Tuesday, 8 November 2011

Kosong

Satu hari lagi terbuang dengan sia-sia
Sumpah aku memang tak suka
Tapi apa perlu aku buat
Lebih baik aku pergi travelling
tawan pulau ke
luaskan pemandangan dan tajamkan pemerhatian

Hari ni kososng
Padahal aku kena kerja
untuk dapatklan rezeki yang halal
tapi kalau macam ni keadaannya
sampai bila pun duit yang aku dapat sia-sia

Macam takde kemajuan kalau masih duduk kat kerusi ni
Macam takde perubahan kalau aku masih menghadap workstation ni.
Macam masa depan pun aku rasa samar2 ni.
Macam apa yang aku kerjakan sekarang ni tak masuk satu pun dalam kepala otak aku ni.
Macam kena sumpahan plak sebab tak boleh nak keluar dari gua ni.

Aku pening wei
Selagi kat sini
motivasi aku lintang pukang lari
mana nak cari balik motivasi ni

Pusing,pusing,pusing
takde petunjuk langsung
takde pembimbing

Huaaaaaarrrrrggghhh!!! Malas lah nak layan monolog dalaman aku ni.
Pergi makan pasni mugkin ok kot.

Bye.

Monday, 7 November 2011

Sehari sebelum Raya Korban


Hari ni nak citer pasal sehari sebelum Hari Raya Korban. Kami nak balik kampung kat Pontian Johor. Oleh kerana semalam penat drive dari Kluang ke pontian sebab penat balik dari Putrajaya ke kluang pun tak hilang jadi malas nak hapdet semalam. Tapi takpe. citer tak basi lagi. Banyak gambar2 menarik nih. Rugi lau tak baca sampai habis. Hahaha.. macam ada orang nak baca jer apa aku nak tulis nih.

First sekali sebelum balik Pontian aku ngan family aku pergi bandar jap, bapak aku nak pergi farmasi. Tapi tujuan utama aku nak pergi bandar adalah nak cari DVD drama baru Korea. Ni yang best nak citer. Bukan nak cite sangat drama apa yang aku beli tapi penjual DVD tu yang aku nak citer ni. Hahaha.. Dia xde buat pangai buruk pape pun. Penjual ni sweet je. Memula aku nak cari DVD citer Protect The Boss dan Scent of Woman dan filem Sector 7, tapi kerana kagum dengan penjual DVD ni aku beli lagi satu citer yang xde dalam senarai. Aku pun tak tahu tajuknya apa sebab dalam Bahasa Cina. Sebenarnya dia ada rekomen beberapa citer lagi tapi aku tak naklah tamak sangat beli banyak2. Kang tak tertengok plak aku. Aku boleh beli lagi nanti. Yang aku kagum sangat tu ngan mamat cina nih, dia boleh ingat sumer jalan  cerita. Memanglah dia boleh baca sinopsis jer. Tapi.... yelah aku mengaku aku cuma nak cakap mamat tu sweet jer.

Pukul 2 lebih bertolak balik kampung. Sampai Pontian kebetulan Mbah aku nak makan satay kitoang pun singgah satu tempat ni. Aku tak pasti nama dia apa tapi lokasi dia berdekatan dengan terminal bas. Warung2 kat situ berdekatan dengan pantai. Walaupun terik tapi macam tak peduli lak sebab cantik bila amik gambar.

Jom usha gambar plak.













Petang tu tengok sepupu sepapat mengait Petai berjuntai-juntai. Makan Udang sambal petai pun sodap nih.


Nih lah pokok petai tuh.


Huh, akhirnya settle entry ni selepas beberapa hari. Line hampeh lately. Macam nak telan jer broadband ni hidup2.Wait for next post.

Tata.. Huaaagghh, ngantuk!

Saturday, 5 November 2011

Futsal kat Tonga De' Futsal

Sebenarnya kejadian futsal ni berlaku seminggu yang lalu. Teruk betul aku ni baru dapat Vitamin 'R' hari ni nak hapdet pasal benda ni.

