Tuesday 18 October 2011

Aku yang sentap

Apabila masuk sentapan yang entah ke berapa
aku tidak menunggu lama
aku keluar mencari tenang
aku keluar mencari damai
aku keluar memujuk hati sendiri

Apabila masuk sentapan yang entah ke berapa
memang aku tak kan menunggu lama kebiasaannya
kerana pasti akan berlaku sesuatu yang tidak diingini
biarlah aku yang keluar mencari tenang
supaya bila pulang segalanya kembali seperti biasa

begitulah seterusnya jika aku sentap lagi
maka si tenanglah yang aku cari
tenang adalah teman aku sejak lahir
aku rasa
kerana aku tidak sukakan balah
balah adalah perosak segala perhubungan
balah boleh merenggangkan yang rapat
balah boleh putuskan yang sambung
balah boleh buat kucar dan kacir

maka bila aku yang sentap
aku akan cari tenang
setenang-tenangnya
dan aku akan tersenyum semula
esok hari
sehinggalah sentapan yang seterusnya berlaku

No comments:

Post a Comment