Tuesday, 31 January 2012

On your Mark, Get Set, Go...........................................


Pada 27hb Januari dengan rasminya aku sebagai student UPM. Perasaan? Korang rasa? Menyesal=(... Oh tidak lah kan. Aku dah membazir masa 3 tahun dengan berfoya-foya (yang ni memang aku menyesal). Mestilah aku teruja nak belajar balik. Kerja balaci macam aku ni kena selalu upgrade pala otak. Lau tak memang akan ketinggalan.

Aku memang suka membaca sebelum belajar ni tapi bahan bacaan yang aku cari semua junk reading je lah kan macam novel yang boleh membuai2, yang macam baca part sedih2 tak sah airmata tak meleleh (kalau citer tu betul2 terkesan kat hati lah). Nak cari buku ilmiah ni memang lambatlah. Baca  suratkhabar je tu pun dah cukup ilmiah.

Course yang aku amik sekarang Bacelor Komunikasi. Kenapa tak nak ambik course yang  berkaitan dengan kerja sekarang? Untuk pengetahuan, dari sudut negatif aku, kerja sekarang pun aku tak baper suka. Walaupun begitu aku amat berterima kasih dengan kerja sekarang sebab telah menemukan aku dengan apa yang aku suka buat. Tanpa kerja sekarang mungkin aku akan terus bekerja kat Railway Coffee tu dengan gaji ciput berpadanan lah dengan kerja aku tu dengan pendidikan tertinggi aku STPM dan aku pun tak kemana. Mungkin aku akan dikahwinkan awal oleh bapa aku. Bila memikirkan itu semua.. once again.. Terima kasih kerja sekarang, terima kasih kerja sekarang..

Kenapa aku pilih course ni sebab aku suka. Lepas dari SPM dulu aku apply course ni masa isi borang UPU. Tapi xde rezeki sebab tak pass interview. Aku tak bape nak suka amik course yang ada perkataan management sebab diri sendiri pun tak ter-manage.. Hahaha ada kena-mengena ke? Sebab yang lain ialah aku nak belajar supaya aku yakin berhadapan dengan orang tak kira lah kuantiti orang tu sikit ke banyak. Sebabnya aku ni ada penyakit gugup tak memasal. Aku ingat lagi masa aku STPM dulu. Cikgu MUET aku minta buat public speaking kat depan kelas dengan tajuk yang ikut suka kita lah nak pilih. Guess what? My BFF si Fara telah mencabar aku untuk bercakap kat depan dalam bahasa omputih tu. Sehari semalam lah aku dok memikior nya sama ada nak menyahut cabaran itu atau tidak. Esoknya, aku datang juga dan dah prepare untuk public speaking walaupun aku belum buat keputusan sama ada nak bercakap juga untuk sesi tu. Seorang demi seorang habis bercakap (yang berminat nak bercakap je yang ke depan).  Si Fara tak jemu2 bagi semangat kat aku dan akhirnya (sebab aku orang terakhir untuk sesi itu) tampil ke depan dengan membawa tajuk  Say No To Smoking. Wah, lancar jer aku bercakap without skrip sebab mestilah aku dah hafal skrip siap2 kan. Hahaha.. Guess what again? Si Fara bagi aku duit, aku pun tak ingat berapa amaunnya tapi memang aku terkejut. Dia cakap "Nah, aku bagi kau ni sebab kau berani"  Aku pun amik lah rezeki jangan ditolak musuh jangan di cari tu. Fara aku akan ingat ini.

Pada 28 dan 29hb pula bermula face to face (F2F) pertama aku bersama lecturer. Hasil dari pertemuan itu kami pulang dengan berbekalkan 9 assigment. Duh! Aku berazam nak siapkan awal tapi sampai la ni pun aku tak cari bahan lagi. Hahaha.. Walaupun payah akak ku redah jua. Tajuk pun dah macam nak mula game kan. Belajar ni aku anggap macam main counter strike walaupun sebenarnya aku tak pernah main secara serius game tu just cuba-cuba je.

lastly untuk celoteh hari ni aku nak say thanx kepada kawan2 yang banyak bagi galakan kat aku, tanpa korang aku rasa aku tak kemana. Nad, thanx sebab ko lah orang paling beriya suh aku belajar balik. Banyak bantu aku masa pergi interview kat UiTM. Sentiasa ingatkan aku untuk selalu tengok iklan PJJ. Muha (Adik kak liza rakan serumah aku) Sebab banyak juga  nasihat dia yang masuk dalam pala aku lebih2 lagi bab Bahasa Inggeris. Thanx juga kepada pesaing2,sebab tanpa korang aku pun xde semangat nak majukan diri. Pesaing paling terdekat aku ialah Fara.. hahaha jangan marah Fara. Fara ni dari STPM, Poly sampai sekarang  ni amik master tak putus2 belajar. Dengar nak sambung sampai PHD plak ae. Aku jeles ngan ko. Hahaha.. Ko pun tahu kan. Thanx juga pada rumah2 yang aku pergi masa raya yang kebanyakan ada letak gambar anak2 pakai jubah masa grad. Pencetus semangat juga tu.


Wui, panjang plak entry ni. Ada je ideanya nak menulis. Bila nak buat assigment satu ayat pun tak keluar dari kepala otak aku ni. Apa pun tak boleh.


P/s: Aizat kalah AJL tapi aku tak kisah. Dia tetap the best bagi aku. Persembahan malam tu best.


4 comments:

  1. hei kamu.. lama xupdate blog? bz ke?

    ReplyDelete
  2. wahh..tahniah2. selagi bleh blaja, blaja je la..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. terima kasih, terima kasih...

      Delete