Wednesday 8 February 2012

Cerita seram adalah terapi untuk wanita

Pernah dengar atau terbaca kat mana2 tajuk kat atas tu. Aku ngan 2,3 budak umah memang suka tengok cerita seram. Tapi bergantung lah cerita tu macam mana jalan cerita kan. Rupanya kalau kita tengok cerita seram terutama wanita, ya saya cerita pasal wanita sekarang ni bukan lelaki, cerita seram akan memberi kesan positif kepada kesihatan mental dan minda wanita. Sesapa yang ada simptom2 nak sakit mental tu cuba terapi ni ya bagi mengelakkan korang terjun bangunan lagi2 yang putus cinta tu. Memang ko sakit mental kalau ada niat nak bunuh diri. Dengar Dr. Tak Bertauliah ni cakap ya.

Lagi artikel tu tulis, peningkatan aktiviti turut berlaku sehingga mampu merangsang minda dan membuatkannya merasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Btul la tu, aku pernah rasa macam nak cekik orang tapi bila tengok cerita seram aku bayangkan je lah hantu tu cekik dia.Ada kena mengena ke? hmm..  Artikel tu tulis lagi nih, hahaha exited plak nak bagi tahu anda2 semua yang tak suka tengok cerita seram ni, kalau korang nak tahu, tengok cerita seram ni merupakan ubat bius sebab ia merangsang kelenjar adrenal untuk menghasilkan adrenalin & opiat yang mampu menenteramkan jiwa & fikiran wanita. Wah, tenteram sangat sampai jantung aku nak luruh asyik terkejut je. Cerita seram tak semestinya cerita hantu ya, tengoklah cerita Final Destination xde hantu kan tapi seram macam tu, xpun tengok cerita pembunuhan dasyat bukan cerita detektif conan tapi macam cerita the orphan tu. 

Baru2 ni aku buatlah terapi seperti saranan kat atas sebab hari tu cuti 4 hari aku stress sangat sebab tak dapat balik kampung. Bila mengurungkan diri jer kat umah lagi lah aku stress. Kebetulan plak hari tu dapat tiket free sangatlah release tension. Sebenarnya kawan aku dapat tiket free untuk preview filem terbaru Mejar David Teo, Hantu Dalam Botol Kicap. Kelakar ucapan dia malam tu sebelum filem bermula. Ayat dia macam ni lebih kurang. " Semoga anda dapat menghiburkan filem ini." Konfius aku, Filem tengok kita ke, kita tengok filem. hahaha..



Masa memula sampai gelabah gak r cari seat sebab seat khas untuk MIG online dah penuh. Pastu ada abang kamera man dengan baik hati bagi seat untuk media kat kami bertiga, pastu tak panas ontot lagi kami diminta plak tukar seat kat seat artis plak. Terasa macam kami ni multitasking plak, boleh jadi wartawan boleh jadi artis. Haha.. Sebaris dengan Makcik Maimon. Makcik tu berlakon drama best siot. Kadang2 kita bley benci tengok dia, kadang2 kita suka tengok dia. 

Cerita seram komedi ni berkisarkan 3 orang adik-beradik dari Key El dihantar mak bapak doang balik kg. Tak larat nak jaga sekor2 bak kata nenek doang dalam cerita ni macam tenuk. Nenek doang ni plak kononnya Ghostbuster kat kampung tu ataupun dalam bahasa kampung  pengamal perubatan tradisional. Kampung tu pun nampak macam tempat jin bertendang haruslah ada penangkap hantu sorang kat kg tu kan. Nenek doang ni dah bagi amaran awal2 dah kat depa ni, pantang larang semua. Jangan keluar rumah lepas waktu maghrib, jangan masuk bilik yang ada selempang merah. Tapi dasar budak nakal kan. Adik depa si epul tu dengan semangat ingin tahu yang tinggi (besalah budak baru nak naik), langgar  pantang larang nenek dia. Dia masuk bilik tu juga walau di halang kakak dia. Tetiba tangan kakak dia terluka, Si epul ni pun main hambik je kain penutup salah satu botol kat situ. Pa lagi pastu korang pergi lah tengok sendiri ya. Malas nak cerita panjang2. Kang korang tak pi tengok tak dapat box opis cerita ni tak dapet doang buat contest lagi. Hadiah playbook blackberry doang nak bg. korang mampu. 

Rate untuk filem ni 8/10. tak nak bg markah penuh. Kalau doang baca blog aku ni (kononlah kan) mesti doang akan rasa puashati takat tu. Kena berusaha lagi buat yang terbaik yo. Hehe. Habis preview tu kami amik peluang ni bergambar dengan artis2 yang ada pada hari tu Farid Kamil ngan Mat Saja (nama betul aku lupa). Yer dua orang je. Tu pun atas bantuan Cik Fateen Syamimi dengan ramah mendekati kami. Baik hati sungguh dia. Tapi gambar dengan dia tak amik pun. Sedih.


Sebelum filem ditayangkan.



Sebelum balik pekena mamak dulu.

That's 'Ol Folks.



No comments:

Post a Comment