Saturday 19 November 2011

Trip ke Kuching

Amboi, dasar malas nak update. Pergi Kuching 12hb, baru hari ni ko nak update. Hehehe.. bukan apa lepas turun dari flight demam plak. Jadi melayan lah tak sedap badan yang manja menjadi2 plak aih. Sebab tu nak buka lappy pun malas. Hari ni dah ok sikit cuma kepala otak ni masih payah nak buat ayat.

Aku ni first time naik flight sebab tu ada mabuk2 udara sikit. Tapi masa balik Putrajaya je, masa pergi ok jer. Ngada2 kan. Hahaha. Memang sangat exited bila first time nek flight malah first time gak pergi Kuching. Time ni lah boleh tengok budaya orang Sarawak kan. Sampai Kucing dalam pukul 8 lebih terus singgah Pasar Satok cari makan. Tapi tapau jer la. Penat dah satu badan. Lagipun suasana malam kat Kuching pukul 9 lebih dah tak berapa meriah jadi baiklah balik homestay terus rehat2 sebab esoknya nak pi shopping kat Pasar Serikin. Perlukan tenaga juga tu.


Pasar Satok ni punyalah panjang. First round cuma usha kalau ada yang berkenan pastu usha harga mana murah jer. Memang banyak barangan wanita pendek kata from top to toe lah. Rambang mata wei, nasib baiklah duit kat poket pun terhad maka kita harus buat pembelian yang berbaloi jer la. Sebelum round kedua dijalankan iaitu round pilih dan rembat kitoang pekena Bakso. Pure punya buatan indonesia. Hehehe...

Sebelum berlebih berbelanja kat pasar ni better kami ciau dulu sebab kita ada 2 hari lagi nak berfoya-foya kat sini. Lepas tu pemandu pelancong kami bawa ke kilang pasu. Tapi aku malas nak turun. Hahaha.. Sebab tu takde gambar. Tapi sekejap jer pun kami kat situ sebab lepastu kami gerak pergi Indian street plak. Usha apa yang ada kat situ. Beli kain batik kat situ. Corak yang sangat menarik. Selebihnya ronda2 je kat situ. 

Lepastu sebelum balik singgah Pasar Satok cari barang dapur untuk makan tengahari dan makan malam. Kat sana makan masak sendiri tapi bukan akulah yang masak kakak seorang lagi tu. Aku tak pandai masak. Hei budak Ain ni, bila ntah nak pandai masaknya. Hehehe.. Tunggulah nanti. Lambat laun pandailah tu. Hahaha..
Sebelah malamnya kami cuma duduk lepak2 kat rumah saja memandangkan  tiada aktiviti yang sesuai. Nak berjalan2 pun tak best kalau banyak kedai tak buka.

Hari kedua kami dibawa melawat Kampung Budaya. Masa nilah boleh tengok budaya dorang secara lebih dekat. Tiket masuk RM60 (mahal...) tapi dapat diskaun dan kami cuma perlu bayar RM55 (masih mahal...). Tapi takpe, bila lagi nak sampai sini kan, berapa sangatlah jika nak dibandingkan dengan pengalaman yang bakal kita dapat nanti. Ok, sebelum masuk kami diberi pasport seorang satu. Kat dalam pasport tu lebih kurang macam checklist. Pada setiap rumah yang kita pergi kita ada checkpoint dan kat setiap checkpoint tu kita kena stampkan kat buku tu. Dengan cara itu dapat memastikan yang kita tak ketinggalan melawat satu rumah pun. Sangat menarik.

Jom review satu persatu rumah2 yang kami dah masuk.

Rumah Bidayuh


Rumah yang mula2 tu adalah rumah khas untuk pahlawan. Kaum wanitanya sama sekali tidak dibenarkan masuk atau tidur disitu. Kat tengah2 rumah tu ada tengkorak yang kat bawah dia ada api. Masa aku masuk tu memang ada tengkorak kalau korang nak tengok nanti bila masuk rumah tu jangan segan2 dongakkan kepala ke atas ya. Hihihi..

Rumah Bidayuh yang kedua ni barulah rumah keluarga dan semua orang boleh masuk. Kat rumah tu nanti kita akan disambut dengan tarian Selamat Datang.


Rumah Iban


Masa masuk rumah ni adalah sekumpulan mat saleh ni tekun je dengar penjelasan mamat yang pakai suit suku kaum iban ni. Rumah ni rumah panjang. Kat tepi rumah ni ada homestay. kalau nak rasa duduk kat sini silalah.



Rumah Penan


Actually Rumah Penan ni tak macam rumah sangatlah tapi macam pondok jer simple jer. Aksesori pun tak banyak kat rumah ni cuma sumpit je. Bagi orang Penan plaknya cuma bercawat je. Simple. Kalau betullah rumah nya macam ni, macam mana lah kehidupan tu dijalani agaknya?


Kat rumah ni pelawat di beri peluang menyumpit. Seringgit dengan 3kali percubaan. Menarik tapi tak ada hati plak nak mencuba. Kita tengok je budak2 ni menyumpit.

Rumah Orang Ulu


Sekarang mari kita jelajah Rumah Orang Ulu pula. Tapi rumah ni cantik tak macam ulu sangat pun.


Tengok ukiran ni. Halus sangat. Rajin betullah orang ni melukis kat tembok ni. Tinggi plak tu


Kat rumah ni pun kita akan disambut dengan tarian Selamat Datang.

Rumah Melanau

Kat rumah Melanau ni pun kita akan disambut dengan tarian budaya dorang dan kita akan diberi peluang untuk mencuba tarian buluh tu (hahaha aku je yang pandai2 bagi nama tu).




Teringat gelagat lucu mamat baju merah ni. Tengah syok menggendang tetiba hujung kayu pemukul gendang dia tercabut. Nasib baik tak kena kepala budak2 kat situ dan nasib baik ko comel. Hahaha.



Rumah Melayu dan Rumah Cina


Rumah Melayu dan Rumah Cina ni macam rumah2 melayu dan rumah cina yang ada kat Semenanjung. Jadi kita layan gambar jer lah.

Ngeh... Sapa ntah ni.

 Boleh cuba. Rm1 untuk 3 percubaan.




Habis melawat semua rumah ni kami pergi tengok show dorang plak kat Panggung Budaya. Persembahan dorang sangat best dan interaktif. Kelakar pun ada. 

 Habis pusing2 kat Rumah Budaya kitoang pun balik nak rehat sebelah malam kitoang jalan2 beli kek lapis, ikan terubok pastu jalan2 amik gambar sekitar Kuching. Tapi sayang tengah syok makan2 hujan plak. Ingat nak jalan2 lagi. Pulang dengan kehampaan tapi takpe tadi pun dah amik gambar banyak dengan 'kucing2' tu. Lagipun esoknya nak balik kenalah rehat pastu nak packing2 lagi ye tak.

Pasni nak bercuti ke mana lagi ya?

No comments:

Post a Comment