Thursday 27 October 2011

Bowling tournament

Hai,
Semalam ada perlawanan bowling antara bahagian-bahagian di MOSTI. Setiap kali ada game macam ni tak kira sukan apa pun aku mesti berdebar. Takut xboleh nak perform. Takut mengecewakan  rakan seteam yang lain.

Game pertama dan kedua agak mengecewakan namun kami bangkit pada game yang ketiga...YEAAH.. Ala main relax2 jer.. Nak exited sangat pun bukan kita ni teror sangat. hahaha..

Result keseluruhan keluar hari ni. Team aku (MACHETTE) berada kat tempat ke-15 daripada 39 kumpulan yang lain. Kalau kitoang tak main2 ni rasanya boleh up lagi ni. Bukan tak nak buat betul2 kan. Tengok kemampuan macam tak boleh nak beat tapi dapat tempat ke-15 kira dah terbaik tu.

Keputusan secara individu yang paling aku tak sangka sebenarnya. Aku berada di tempat ke-11 daripada 45 orang wanita. Pasni boleh beli set bola bowling dan kasut. Hahaha.. Exited macam nak masuk tournament yang serius macam Shalin Zulkifli plak.

Post kali ni xde gambar. Tak sempat nak bergambar bila dah ber huha dengan member2 kat situ. Doang ni memang kelakar. Buat aku tergelak jer.

K la. Itu saja buat kali ni.

Eh, lupa plak. Ingat nk post pasal perkelahan kami kat Cameron Highland. Oleh kerana dah exited nak post pasal bowling jadi lupalah pulaknya. Hehehe..

K. jumpa next post di Cameron Highland.

Sunday 23 October 2011

Ikan Bakar punya pasal

Hi,
Hari ni yang kita suka buat nak ajak anda menikmati makanan laut. Moh kita gerak ke Bagan Lalang. Perjalan amik masa sejam juga dari Putrajaya. Kami tertanya-tanya je bila nak sampai sebab macam jauh jer perjalanan tambahan plak hujan masa tu disedapkan lagi dengan jalan bengkak bengkok tak hengat. 

Tapi bila dah sampai agak best sebab makan tepi pantai walaupun gelap tak nampak pantai tapi boleh dengar ombak kira dah nyaman sangatlah tu. 

Sesi pemilihan seafood.

Kalau tengok ikan2 ni semua
 bukannya rambang mata tapi tak tahu nama ikan dan masakan yang sesuai dengan ikan2 tu. jadi, kita makan je apa yang dorang pilih. Memang terbaik.

Abang Zaidi memang suka main2 ngan ikan tu.

Ni Pepahat. Memang tak tahu makanan jenis apa tu. Tak pernah makan pun. Malam tu tak terbuka hati lagi nak try pepahat tu.

Kerang bakar menu wajib Kak Ayu (bertudung biru)

Tak habis2 nak main2 ngan ikan.

Jadi menu malam tu aku tak ingat sangat. Tapi yang aku ingat kerang bakar, ketam masak cili, ikan bakar, tomyam, telur dadar, kangkung belacan dan hmmm.. banyak lagi.

Bila makanan sampai jadi lupa nak amik gambar. Maka semuanya dah selamat dikendurikan kami.

Bolehlah tengok gambar pinggan yang dah licin je. macam mana? Dah habis makan baru ingat nak snap.

Sangat kenyang.

Boleh nampak pinggan mangkuk yang dah licin.

Hahaha.. memang betul2 kenduri ni.

Lepas makan korang ada dua pilihan. Pertama, korang boleh balik terus. Kedua, korang boleh terus pergi Port Dickson yang memang dah dekat sangat dah tu. K, enjoy your meal.


Inai di tangan

Huhu.. Kejadian tangan di inai pada hari khamis, tapi hari ni baru ada masa nak update. Tak sempat pun nak hello2 korang kan. Hari khamis hari tu kawan aku pelawa aku untuk jadi model tangan untuk koleksi inai dia. Nak buat album senang nanti bakal2 pengantin nak buat pilihan. Setakat ni dah banyak juga koleksi yang dah dikumpul. Oleh kerana aku ada masa maka bagilah tangan untuk di jadikan eksperimen design terbaru dia..

Kami berjumpa di sebuah cafe yang aku sendiri kurang ingat nama cafe tu akibat banyak sangat makan kepala ikan jadi pelupa plak. Ok, dah ingat. kat Chilli Peppers. Makanan kat situ memang sedap. Owner kedai tu pun sangatlah peramah.

Mari tengok design inai yang telah di diconteng kat tangan aku. Kita tolong promote kawan2.

corak bunga-bunga ni perlukan ketelitian. Tengok Kak Leen buat selamba je.

Menarik, tertarik tak.



Yup! nilah Kak Leen si tangan kreatif tu yang sudi menginaikan tangan gebu ni.
Boleh usha blog dia kat http://noorleenfazel.blogspot.com/ untuk mengetahui lebih lanjut. Sebab aku tak pakar sangat nak explain tentang design dan harganya. 

3 jam selepas tu dah boleh nampak hasil tapi kalau pengantin betul2 tak bolehlah 3 jam kan. Kenalah pakai sehari semalam.

Ha, dah nampakkan hasilnya!

