Wednesday 17 August 2011

Segalanya pertama kali di bulan Ramadhan yang mulia

Salam sejahtera semua..

Bulan ramadhan kali ini banyak mainan emosi lah. Tak berapa suka sangat nak emo2 ni. Aku jarang nak emo tak pasal2. Sakit jiwa raga. Jadi sempena nak merdeka dan raya bakal muncul ni aku rewind balik yang baik2 je yang pernah berlaku pada aku sepanjang bulan ramadhan ni. Yang paling best semuanya adalah pertama kali yang pernah aku buat sepanjang hidup aku.

# 1:

Aku duk kat Putrajaya ni dah 3 tahun jugak lah. Tahun ini merupakan tahun ketiga aku menyambut puasa kat sini. Paling best tahun ni aku dapat buat tarawikh. Tahun2 yang lepas aku tak buat sebab.. aku pun xtaw. hihihi... Mungkin tahun2 yang lepas aku jarang duk rumah kut. Tahun ni memang aku banyak duduk kat rumah dan buat kerja2 yang lebih berfaedah. Umur dah semakin meningkat jadi diri sendiri perlu sedar lah kan. Tak kan nak tunggu orang lain ketuk kot..

# 2:

Sepanjang keterlibatan aku dalam koir, tahun ni merupakan kali pertama kami dijemput menyanyi untuk majlis berbuka puasa untuk kementerian kami. kami bawa lagu Insyaallah (Maher Zain) dan harapan Ramadhan (Raihan dan Man Bai). Atas bimbingan cikgu Is, walaupun agak kelam kabut sikit kerana kami dapat undangan last2 minit tapi segalanya berjalan lancar. Kami memang awesome... Biarlah memuji diri sendiri xde orang pun nak puji kami kerana kami jer yang taw susah payah dan perit getir nya.. Apa pun buruk baik hasilnya kami tetap berpuashati.

                                                                              Awesome sangat jubah tu..


Bulan2 puasa ni upload gambar ada air merah macam ni menggugat iman jugak kadang2.

 Lagi ada gambar air. Korang jangan pergi minum plak pasni..

Sentiasa tersenyum walaupun pelbagai dugaan dihadapi. kuikuikui.. kelakar bila dikenang balik.

Kat belakang tu menteri MOSTI sedang memberi ucapan kat depan kamera untuk RTM. Lepas tu bagi ucapan raya ramai2 tapi xsempat nak amik gambar tersebut.


# 3:

Pertama kali yang ketiga ni merupakan pertama kali yang paling tak di dilupakan. Ya, pertama kali shooting dengan Astro. Doang ada buka channel baru iaitu My music. Tapi channel ni dibuka sempena kemerdekaan sahaja iaitu bermula 31 Ogos sampai 16 September sahaja. Kalau kat umah tu ada Astro rajin2 lah buka ya. Dalam rancangan ni kami buat persembahan koir dengan menyanyikan 4 buah lagu Negaraku of course, Malaysia Inovatif, Malaysia Tanah Airku dan Malaysia Berjaya. Pengalaman yang sangat menarik walaupun kami berlatih last2 minit jugak. Puashati lah. Kira macam reward jugak buat kami yang masih setia dengan kumpulan koir ni.

Part yang best bila tiba2 doang cakap kami kena nyanyi sorang2 dan bagi ucapan. Tergamam seketika sebab kami xtaw plak program dorang macam tu. Dalam tak ready kitoang pun teruskan juga dan aku orang pertama yang berbuat demikian oleh kerana yang lain2 masih ragu2. Aku pun gabra juga mungkin dah ready dan nak abis cepat dan hasilnya memang laju jer aku cakap.

kumpulan harmony sedang amik feel dan keep berlatih sampai dapat suara yang dikehendaki oleh cikgu.

The Lyrics.

Camwhoring dengan menggunakan vendor machine sebagai props memang cari nahas.

Korang memang sengaja kan nak batalkan puasa.

Zul the Jambu.

Kak Fara dan Husna tauke jahit manik. cantik taw dia jahit manik. Nak tempah pi usha blog dia.

Malaysia Inovatif.

Eh, kenapa gambar ni ada lagi kat sini. Memang sengaja yer buat kesilapan ni. Oligo, Milo, slurrppp..

Pengambaran pun bermula.

Lagi aksi kami.

action, cut, action, cut.. Penat jugak taw.

Antara krew yang terlibat.

Masa beraksi seorang demi seorang. Turn aku dah lepas. x sempat nak amik gambar.

Tengah tunggu giliran. Padahal hati memasing dh dubdabdubdab jer. Blur xtaw nk pilih lagu apa.

Dan akhirnya mereka memilih untuk menyanyi lagu "Tanggal 31, Bulan lapan 57...."

Habis giliran dorang maka berakhir juga shooting pada hari itu. Terima kasih pihak Astro kerana telah memberi kami pengalaman cukup menarik.

# 4:

Ha, yang ni memang sangat pertama kali dan nolstagia sangat. Aku sengaja nak mengembalikan zaman kegemilangan kad raya maka aku beli kad raya, Pergi pejabat pos dan masukkan kad raya dalam peti surat. Memang nolstagia sangat walaupun amik masa juga nak sampai. Ini merupakan pertama kali aku bagi kad raya pada keluarga aku sepanjang aku jadi anak perantauan ni. Ada lah kelainan sikit kan pada tahun ni. Tak susah pun. Beli jer kad raya yang murah2 pastu koang pos lah. Koang mesti akan rasa xsabar nak tunggu doang dapat kad raya koang tu.



Kad raya simple jer tapi yang penting isi nyer tu ikhlas dari hati. Untuk keluarga dan makcik saya.

# 5:

Kali ni punya cerita memang aku tak pernah buat sebab aku tak yakin dan aku malu. hihihi.. Sebab sepanjang aku hidup ni memang bapak aku jer yang buat. Bayar zakat. malu taw nak jumpa amil yang muka suci2 ni. Lagi kalau yang ensem tu. Tapi tahun ni aku nak buat sendiri. Baru rasa macam anak perantau. kuikuikui...

Apap pun jangan takut dengan pertama kali. sebab yang pertama kali akan bawa kita yang kedua kali dan seterusnya. Tiada langkah pertama maka tiada langkah lain jadi tiada pembaharuanlah dalam hidup kita. Jadi kesimpulannya jangan takut mengalami perubahan. Jumpa lagi di lain hari. dada..

No comments:

Post a Comment