Sunday 1 January 2012

Penang trip- Day 1


What a long journey.
Naik bas kul 9.30 sampai Butterworth dalam kul 3 pagi. Tidur dalam bas sakit satu badan.
Nasib baik Nad datang cepat pick up aku, boleh aku bersenang lenang atas katil dia sampai pagi. Sampai lupa nak salam peluk cium Nad tanda kerinduan sebab dah lama tak jumpa asyik dok  ingat nak tidur atas katil je.

Bangun pagi tu Nad takde kat sebelah. Oh ye, dia ngan mak dia hantar adik dia pergi orientasi kat High School ntahapanama. Dia antar sms, 'dlm kul 2 baru kita gerak gi jalan2'. Aku memang xde masalah sebab masa tu  aku pun dah kenyang makan sarapan sambil menonton rancangan tv di astro. Sedar tak sedar tangan aku mencedok lagi nasi goreng yang entah ke berapa kali. Dalam hati cakap 'ok, ni last'. Memang xde makna lastnya, mana taknya tengok tv besar citer best plak tu. Makan nasi goreng macam makan popcorn je aku buat. Lepas ni jangan makan sambil menonton tv melainkan kalau makanan yang ada memang cukup untuk alas perut je. hahaha.. Nad balik baru aku berhenti makan, takkan nak tunjuk perangai tak senonoh depan tuan rumah kan.

Seperti yang dijanjikan pukul 2 kami gerak pergi Queensbay. Masuk mall kat situ. Sama je macam mall2 yang lain. Tapi aku tertarik ngan satu kedai ni. Pakaian sempoi jer tapi cun2. Tengok harga. Oh, terasa diri ini sangat kerdil.

Xlama pun kami kat dalam mall tu sebab xde benda menarik. Nad kata kat luar mall ada pemandangan cantik. Daripada Queensbay ni kita akan menghadap Pulau Jerejak. 
Kat belakang tu Pulau Jerejak

  




Dalam kul 5 kami gerak plak menuju Pesta Penang. Parking bukan main jauh. Hilang dah lemak2 nasi goreng yang aku makan tadi. Ramai gila orang. Aku ni xgemar sangat bersesak. Tapi datang nk berseronok sempena tahun baru konon nak bina hidup baru maka kita layanlah.  Aku nak cerita nih, Nad telah berjaya membuat aku main dua permainan adrenaline rush macam nak maut. Gila kau. 'Gemuruh jiwa semangat membara' lah sangat kan.
Sesak

Fun fair
                                               
Coaster yang memang boleh buat aku gila

Top Gun ni dua kali gila dari cosater.





















Balik tu tak sempat nak lepak mana2 nak tengok bunga api. Masa nak cri tempat tu bunga api pun dah meletup2 kat udara. Kul 2 pagi dah pun balik trus lah kan..

--------> Day 2

No comments:

Post a Comment