Tuesday 1 November 2011

Ambil angin kat Cameron Highland

Hai, 
nak tahu best ke tak percutian sehari kami di Cameron Highland teruskan baca coretan Yang kita suka buat ni.

Masa Deepavali hari tu kami berempat bercadang nak jalan2 kat Cameron Highland sambil berkelah kat tepi ladang teh. Siap masak dan bersiap pukul 10.30 kami bertolak. Perjalanan amik masa 4 jam. Macam nak balik kampung aku kat Kluang Johor je masanya tu. 



Kononnya nak naik Gunung Brinchang sampai puncak mana tahu ada pemandangan yang lebih cantik kan, tapi kereta sangkut plak sebab jalan tak berapa elok. Maka kami amik keputusan lepak2 kat tepi ladang teh dan makan2. Lapar nok. Dari pagi sampi kul 2 lebih tak makan. Cuma makan cekedis yang bukan2 je. Perut berbunyi tak ingat.

Saja nak follow kereta depan tu sampai puncak. Tapi...

Kereta tak lepas sebab jalan berlubang. Kena undur balik.

Len kali kita naik guna 4WD.

Mari kita makan. Dah lapar wei...

Sempat juga kita orang camewhoring kat tepi2 ladang teh ni sebelum ke destinasi seterusnya. Sampi ke destinasi seterusnya pun ada tragedi. Memang ni namanya jalan2 cari pasai. hahaha..

Terasa seperti nak membina rumah kat tepi ladang ni. Geram tengok kehijauan daun teh ni.

Ingat model?

Yang depan ni kenapa nerd sangat.

Sempat lagi ko feeling2 kat tepi pokok tu kan.

Kononnya nak pergi tengok Ladang Lebah ni. Tapi tengok dari atas je. Malas plak nak jalan2 kat ladang tu. Tak dapatlah nak amik gambar dengan sarang lebah dan pokok bunga.

Masa on the way nak masuk ladang strawberry lalu tepi 'time tunnel' ternampak skuter mini ni. Terus keluarkan handphone berkamera 8 mega pixels ni dan snap. Comel kan..

Masuk plak Kebun Strawberry ni. Pekerja kat situ cakap strawberry dah xde sangat. Yang ada pun kecil2 je. Ladang ni agak besar lah. Memang dapat penat je lau jalan2 satu kebun tapi hasil ciput. Maka sepakat menerima offer pekerja kat situ strawberry yang doang siap petik. Main tipu sikit yang penting hasil lumayan. hahaha....

Ni lah contoh strawberry ciput yang tinggal. Lau jumpa yang besar pun memang untung nasiblah.

Masa on the way balik nampak kedai jual teh. Kat tepi dia ada ladang teh jugak.

Amik gambar lagi. Jangan buat citer hindustan sudah kat sini.
Ni suasana malam masa on the way balik. Gelap dan berkabus. Tengah hujan plak tu..

Ada rumah orang asli kat tepi jalan. Sepanjang jalan ada jer questionaire dalam pala otak kitoang. Macam mana bila malam doang hidup bergelap? Mana doang dapat air? Macam mana doang dapatkan barang masak? Blablabla? Banyak tanya kan. Cuba ko hidup sehari kat situ macam mana.. hahaha

Ni satu lagi jumpa signboard yang tak bley blah. Talian telefon aktif di sini katanya. Digi katanya. Tapi aku tengok phone aku hampeh. Line pangkah merah terus. Tak dapat nak update kat pesbuk aktiviti sengal ni. Hahaha.

Sampai Putrajaya cari kerang rebus. Tengok kat foodcourt Presint 9 tak buka. Kecewa. Trus pi Bangi. Makan kerang rebus berempah. Dah lepas gian makan kerang baru lah senang hati balik rumah.

Bila lagi bleh wat aktiviti sengal macam ni  lagi aek?



No comments:

Post a Comment