Thursday 16 February 2012

Integriti

Tajuk besar berat kan tapi jangan risau cara penyampaian aku tak berat. Lembut je macam warna tajuk besar tu. Hari ni kat tempat kerja aku yang dikasihi ni ada buat Majlis sambutan Maulidur Rasul. Jadi ceramah hari ni berkaitan integriti. Ya, majlis Maulidur Rasul ceramah pasal integriti. Ada kena mengena ok. Ni lah yang lainnya ceramah pada kali ni. Penceramah pun ok. Inilah satu-satunya ceramah integriti yang masuk kat benak kepala aku ni yang dah sedia benak. Bila aku dengar ceramah dari Prof. Dato' Dr. Mohd Yusof bin Hj Othman ni tetiba aku rasa macam sedar diri plak. Baru aku taw aku ni tak berintergriti pada diri sendiri. Ceramah integriti sebelum ni buat aku yang benak ni semakin benak sebab kat dalam kepala aku macam dah set integriti tu rasuah. sebabnya dah tu yang doang duk ceramah. Jadi, bila ada ceramah pasal integriti oang pun dah malas nk pergi kan.

Ok, lepas aku dengar ceramah hari ni aku terpanggil lah nak cerita balik apa yang aku  dengar serba sedikit tadi.  Sekurang-kurangnya aku dengar dan faham apa yang dia cuba sampaikan. Aku faham apa yang disampaikan hari ni adalah bermula pada diri sendiri. Didik diri sendiri supaya menjadi insan yang berintegriti kerana kalau diri sendiri pun takde tabiat berintegriti macam mana nak kita bawa tabiat berintegriti ni dalam pekerjaan kita, dalam masyarakat dan di mana-mana saja kita mencampakkan diri kita. Contohnya, kalau tabiat ko suka mengkritik, benda kecik pun ko nak kritik tanpa memikir apa sebab benda tu macam tu or whatsoever boleh tak kalau ko duduk kat satu2 tempat tu kalau nk kritik berhemah sikit. Sebelum buka mulut pikir dulu pasaan orang keliling. Padahal orang yang ko cari pasal tu bukan ada masalah apa pun dengan ko. Ok, itu sangat tak berintigriti. Ye lah mana tahu ko pun punca orang lain tak berintegriti. Orang dah sakit hati macam2 boleh buat kan.

Lagi satu aku tak faham kat orang sekarang ni. Kalau orang buat kerja lebih sikit cakap bodek bos. Nak tunjuk bagus. Nak dapat anugerah tu anugerah ni. Menurut penceramah tu, kalau kerja kita macam mana bahaya sekali pun kena buat. Bukan nak tunjuk hero ke hapa. Tapi ni dah memang bidang tugas kita. Kadang2 orang yang mulut macam loji pembuangan ni yang boleh buat orang lain tak berintegriti. Semangat nak buat kerja dah xde. Malas. Pastu bila kerja orang bagus, dapat tu dapat ni mulalah cerita santau merasuk keluar. Main bomoh2 plak.

Sebenarnya agama amat penting. Mana-mana penceramah pun akan cakap ini. Jadi di hari Jumaat yang mulia ini kaum Adam pergilah sembahyang Jumaat. Sebelum tu, apa yang aku cakap ni more untuk peringatan diri sendiri yang boleh di kongsikan pada semua dan jadikan juga peringatan buat diri anda juga. Yang buruk datangnya dari hamba mu ini Ya Allah, Yang baik hanyalah dari Mu.

That's 'Ol Folks.








No comments:

Post a Comment