Tuesday 30 August 2011

Bulan selepas puasa.

Assalamualaikum.

Pembaca Yang Kita Suka Buat semua. Pejam celik,pejam celik kita dah pun melepasi bulan Ramadhan. Hari ini (30hb Ogos) kita berada di bulan yang baru dalam kalendar islam iaitu bulan Syawal. Pada bulan Syawal ini kita meraikan Hari Raya Aidilfitri. Raya Aidilfitri ni plak kita raikan selama sebulan. Selama sebulan ni lah kita boleh mengeratkan silaturahim sesama kita. Yang jauh kita dekat-dekatkan, yang dekat kita erat-eratkan. 

First raya kami balik kampung sebelah mak kat Pontian Johor. Suasana kampung memang ada tapi suasana raya agak kurang lah. Mungkin warga tua kat sini semakin kurang jadi generasi mudanya tak berapa nak kenal sangat saudara-mara termasuk aku. Tapi aku cuba sedaya upaya untuk mengenali sedara mara yang ada selagi orang tua aku masih ada. Mungkin yang agak meriah sekarang ni rancangan TV yang menjanjikan program-program yang menarik.

Lain family lain plak pengalaman rayanya. Mungkin raya anda lebih meriah dengan makanan, ye lah lain negeri lain plak jenis juadahnya, meriah dengan ahli keluarga yang besar. Family aku belum berkembang lagi maksud aku belum ada yang kawin jadi xde anak kecik. Tak meriah sangat kalau xde suara budak kecik maka berkumpul je lah dengan sedara mara yang dah ada anak2 kecil. Mungkin raya anda meriah dengan aktiviti open house dan macam-macam lagi lah. 

Sambil-sambil dengar lagu raya ni aku nak susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali Nurul Ain binti Hairudin ni jika ada terbuat salah yang tak sengaja, terkecil kan hati sesapa, termengata yang tak tentu hala, harap dimaafkan. Mesej2 raya yang saya terima maaf sangat tak sempat nk reply panjang2 malah ada jugak yang tak tereply maaf sekali lagi. Selamat Hari Raya kepada semua semoga Raya anda lebih ceria dan  hidup anda lebih diberkati oleh Allah hendaknya.

Gambar keluarga.

No comments:

Post a Comment