Monday 20 June 2011

Gangguan... Hmmm, ae,ooo,ada ae?

sidang pembaca yang dihormati,

Tajuk pun dah macam nak serius jadi untuk entry ini aku akan menulis sambil buat muka serius. Ok kembali serius sebelum terjerumus kepada melalut. Ganggaun? Macam-macam gangguan yang akan kita alami. Malah gangguan television yang tergendala secara tiba-tiba juga akan membuat kita jadi histeria, lebih-lebih lagi waktu tu memang movie kegemaran sedang ditonton nasib baik sekarang dah ada www.tonton.com.my x lah ralat sangat. Macam mana pula dengan gangguan yang lebih serius. meremang tiba-tiba bulu roma aku sekarang. Tapi korang tidak dibenarkan rasa takut sama sekali kerana kalau korang takut siapa nak temankan aku yang tak berapa takut ni. nanti aku jadi takut sekali. Eh, kan aku cakap nak serius tadi. Ok, Kita terus kepada jenis-jenis gangguan yang ada (sekadar menyebut beberapa sahaja) dan kalau ada salah silap silalah tinggalkan komen tanpa segan silu.

  1. Gangguan Jin - Gangguan ni memang agak seriau sedikit untuk diceritakan. Gangguan ini adalah bersifat ghaib.  Cara hindari:- Maka cara untuk menghindar dari gangguan jin juga dengan cara bersifat ghaib iaitu denagan Doa dan amalan yang diajar oleh rasulullah S.A.W
2. Gangguan mental - ada kena mengena juga dengan masalah jiwa. Biasanya pesakit akan cenderung mencederakan diri sendiri (kebanyakannya lah),Tak boleh tido malam, trauma yang teruk. Cara hindari:- Pertama sekali kuatkan iman. Kedua, Jangan ingat masa lalu dan mulai hidup yang baru. Ketiga, Sentiasa memandang masa depan secara positif. Usah dibayangi ramalan-ramalan yang tidak berasas. Hidup lah secara normal.

3. Gangguan komunikasi - meliputi beberapa masalah seperti masalah bertutur, bahasa dan mendengar. kadang kala akan timbul salah faham. Yang ni lagi memang masalah serius lah. Memang tak boleh dimaafkan kalau aku cakap lain ko dengar lain pastu ko ingat aku kutuk ko pastu ko nak tarik muka tiba-tiba. Tapi ni aku tak alami lagi lah, just mention beberapa situasi.  Cara hindari :- Bertutur dengan bahasa yang mudah difahami dan dapat didengar dengan jelas si penerima supaya apa yang hendak disampaikan jelas dan padat.

4. Gangguan seksual - Gangguan jenis pertama adalah gangguan secara langsung.  Gangguan jenis kedua pula adalah perlakuan sama ada secara lisan, isyarat, visual, psikologi dan fizikal. Cara hindari :- Jika berlaku di tempat kerja buatlah report secepat mungkin sebelum kejadia tersebut menular kepada orang lain. Jika berlaku di tempat awam, pembabitan orang awam sangat digalakkan bagi membasmi gejala tak sihat ni. Kepada wanita pula, pandai-pandailah bawa diri. korang pun tahu kan orang-orang macam ni selalu aim kat sapa? kita juga kaum-kaum hawa ni.


Jangan biarkan gangguan ini terus menyelubunugi hidup anda. Dail talian Nur bagi mendapatkan perlindungan.

No comments:

Post a Comment