi katanya perempuan tak payah lah nak belajar tinggi2 kerja jer kerajaan ni pastu kahwin. Oh no no no.. masalahnya aku tak nak kahwin lagi. Akibatnya selama 3 tahun ni aku buang masa dan buang duit keliling Malaysia. hahaha.. poyo bebenor ayat tu.

Baru-baru ni masa aku bercuti ke Penang bapa aku call. Dia tanya pasal penyambungan pembelajaran aku. Pastu dia cakap, Kalau dah nak belajar, belajar betul2. Kurang2kan pergi sana, pergi sini. Naik gunung sana, naik gunung sini. Nak tunggu kau kahwin pun entah bila. Daripada kau buang masa baik belajar je. Capaikan cita2 tu. Hahaha.. Nampaknya kita telah beroleh kemenangan. TQ Abah..

Dan tak semua yang bapa aku tak restu tu aku akan buat keras kepala. Terutama sekali pasal jodoh. Pernah dulu aku bawa jumpa ex-pakwe aku kat dia. Esoknya dia cakap dia tak berkenan. Lepas aku fikir2 aku pun cakap kat dia baik kita wat haluan masing2. Maka itulah pertama dan terakhir aku bawa jumpa keluarga aku sebab aku tak bersedia nak bermain perasaan. Aku tahu jodoh ni bukan boleh di buat main.

Pilihan di tangan anda. Gunakan keras kepala di tempatnya. Hahaha..










Monday 2 January 2012

Penang Trip - Day 3


Baiklah, hari ni kita pergi bukit lagi. Bukan Bukit Bendera ae tapi Bukit Hijau. Tempat mandi-manda. Syok o.
Air terjun cantik. Kita layan gambar je ae...




 























Mandi manda tak ingat dunia. hambik kau sakit2 badan sampai ke mlm. 

3hari enjoy tak ingat dunia. Lupa kan opis, lupa diri lagi plak tu memang terbaik. 

Till next post.

Sunday 1 January 2012

Penang Trip - Day 2


Pagi hari kedua di Penang ni Nad nak bawa aku naik Bukit Bendera dan melawat Toy Museum. Tapi xsempat nak pergi Toy museum sebab turun dari Bukit Bendera pun dah lewat. Tak per lah next time kalau datang lagi mesti kna pergi.  

Semalam kita pergi ke seberang sana melalui jambatan Pulau Pinang yang panjang, hari ni Nad bawa aku naik feri plak. Melalui udara belum mampu lagi. Sebenarnya aku cukup kagum ngan bangunan2 yang ada kat P.Pinang ni. Sangat klasik. Kagum. Wow. Tapi macam xbest amik gmbar pakai kamera nset. Jadi biarlah menjadi memori di minda je gambar2 bangunan tu.

                                        Atas feri                                                     Aku pun belum lahir lagi.



Kami makan bekalan yang mak Nad masak sambil menikmati keindahan. Ramai je yang pandang pelik. Tak tahu knapa. Xbleh ae bawa makanan sendiri makan kat atas. Tak peduli pun, Dah kenyang dah pun. Hahaha..

Ada kejadian kelakar. Adalah nampak sorang budak kecik ni. Budak lelaki. Comel angat. Terkedek2 dia jalan. Konon nak mesra2 lah sekali tengok mak dia Faezah Elai. Tak jadi nak datang dekat. Segan no. 

Dah puas duk kat atas tu dalam kul 6 turunlah kami bersesak dlm tren. Singgah sebentar kat Padang Kota. Malam New Year ari tu xdapt datang sini. Sesak nak mam.. Dah lah ada Bunkface malam tu.  

Lepas maghrib aku ngan Nad keluar berdua. Pergi karok. Dlu masa Nad kerja Putrajaya selalu gak karok. Sekarang dia dah pulang ke kampung halaman. Kiranya pergi karok ni mengimbau kenangan dulu lah. Hahaha. Lepas tu kami melantak nasi kandar kat mamak.  Balik umah kul 11. Kira awal lah tu. 


---------> Day 3

Penang trip- Day 1


What a long journey.
Naik bas kul 9.30 sampai Butterworth dalam kul 3 pagi. Tidur dalam bas sakit satu badan.
Nasib baik Nad datang cepat pick up aku, boleh aku bersenang lenang atas katil dia sampai pagi. Sampai lupa nak salam peluk cium Nad tanda kerinduan sebab dah lama tak jumpa asyik dok  ingat nak tidur atas katil je.

Bangun pagi tu Nad takde kat sebelah. Oh ye, dia ngan mak dia hantar adik dia pergi orientasi kat High School ntahapanama. Dia antar sms, 'dlm kul 2 baru kita gerak gi jalan2'. Aku memang xde masalah sebab masa tu  aku pun dah kenyang makan sarapan sambil menonton rancangan tv di astro. Sedar tak sedar tangan aku mencedok lagi nasi goreng yang entah ke berapa kali. Dalam hati cakap 'ok, ni last'. Memang xde makna lastnya, mana taknya tengok tv besar citer best plak tu. Makan nasi goreng macam makan popcorn je aku buat. Lepas ni jangan makan sambil menonton tv melainkan kalau makanan yang ada memang cukup untuk alas perut je. hahaha.. Nad balik baru aku berhenti makan, takkan nak tunjuk perangai tak senonoh depan tuan rumah kan.

Seperti yang dijanjikan pukul 2 kami gerak pergi Queensbay. Masuk mall kat situ. Sama je macam mall2 yang lain. Tapi aku tertarik ngan satu kedai ni. Pakaian sempoi jer tapi cun2. Tengok harga. Oh, terasa diri ini sangat kerdil.

Xlama pun kami kat dalam mall tu sebab xde benda menarik. Nad kata kat luar mall ada pemandangan cantik. Daripada Queensbay ni kita akan menghadap Pulau Jerejak. 
Kat belakang tu Pulau Jerejak

  




Dalam kul 5 kami gerak plak menuju Pesta Penang. Parking bukan main jauh. Hilang dah lemak2 nasi goreng yang aku makan tadi. Ramai gila orang. Aku ni xgemar sangat bersesak. Tapi datang nk berseronok sempena tahun baru konon nak bina hidup baru maka kita layanlah.  Aku nak cerita nih, Nad telah berjaya membuat aku main dua permainan adrenaline rush macam nak maut. Gila kau. 'Gemuruh jiwa semangat membara' lah sangat kan.
Sesak

Fun fair
                                               
Coaster yang memang boleh buat aku gila

Top Gun ni dua kali gila dari cosater.





















Balik tu tak sempat nak lepak mana2 nak tengok bunga api. Masa nak cri tempat tu bunga api pun dah meletup2 kat udara. Kul 2 pagi dah pun balik trus lah kan..

--------> Day 2