Aku tak suka tengok bola. Adik2 aku 3 orang lelaki ni memang minat bola. Jadi bila ada rancangan bola yang menarik kat TV doang lah menang dapat tengok bola. 3 lawan 1. Nak tak nak tengok jugak bola. Rupa2nya semua tu menjadi inspirasi aku pada hari perlawanan futsal tu. Dengan tak berlatih langsung. Tapi aku sedaya upaya jugak menjadi defender yang boleh dipercayai. Hahaha...

Memula skali kena amik gambar dengan confident supaya orang tengok kita pun gerun. Hahaha...

Antara barisan pemain Inter FC Ladies.

Eh, dah penat ke? Belum mula lagi. Mesti ingat kitoang dah penat kan. Ni saja nak posing2 kat depan gelanggang.

Kitoang pandai main ke? Tengok kaki lah. Padahal nak tunjuk kasut masing2 yang baru beli kat Al-ikhsan Bangi. Hahaha... Dia punya perangai menunjuk2 tu.. Orang yang baca ni ada rasa macam nak tolak aku kat sungai tak?

Perlawanan hari tu dimulakan/dirasmikan perlawanan anatara pejabat Timbalan Menteri dan Pejabat KSU. Keputusannya Pejabat Timbalan Menteri menang. Cayalah Dato'.

Kami pasukan pertama memulakan perlawanan menentang Sabar girlz. Keputusannya Sabar Girl menang. Xpe.. Time ni kitoang relax jer.. Main suka2. Setahun sekali jer ni wei. Tak tahulah plak pasni kan lau ada orang nmpak kebolehan kami terus nak amik main untuk peringkat kebangsaan ke kan. Hahahaha..

Seterusnya mari kita usha beberapa aksi kami di gelanggang futsal.





Perlawanan tamat pada pukul 12 tengahari. Penat memang penat tapi seronok. Keputusan akhir Sabar Girl menang, kedua Perancangan, tempat ketiga kami Inter FC Ladies dan tempat keempat Gugurl FC. Skang usha plak muka penat kitoang. Balik tu kami makan dulu kat kedai teh tarik 70 sen. Tapi tak order teh tarik pun.


"Ain. kenapa ko berdiri macam tu?" Doang tanya aku. Aku jawab dengan senyuman. Sebab aku pun tak tahu  kenapa aku berdiri macam tu. Hahahaha...




Pasni lau ada game lagi harap dapat berlatih dan kita up kan lagi kedudukan kita di tangga yang teratas plak. Yeah!

Tuesday, 1 November 2011

Ambil angin kat Cameron Highland

Hai, 
nak tahu best ke tak percutian sehari kami di Cameron Highland teruskan baca coretan Yang kita suka buat ni.

Masa Deepavali hari tu kami berempat bercadang nak jalan2 kat Cameron Highland sambil berkelah kat tepi ladang teh. Siap masak dan bersiap pukul 10.30 kami bertolak. Perjalanan amik masa 4 jam. Macam nak balik kampung aku kat Kluang Johor je masanya tu. 



Kononnya nak naik Gunung Brinchang sampai puncak mana tahu ada pemandangan yang lebih cantik kan, tapi kereta sangkut plak sebab jalan tak berapa elok. Maka kami amik keputusan lepak2 kat tepi ladang teh dan makan2. Lapar nok. Dari pagi sampi kul 2 lebih tak makan. Cuma makan cekedis yang bukan2 je. Perut berbunyi tak ingat.

Saja nak follow kereta depan tu sampai puncak. Tapi...

Kereta tak lepas sebab jalan berlubang. Kena undur balik.

Len kali kita naik guna 4WD.

Mari kita makan. Dah lapar wei...

Sempat juga kita orang camewhoring kat tepi2 ladang teh ni sebelum ke destinasi seterusnya. Sampi ke destinasi seterusnya pun ada tragedi. Memang ni namanya jalan2 cari pasai. hahaha..

Terasa seperti nak membina rumah kat tepi ladang ni. Geram tengok kehijauan daun teh ni.

Ingat model?

