Wednesday 3 August 2011

Apa bagusnya dia ni sampai aku gila sangat dengan dia?

Dulu dia tak kurus macam tu, sebab tu aku jadikan dia sebagai penggalak aku untuk menurunkan berat badan. hihi.. Malu..

Dulu aku tak pandang pun dia sebab dia keluaran AF, tapi sekarang aku minat betul dengan dia mungkin kelainan yang dia bawa.

Perwatakan dia, genre muzik dia, gitar dia, suara dia sedikit sebanyak telah mempengaruhi aku dalam banyak perkara.

Oleh kerana dia kesukaan aku jadi aku nak ada cerita dia dalam blog aku ni sebagai tanda sokongan aku pada perjuangan muzik dia.


                                                                           Aizat Amdan

Serba sedikit mengenai Aizat Amdan atau better known as Aizat. Born on  21st January 1989 (22 tahun, kira pangkat adik lah dengan aku ni). Anak ke lima daripada enam adik beradik.

Dia mula menceburi bidang ni dengan menyertai satu rancangan realiti show which is aku tak berapa nak gemor nontonnya tu sebab banyak sangat drama iaitu AF 5.

aizat first 2 singles:-

Dia telah keluarkan first 2 singles sahabat dalam bulan Jun 2007 dan Hanya Kau Yang Mampu dalam bulan November pada tahun yang sama. Hanya Kau Yang Mampu merupakan instant hit dan Number One song di hampir semua radio dan  TV carta muzik di Malaysia untuk beberapa minggu. Tepuk-tepuk-tepuk.

First full album:-

Aizat ni bukan je performer malah dia pun tulis lagu sendiri. Memang terbaik. Pada 24 Jun 2008, Aizat dah melancarkan full album pertamanya yang mempunyai 7 trak lagu, 5 lagu dia compose sendiri bersama-sama abang dia Anas (budak-budak ni memang genius. Aku suka adik-beradik ni). Nama album tu Percubaan pertama yang sangat diterima ramai. Yang best album ni 100% di produced by Kasi gegar entertainment Sdn. bhd., kat syarikat tu Aizat salah seosrang shareholde/director (Nasib baik pangkat adik).

Antara lagu-lagu yang best:-
LAGU KITA
HANYA KAU YANG MAMPU
CINTAI DIRIKU
FIKIRLAH
SELAMAT TINGGAL AKHIRNYA
PERGI
MELODI CINTA
ITULAH DIRIMU
KAU AKU
I GO
PENYELAMAT CINTA
JUST ONE BOY
ERTI HARI INI
SUSUN SILANG KATA
DIMANA KAU BERADA FEAT DJ FUZZ
PERPISAHAN INI – 1ST EDITION

Aizat's 2nd album:-

Urusan Aizat Amdan (UA2) ialah first full album 100% di produced oleh aizat dan published oleh label syarikat dia sendiri, Kasi gegar entertainment Sdn. Bhd., pendek kata semua berkaitan album ni dari compose, susunan lagu, penulisan lirik adalah dari air tangan aizat dan abang dia si Anas tu. Thumbs up untuk doang la. Sebab lagu-lagi yang ada kat dalam album ni semua sangat best dan menyegat.

Lagu-lagu yang menyegat tu:

1. YEARS FROM NOW
2. MANA OH MANA
3. SENYUM
4. ERTI HARI INI
5. SUSUN SILANG KATA
6. EMOTIONS
7. SUNGAI LUI

Sekarang plak nak war-warkan aktiviti terbaru Aziat yang korang boleh join dan meriahkan. Pada 3 Oktober 2011 akan diadakan konsert akustik Aizat di Dewan Filharmonik Petronas, 2/F Tower Two, Petronas Twin Towers, Kuala Lumpur City Centre pada pukul 8.30 malam dan bayarannya RM80 sahaja. Aku harap juga dapat join konsert ni. Minta sesapa boleh bayarkan tak. please.. (dengan muka simpati tahap maksimum dah ni).

Berhenti mencari sponsor sekejap untuk diri ini sebab nak bagi korang dengar lagu yang aku baru dengar yang aku dapat dari facebook Aizat Amdan. Sempena kemerdekaan ni juga aku bagi korang dengar lagu ni. Warisan. Enjoy!



Sikit komen lagu ni dari aku, agak sedih lah lagu ni. kalau tak mendayu sangat mungkin lagi mantap kot. tapi keseluruhannya lagu ni sangat best. k. Tak mahu ganggu korang menikmati lagu ni.

Harap berpuas hati.





No comments:

Post a Comment