 Si tangan gebu ni bolehlah melaram dengan inai ditangan.

Seperti yang diberitahu, tempahan hanya disekitar K.L, Selangor. Area-area lain 
ikut budi bicara Kak Leen. hehehe.. Menambah plak aku.

Kalau rasa nak pakai saja2 nak test2 ke bolehlah contact beliau kat alamat emel rleen82@gmail.com. Nak bagi no phone tak berani biar tuan punya diri bagi sendiri. K, Selamat Pengantin Baru kepada bakal-bakal pengantin.

Tuesday 18 October 2011

Aku yang sentap

Apabila masuk sentapan yang entah ke berapa
aku tidak menunggu lama
aku keluar mencari tenang
aku keluar mencari damai
aku keluar memujuk hati sendiri

Apabila masuk sentapan yang entah ke berapa
memang aku tak kan menunggu lama kebiasaannya
kerana pasti akan berlaku sesuatu yang tidak diingini
biarlah aku yang keluar mencari tenang
supaya bila pulang segalanya kembali seperti biasa

begitulah seterusnya jika aku sentap lagi
maka si tenanglah yang aku cari
tenang adalah teman aku sejak lahir
aku rasa
kerana aku tidak sukakan balah
balah adalah perosak segala perhubungan
balah boleh merenggangkan yang rapat
balah boleh putuskan yang sambung
balah boleh buat kucar dan kacir

maka bila aku yang sentap
aku akan cari tenang
setenang-tenangnya
dan aku akan tersenyum semula
esok hari
sehinggalah sentapan yang seterusnya berlaku

Tuesday 11 October 2011

XPDC Gunung Nuang pada 08-09/10/2011

Hai para pembaca Yang Kita Suka Buat (perkataan para tu macam ramai jer yang baca blog aku ni), aku nk citer pasal pengalaman pahit,manis,masin aku semasa XPDC mendaki Gunung Nuang ni.

Stamina tak cukup kuat tapi ada hati nak daki jugak, yang boleh diharap masa tu mental aku ni jer.. Naik keja hari senin terkengkang-kengkang aku jalan. Lepas ni kena pastikanlah sebelum buat aktiviti ni kena ada stamina yang cukup kuat.

Aku memang tabik spring pada orang yang dah naik gunung ni berkali-kali. Apa yang aku boleh cakap secara fizikalnya gunung ni sangat mencanak (atau perkataan baru yang aku dengar pangok). Memang tak sempat nak bernafas amik nyawa pamjang2. Tapi entah kenapa aku macam tak nak give up walau hakikatnya memang aku dah tak mampu sebenarnya. Mungkin mental aku ni positif sangat kot nak tengok apa yang ada kat atas tu.

View dari puncak memang lah sangat cantik. Boleh nampak Genting Highland (view sebelah kanan). Lau ada jambatan boleh terus  pergi je. Boleh nampak K.L (view sebelah kiri).

Aku ingat bila turun dari puncak kira dah ok lah, tapi mak oi.....tuhan jer yang tahu. Jalan yang becak dan licin agak menyukarkan perjalanan.

Sampai ke Kem Lolo kami terus berangkat pulang pada pukul 7. Berjalan dalam hutan gelap2 pun sesuatu yang mencabar jugak.

Now, lets picture tell the story. Gambar-gambar tersebut aku ambil dari rakan2 se-XPDC yang bawa kamera bombastik dorang.

T-shirt DATs sedang diedar.


Tengok pintu gerbang macam taman reaksi biasa jer kan. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya.


Perjalanan yang agak kejam terhadap tubuh bermula.


Nampak macam bertungkus-lumus memasak tak dengan kuali yang satu kat tengah-tengah tu, ke tak nampak?

Sekadar ingin menunjukkan skill menggoreng jemput-jemput.


Kem Pacat. Berehat sebentar dengan 100plus.


Heading to Nuang Peak.


MOSTIAN's at Nuang's Peak.


We're at Nuang's Peak. Yeahhh....


Yeahhhh... lagi!

Ok sedih sekarang sebab kita akan turun balik ke Kem Lolo dan bergerak pulang (seksaan seterusnya).

Thursday 6 October 2011

Calm Your Temper.

Hai olls,

Hati panas, mata sakit.

Tengok gambar kat bawah mesti hati jadi senang mata pun bersih je.. hihihi...



Ottoke!Ottoke!





N last but not least:



Ok, pasni jangan marah-marah lagi tak baik untuk kesihatan. huhuhu.....

Promot Barang Dagangan

Assalamualaikum,

Sekarang ni aku mengisi masa dengan menjual cikedish secara kecil-kecilan. Belajar-belajar nak bisnes.

Jom usha pastu grab satu buat kunyah2 tak kira waktu senggang atau tengah tension buat kerja.

01-RM2

02-RM2

03-RM2

04-RM2

05-RM2

06-RM2

07-RM2

08-RM2

09-RM2

10-RM2

11-RM2

12-RM1.50

13-RM2

14-RM2

15-RM2

16-RM2

17-RM2

18-RM2


19-RM2


20-RM2

21-RM2

22-RM2

23-RM2

24-RM2

25-RM2

26-RM2


27-RM1.50

28-RM1.50