Friday 3 February 2012

Mampukah kita?


Tujuan utama duk lepak kat library ni sebenarnya nak buat perkara lain. Tapi idea lain plak yang datang. Perangai tak senonoh ni silalah buang cepat ya Cik Penulis. Baiklah. 

Agak-agak lah kan bila tanya pada adik-adik kita sekarang tanpa berpandukan kalendar tahu tak tarikh lahir siapakah ini? 12 Rabiulawal. Franky Speaking, orang dewasa juga tahu akan tarikh ini berdasarkan kalendar juga. Almaklumlah kadang2 tarikh lahir sendiri pun akan terlupa ya dak. Jadi marilah kita sama2 mengucapkan terima kasih pada En. Kalendar kerana telah mengingatkan kita pada tarikh cuti ini. Yeay cuti..

Cuti saja diingat nya. Sebenarnya 12 Rabiulawal adalah tarikh lahir Nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad SAW. Apa yang selalu kita buat pada tarikh ini? Kita berarak sambil berselawat pastu dengar ceramah pastu ada makan2 (Jawab adik2 kita yang naif itu). Tak boleh nak marah doang juga kan sebab itu lah apa yang doang lakukan setiap tahun setiap kali Maulidurasul. Lagi haru kalau ada yang cakap "kita cutilah. Mana ada buat apa2." Haru, haru..

Hari ni tak naklah cerita sejarah nabi sebab adik2 semua dah sedia maklum kronologi kehidupan nabi. Malah ada yang hafal sebab masuk pertandingan bercerita peringkat sekolah agama kan. Macam akulah dulu2. Bila dah kat atas pentas tetiba senyap padahal bukan main dok menghafal lagi kat rumah. Sampai juri pun dah macam Ahmad Nisfu dalam cerita Seniman Bujang Lapuk. Padahal kat depan kita kawan2 sekolah kita juga.

Kakak kat sini nak ajak adik2 sama2 ngan akak mengetahui, mengkaji,menghayati sunnah Rasulullah supaya kita menjadi insan yang lebih baik (cewah, dah macam hos marilah bercerita bersama adik2).  Seperti yang aku google tadi kat sini, kita perlu jaga 7 sunnah rasulullah iaitu:-

1. Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 

2.   membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. 

3.  jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 

4. jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5 jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

6 jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". 

7amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Inilah 7 sunnah rasulullah yang perlu dijaga setiap umatnya. Aku sendiri pun bukanlah umatnya yang begitu solehah apalah salahnya kita sama2 sentiasa mencuba untuk melakukan yang terbaik terhadap amal dan ibadat. Untuk kita juga kan. Tapi orang la ni duk jaga sunnah yang satu tu je.. Kahwin 4. 

Selamat menyambut Maulidurasul pada umat islam seluruh dunia. Selamat berarak. Tahun ni tak dapat nak join pulaknya. Kalau tak mesti dapat makan free sedap. Cik Penulis dah lupa diri semula. Maafkan dia.

P/s:Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

P/s: Contest Picture of the year 2011 akan berakhir esok. Tarikh tutup lebih awal dari tarikh tutup sebenar. Harap contestant dapat bersabar untuk mengetahui resultnya nanti.

No comments:

Post a Comment