Yang depan ni kenapa nerd sangat.

Sempat lagi ko feeling2 kat tepi pokok tu kan.

Kononnya nak pergi tengok Ladang Lebah ni. Tapi tengok dari atas je. Malas plak nak jalan2 kat ladang tu. Tak dapatlah nak amik gambar dengan sarang lebah dan pokok bunga.

Masa on the way nak masuk ladang strawberry lalu tepi 'time tunnel' ternampak skuter mini ni. Terus keluarkan handphone berkamera 8 mega pixels ni dan snap. Comel kan..

Masuk plak Kebun Strawberry ni. Pekerja kat situ cakap strawberry dah xde sangat. Yang ada pun kecil2 je. Ladang ni agak besar lah. Memang dapat penat je lau jalan2 satu kebun tapi hasil ciput. Maka sepakat menerima offer pekerja kat situ strawberry yang doang siap petik. Main tipu sikit yang penting hasil lumayan. hahaha....

Ni lah contoh strawberry ciput yang tinggal. Lau jumpa yang besar pun memang untung nasiblah.

Masa on the way balik nampak kedai jual teh. Kat tepi dia ada ladang teh jugak.

Amik gambar lagi. Jangan buat citer hindustan sudah kat sini.
Ni suasana malam masa on the way balik. Gelap dan berkabus. Tengah hujan plak tu..

Ada rumah orang asli kat tepi jalan. Sepanjang jalan ada jer questionaire dalam pala otak kitoang. Macam mana bila malam doang hidup bergelap? Mana doang dapat air? Macam mana doang dapatkan barang masak? Blablabla? Banyak tanya kan. Cuba ko hidup sehari kat situ macam mana.. hahaha

Ni satu lagi jumpa signboard yang tak bley blah. Talian telefon aktif di sini katanya. Digi katanya. Tapi aku tengok phone aku hampeh. Line pangkah merah terus. Tak dapat nak update kat pesbuk aktiviti sengal ni. Hahaha.

Sampai Putrajaya cari kerang rebus. Tengok kat foodcourt Presint 9 tak buka. Kecewa. Trus pi Bangi. Makan kerang rebus berempah. Dah lepas gian makan kerang baru lah senang hati balik rumah.

Bila lagi bleh wat aktiviti sengal macam ni  lagi aek?



Thursday, 27 October 2011

Bowling tournament

Hai,
Semalam ada perlawanan bowling antara bahagian-bahagian di MOSTI. Setiap kali ada game macam ni tak kira sukan apa pun aku mesti berdebar. Takut xboleh nak perform. Takut mengecewakan  rakan seteam yang lain.

Game pertama dan kedua agak mengecewakan namun kami bangkit pada game yang ketiga...YEAAH.. Ala main relax2 jer.. Nak exited sangat pun bukan kita ni teror sangat. hahaha..

Result keseluruhan keluar hari ni. Team aku (MACHETTE) berada kat tempat ke-15 daripada 39 kumpulan yang lain. Kalau kitoang tak main2 ni rasanya boleh up lagi ni. Bukan tak nak buat betul2 kan. Tengok kemampuan macam tak boleh nak beat tapi dapat tempat ke-15 kira dah terbaik tu.

Keputusan secara individu yang paling aku tak sangka sebenarnya. Aku berada di tempat ke-11 daripada 45 orang wanita. Pasni boleh beli set bola bowling dan kasut. Hahaha.. Exited macam nak masuk tournament yang serius macam Shalin Zulkifli plak.

Post kali ni xde gambar. Tak sempat nak bergambar bila dah ber huha dengan member2 kat situ. Doang ni memang kelakar. Buat aku tergelak jer.

K la. Itu saja buat kali ni.

Eh, lupa plak. Ingat nk post pasal perkelahan kami kat Cameron Highland. Oleh kerana dah exited nak post pasal bowling jadi lupalah pulaknya. Hehehe..

