Thursday 27 October 2011

Bowling tournament

Hai,
Semalam ada perlawanan bowling antara bahagian-bahagian di MOSTI. Setiap kali ada game macam ni tak kira sukan apa pun aku mesti berdebar. Takut xboleh nak perform. Takut mengecewakan  rakan seteam yang lain.

Game pertama dan kedua agak mengecewakan namun kami bangkit pada game yang ketiga...YEAAH.. Ala main relax2 jer.. Nak exited sangat pun bukan kita ni teror sangat. hahaha..

Result keseluruhan keluar hari ni. Team aku (MACHETTE) berada kat tempat ke-15 daripada 39 kumpulan yang lain. Kalau kitoang tak main2 ni rasanya boleh up lagi ni. Bukan tak nak buat betul2 kan. Tengok kemampuan macam tak boleh nak beat tapi dapat tempat ke-15 kira dah terbaik tu.

Keputusan secara individu yang paling aku tak sangka sebenarnya. Aku berada di tempat ke-11 daripada 45 orang wanita. Pasni boleh beli set bola bowling dan kasut. Hahaha.. Exited macam nak masuk tournament yang serius macam Shalin Zulkifli plak.

Post kali ni xde gambar. Tak sempat nak bergambar bila dah ber huha dengan member2 kat situ. Doang ni memang kelakar. Buat aku tergelak jer.

K la. Itu saja buat kali ni.

Eh, lupa plak. Ingat nk post pasal perkelahan kami kat Cameron Highland. Oleh kerana dah exited nak post pasal bowling jadi lupalah pulaknya. Hehehe..

K. jumpa next post di Cameron Highland.

No comments:

Post a Comment