Tuesday 11 October 2011

XPDC Gunung Nuang pada 08-09/10/2011

Hai para pembaca Yang Kita Suka Buat (perkataan para tu macam ramai jer yang baca blog aku ni), aku nk citer pasal pengalaman pahit,manis,masin aku semasa XPDC mendaki Gunung Nuang ni.

Stamina tak cukup kuat tapi ada hati nak daki jugak, yang boleh diharap masa tu mental aku ni jer.. Naik keja hari senin terkengkang-kengkang aku jalan. Lepas ni kena pastikanlah sebelum buat aktiviti ni kena ada stamina yang cukup kuat.

Aku memang tabik spring pada orang yang dah naik gunung ni berkali-kali. Apa yang aku boleh cakap secara fizikalnya gunung ni sangat mencanak (atau perkataan baru yang aku dengar pangok). Memang tak sempat nak bernafas amik nyawa pamjang2. Tapi entah kenapa aku macam tak nak give up walau hakikatnya memang aku dah tak mampu sebenarnya. Mungkin mental aku ni positif sangat kot nak tengok apa yang ada kat atas tu.

View dari puncak memang lah sangat cantik. Boleh nampak Genting Highland (view sebelah kanan). Lau ada jambatan boleh terus  pergi je. Boleh nampak K.L (view sebelah kiri).

Aku ingat bila turun dari puncak kira dah ok lah, tapi mak oi.....tuhan jer yang tahu. Jalan yang becak dan licin agak menyukarkan perjalanan.

Sampai ke Kem Lolo kami terus berangkat pulang pada pukul 7. Berjalan dalam hutan gelap2 pun sesuatu yang mencabar jugak.

Now, lets picture tell the story. Gambar-gambar tersebut aku ambil dari rakan2 se-XPDC yang bawa kamera bombastik dorang.

T-shirt DATs sedang diedar.


Tengok pintu gerbang macam taman reaksi biasa jer kan. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya.


Perjalanan yang agak kejam terhadap tubuh bermula.


Nampak macam bertungkus-lumus memasak tak dengan kuali yang satu kat tengah-tengah tu, ke tak nampak?

Sekadar ingin menunjukkan skill menggoreng jemput-jemput.


Kem Pacat. Berehat sebentar dengan 100plus.


Heading to Nuang Peak.


MOSTIAN's at Nuang's Peak.


We're at Nuang's Peak. Yeahhh....


Yeahhhh... lagi!

Ok sedih sekarang sebab kita akan turun balik ke Kem Lolo dan bergerak pulang (seksaan seterusnya).

No comments:

Post a Comment