K. jumpa next post di Cameron Highland.

Sunday, 23 October 2011

Ikan Bakar punya pasal

Hi,
Hari ni yang kita suka buat nak ajak anda menikmati makanan laut. Moh kita gerak ke Bagan Lalang. Perjalan amik masa sejam juga dari Putrajaya. Kami tertanya-tanya je bila nak sampai sebab macam jauh jer perjalanan tambahan plak hujan masa tu disedapkan lagi dengan jalan bengkak bengkok tak hengat. 

Tapi bila dah sampai agak best sebab makan tepi pantai walaupun gelap tak nampak pantai tapi boleh dengar ombak kira dah nyaman sangatlah tu. 

Sesi pemilihan seafood.

Kalau tengok ikan2 ni semua
 bukannya rambang mata tapi tak tahu nama ikan dan masakan yang sesuai dengan ikan2 tu. jadi, kita makan je apa yang dorang pilih. Memang terbaik.

Abang Zaidi memang suka main2 ngan ikan tu.

Ni Pepahat. Memang tak tahu makanan jenis apa tu. Tak pernah makan pun. Malam tu tak terbuka hati lagi nak try pepahat tu.

Kerang bakar menu wajib Kak Ayu (bertudung biru)

Tak habis2 nak main2 ngan ikan.

Jadi menu malam tu aku tak ingat sangat. Tapi yang aku ingat kerang bakar, ketam masak cili, ikan bakar, tomyam, telur dadar, kangkung belacan dan hmmm.. banyak lagi.

Bila makanan sampai jadi lupa nak amik gambar. Maka semuanya dah selamat dikendurikan kami.

Bolehlah tengok gambar pinggan yang dah licin je. macam mana? Dah habis makan baru ingat nak snap.

Sangat kenyang.

Boleh nampak pinggan mangkuk yang dah licin.

Hahaha.. memang betul2 kenduri ni.

Lepas makan korang ada dua pilihan. Pertama, korang boleh balik terus. Kedua, korang boleh terus pergi Port Dickson yang memang dah dekat sangat dah tu. K, enjoy your meal.


Inai di tangan

Huhu.. Kejadian tangan di inai pada hari khamis, tapi hari ni baru ada masa nak update. Tak sempat pun nak hello2 korang kan. Hari khamis hari tu kawan aku pelawa aku untuk jadi model tangan untuk koleksi inai dia. Nak buat album senang nanti bakal2 pengantin nak buat pilihan. Setakat ni dah banyak juga koleksi yang dah dikumpul. Oleh kerana aku ada masa maka bagilah tangan untuk di jadikan eksperimen design terbaru dia..

Kami berjumpa di sebuah cafe yang aku sendiri kurang ingat nama cafe tu akibat banyak sangat makan kepala ikan jadi pelupa plak. Ok, dah ingat. kat Chilli Peppers. Makanan kat situ memang sedap. Owner kedai tu pun sangatlah peramah.

Mari tengok design inai yang telah di diconteng kat tangan aku. Kita tolong promote kawan2.

corak bunga-bunga ni perlukan ketelitian. Tengok Kak Leen buat selamba je.

Menarik, tertarik tak.



Yup! nilah Kak Leen si tangan kreatif tu yang sudi menginaikan tangan gebu ni.
Boleh usha blog dia kat http://noorleenfazel.blogspot.com/ untuk mengetahui lebih lanjut. Sebab aku tak pakar sangat nak explain tentang design dan harganya. 

3 jam selepas tu dah boleh nampak hasil tapi kalau pengantin betul2 tak bolehlah 3 jam kan. Kenalah pakai sehari semalam.

Ha, dah nampakkan hasilnya!

 Si tangan gebu ni bolehlah melaram dengan inai ditangan.

Seperti yang diberitahu, tempahan hanya disekitar K.L, Selangor. Area-area lain 
ikut budi bicara Kak Leen. hehehe.. Menambah plak aku.

Kalau rasa nak pakai saja2 nak test2 ke bolehlah contact beliau kat alamat emel rleen82@gmail.com. Nak bagi no phone tak berani biar tuan punya diri bagi sendiri. K, Selamat Pengantin Baru kepada bakal-bakal pengantin.