Monday 27 June 2011

komitmen yang tinggi

Boleh tak nak mengeluh sekejap. huh,,, hmmm... ah.. haish.. geleng-geleng kepala.

Ok, lega sekarang. buat masa sekarang je.kerana perkara ini akan berbangkit selagi aku masih bujang. Ya, masih bujang. Uh, xboleh nak lari. semakin nak lari semakin mak aku duk kejar bila nak kawin, bila nak kawin. semakin aku senyap, bertubi-tubi perlian datang dari bapa aku yang mcm peluru M16 tu.

Kahwin weh! sapa tak suka, kau suka, dia suka, mereka suka apa tah lagi mak bapa kita. tapi masalahnya sekarang perkahwinan ni memerlukan komitmen yang tinggi. Betul aku cakap. tapi pada aku je la. Pada korang macam mana?

Mungkin aku dah terbiasa sorang-sorang tanpa teman (Maksud aku teman tu boipren, pakwe, teman lelaki dan sebagainya tu la.). Kawan-kawan bergosip, kawan-kawan berkongsi sedih gembira tu memang ramai. Sebab tu aku tak rasa sunyi sangat. Lagipun aktiviti kami memang cukup padat.

Antaranya:-






Time ni pi Genting. TQ abang driver (Fahmi)


Kadang-kadang kami cuci mata kat downtown/uptown. Boleh rabak mata dan poket pergi tempat macam ni.



Jalan-jalan amik angin kat area KL 2,3 pagi. Pastu pergi cari nasi lemak pagi-pagi buta tu




Yang ni best. Memag kesukaan.


Menonton wayang jika ada masa. Kami biasanya akan pergi tengok cerita seram ramai-ramai.


Hang out dengan the besties. Rindu lah...






Pergi melancong dan berkhemah.



Aktiviti sebulan 2,3 kali kami. jemu sekejap je. karaoke.


Latihan koir seminggu sekali dan show sana sini.

Adakah segalanya akan terkubur setelah kita memilih komitmen yang tinggi itu. Nak mengeluh lagi.

 


                                    


No comments:

Post a Comment