Sunday 23 October 2011

Inai di tangan

Huhu.. Kejadian tangan di inai pada hari khamis, tapi hari ni baru ada masa nak update. Tak sempat pun nak hello2 korang kan. Hari khamis hari tu kawan aku pelawa aku untuk jadi model tangan untuk koleksi inai dia. Nak buat album senang nanti bakal2 pengantin nak buat pilihan. Setakat ni dah banyak juga koleksi yang dah dikumpul. Oleh kerana aku ada masa maka bagilah tangan untuk di jadikan eksperimen design terbaru dia..

Kami berjumpa di sebuah cafe yang aku sendiri kurang ingat nama cafe tu akibat banyak sangat makan kepala ikan jadi pelupa plak. Ok, dah ingat. kat Chilli Peppers. Makanan kat situ memang sedap. Owner kedai tu pun sangatlah peramah.

Mari tengok design inai yang telah di diconteng kat tangan aku. Kita tolong promote kawan2.

corak bunga-bunga ni perlukan ketelitian. Tengok Kak Leen buat selamba je.

Menarik, tertarik tak.



Yup! nilah Kak Leen si tangan kreatif tu yang sudi menginaikan tangan gebu ni.
Boleh usha blog dia kat http://noorleenfazel.blogspot.com/ untuk mengetahui lebih lanjut. Sebab aku tak pakar sangat nak explain tentang design dan harganya. 

3 jam selepas tu dah boleh nampak hasil tapi kalau pengantin betul2 tak bolehlah 3 jam kan. Kenalah pakai sehari semalam.

Ha, dah nampakkan hasilnya!

 Si tangan gebu ni bolehlah melaram dengan inai ditangan.

Seperti yang diberitahu, tempahan hanya disekitar K.L, Selangor. Area-area lain 
ikut budi bicara Kak Leen. hehehe.. Menambah plak aku.

Kalau rasa nak pakai saja2 nak test2 ke bolehlah contact beliau kat alamat emel rleen82@gmail.com. Nak bagi no phone tak berani biar tuan punya diri bagi sendiri. K, Selamat Pengantin Baru kepada bakal-bakal pengantin.

No comments:

Post a Comment