Thursday 9 June 2011

Tatihan Pertama

Assalamualaikum

Tatihan pertama, tajuk pun nak bunyi puitis je. Ingat masa baru lahir dulu, tak reti nak buat apa pun cuma tahu makan, tidur dan menangis. bila besar sikit macam-macam kita nak tahu sampai ibu bapa kita pun pening nak layan, rasa nak seligi jer tapi sebab masa tu kita comel sangat orang tua kita pun tak sampai hati. bila dah semakin dewasa fiil masing-masing bukan setakat memeningkan kepala orang tua malah boleh jatuh terduduk, masa tu baru menyesal sebab tak seligi masa kecil-kecil dulu. Tapi tak semua orang hidup menyusahkan ibu bapa mereka (ehem2). Ramai juga yang ada impian dan cita-cita malah dah label siap-siap dekat dahi sebagai 'first priority'. Ada yang nak jadi pilot, ada yang nak jadi doktor, ada yang nak jadi bidan kampung, ada juga yang nak jadi surirumah tangga yang berjaya (ehem, untuk pengetahuan surirumah sekarang pakar IT ye) Ok. macam panjang pulak mukaddimah ni.

Sebenarnya, aku (guna 'aku' rasa lebih mesra kan) baru cuba-cuba nak menulis blog sebab tu tajuk pertama pun tatihan pertama sebab aku pun memang tak berapa pandai sangat penulisan ni sebab aku pendiam orangnya (untuk orang yang tak kenal aku lah, kawan-kawan yang terdekat memang dah sedia maklum budak Nurul Ain ni macam mana orangnya). Tapi dalam kehidupan sebenar, aku memang tak reti duduk diam dalam kepala aku ni pun macam-macam nak luah. Jadi, korang tunggu lah ye...


Sila Tunjuk Ajar!
  

No comments:

Post a Comment