Monday 16 January 2012

OMG..Diet aku...

Pernahkan mengeluh macam tu bila satu hari tu terpaksa makan banyak. Padahal dengan kehendak sendiri kan. Pagi nampak ayam goreng macam sedap amik letakkan bersama-sama dengan nasi lemak yang kita amik tadi. Lepas tu kuih-muih pun amik jugak konon malas nak kuar makan tengahari. Tapi tetiba tengahari tu ada rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari sebab ada lebih masa meeting. Padahal kuih muih tadi tu dah habis  pun dibaham tapi sebab terpaksa tadi tu makan jugaklah rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari tu. Oleh kerana tengahari tu makan pun dah banyak konon malam malas lah nak makan lagi. Balik rumah tengok kawan serumah kita masak sedap. Oleh sebab kita ni kan wanita golongan yang lemah jadi tak berdaya nak lawan  nafsu yang satu ni. Kecundang jua akhirya. 

Begitulah rentetan hidup seorang berisi yang ingin berdiet. Dah lah tak mendapat sokongan yang padu dari sekeliling, malah makin dijemput2 plak kita makan. Hahaha.. Macam aku sendiri, berbagai cara dah aku guna. Apa yang mampu aku buat skang ni aku akan kerap makan kalau aku amik dalam kuantiti yang sedikit tapi kalau hari tu aku dah ambil kuantiti yang banyak akau akan kurangkan kekerapan tu.

Aku ada terbaca satu artikel ni kat fb berkenan pengambilan menu sihat mengikut jenis darah kita. Walaupun aku dah tak kuasa nak ikut rutin diet ni mana tahu ada yang sama darah ngan aku teringin plak nak follow rutin ni kan. Aku malas lah nak close up jenis darah orang lain kan. Oh ya, jenis darah aku B. Baru dua kali derma darah. Huahuahua (penakut jarum sebenarnya).

Diet Untuk Golongan Darah B
--------------------------------------
 individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging (aku memang dah terapkan dalam diri untuk bencikan encik daging).
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan(erk..!!!).
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi (Ok, yang ni memang ada buat. Check.).
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti(Ok, check. Aku memang suka beraktiviti)

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak (Ok, aku ngan encik sayur memang xde masalah komunikasi. Aku boleh On dengan dia).

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu (tadi suruh hadkan tetiba dianjurkan plak. mana satu aek?), kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam (feveret), ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu(apalah makna hari raya tanpa tempe dan tauhu? sobsobsob), kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera (rakan ketika susah ni, mana boleh dilupakan begitu saja), beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung .

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak 
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Mana yang sanggup kita buat seikhlas hati kita teruskan yang xsanggup tu kita buat-buat tak nampak sudah.. Jadi, bolehlah bagitaw aku keberkesanannya nati ya.

That's 'ol folks.


No comments:

Post a Comment