Saya ada cita-cita. Cita-cita saya besar. Agak-agak tercapai tak dengan kemampuan yang agak terbatas ni. Saya cuba berusaha dengan sesungguhnya semoga Allah merahmati apa yang saya lakukan dan memberikan saya jalan bagi mencapai cita-cita saya.
Agak-agak saya jadi apa pada masa akan datang? Cita-cita saya menggunung tinggi. Bukan nak kahwin dengan anak orang kaya ke anak raja bagai, tapi cita-cita saya nk membahagiakan kelurga dan diri saya sendiri. Saya menginginkan anak-anak yang mempunyai cita-cita yang besar dan berusaha atas hasil sendiri macam saya.
Saya inginkan adik-adik yang kuat berusaha macam saya (eh, ter "up" diri sendiri plak) tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Agak-agak saya ni boleh tak berusaha tanpa berputus asa? Semoga saya kuatlah dan tak tumbang di tengah jalan.
Agak-agak ada tak sokongan untuk saya? saya harap keluarga saya menyokong kuat dibelakang saya. Saya tak kisah pun xde orang istimewa kat belakang saya kerana keluarga saya dah cukup kuat menjadi tiang sokongan kepada saya.
Dear Diary,
Nak tahu tak apa cita-cita saya. Meh saya bisik kat awak. Shi&&5#8skj#2ppsssttt^3)(*)...... Ok Diary, ni rahsia kita jer taw. Eh, saya nk buat kerja dulu. Bye
Psst: Kepada adik-adik kat luar sana, semailah cita-cita. Walaupun umur kita makin meningkat bukan bermakna pintu kejayaan juga akan tertutup untuk kita. When there's the will There's the way. Dada...
Apa masa lapang korang? Aku? Seperti sebelum ni menghabiskan masa menonton DVD. Sebenarnya ada satu lagi yang kau suka bila ada masa terluang, membaca novel.
Sekarang novel yang aku sedang baca adalah seperti di bawah:
Setakat yang aku baca dan faham cerita ni pasal seorang gadis jelita yang sangat arrogant dan suka permainkan lelaki. Pada suatu hari nenek dia membuat perjanjian pada dia supaya mencari suami dalam masa 566 hari untuk dia mendapatkan harta pusaka jika tidak, semua kekayaan miliknya akan jatuh ke tangan neneknya. Bermulalah rentetan pencariannya dan dibantu oleh PA yang setia, Kid. Bacalah, best.
Hahaha, tetiba nk say hello dalam bahasa korea. memag ada kena mengena dengan apa yag aku nak cerita sekarang ni.
Pernah tengok cerita Secret Garden tak? Pernah? Yer memang aku yg ketinggalan sikit. Ari tu masa nak pergi cari DVD cerita City HUnter pekerja kedai tu rekomen kat citer ni. Jadi memang aku tak tido malam sebab nak layan citer ni. Kredit untuk pekerja kedai DVD yag cute tu. Lepas ni nk mintak rekomen citer lain plak yer. Citer sedih xmoh, yang kelakar2 jer.. hehehe
Para pelakon Secret Garden
Drama ni menceritakan kisah Kim Joo Won (Hyun Bin), seorang CEO yang Ego dan eksentrik (seorang yg bersikap aneh) yang mengekalkan imej macam seorang yang perfect (kononnya), manakala Gil Ra Im (Ha Ji Won), seorang stuntwoman yang tak kaya dan humble yang mempunyai kecantikan dan body yang menjadi objek kecemburuan para top actresses. Pertemuan yang tidak sengaja ini bermula apabila Joo Won ingat yang Gil Ra Im tu actress bernama Park Chae Rin, menandakan permulaan yang tegang, pertelingkahan hubungan, Joo Won cuba menyembunyikan perasaannya terhadap Ra Im yang mengelirukan dan mengganggunya. Yang menyukarkan lagi keadaan, peristiwa pelik berlaku dan membuatkan mereka bertukar-tukar badan.
Hero dan heroin Secret Garden
Penyebab aku terus melekat nak tengok cerita ni. Oppa Hyun Bin!
Ngah wat per tu. Tido? oh haruslah waktu tengahari ni kan. Yang tak tido tu nak tanya ni. Adakah anda masih dalam feel raya. Of course kan lebih-lebih lagi terima jemputan rumah terbuka yang tak putus-putus. Memang kelas. OOppss kenapa gaya bercakap seperti kiah propa? Oh, supaya lebih meriah gitu di hari raya. Kalau pergi rumah terbuka tu ingat-ingat sikit. Lepas raya ni dah mula kena eksesais tau. kalau tidak nanti penyakit datang. Suka ke penyakit datang? Tak suka kan.
Raya aku tahun ni agak meriah jugaklah tapi seminggu awal je lah. yang selebihnya tak muncul lagi kemeriahannya. Tak tahu kenapa. Mungkin jemputan untuk rumah terbuka belum diterima lagi. Kepada u olls kat luar sana jangan segan2 nak jemput taw..
Raya pertama hari tu aku and keluarga balik kampung kat Pontian seperti yg aku cerita sebelum ni (Eh, kembali normal). Agak best jugak beraya dengan sedara mara. Pusing-pusing kampung.
Ni masa kat Pontian kampung sebelah mak. Beraya kat umah sedara mara.
Raya ke-3 kami balik kampung sebelah abah plak kat Felda ulu tebrau. Tapi, grandparents aku yang tersayang dua-dua dah xde. Tapi kami balik juga sebab makcik-makcik aku ada kat sana.
Ni adik-adik aku ngan sepupu-sepupu aku. Dah macam kanak-kanak spastik aku tengok dak dua orang ni.
Raya keempat kami balik semula ke Kluang. 3 hari sebelum balik Putrajaya aku habiskan masa mengunjungi sahabat handai dan cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku masa sekolah menengah dulu. Macam tak percaya dah 8 tahu aku meninggalkan sekolah. Rasa macam tahun lepas baru amik SPM (Nak cakap masih rasa muda lagi lah tu). Ada jugak pergi ke rumah bakal adik ipar tapi lupa nak amik gambar. hihihi....
Sempat jugak aku menghadiri majlis pertunangan sahabat aku, Ain fadzilah. Gambar kat atas tu tak perlu nak perkenalkan nama seoarang demi seorang sebab tiga-tiga pun namanya Ain. Aduhai..
Selepas tiada respon dari kawan aku yang duk dekat2 sebab nak raya umah kawan2 form 6 yang lain maka amik keputusan untuk ke Segamat melawat my besties yang pindah ke sana maka Khaled telah menjadi mangsa penculikan aku. Oleh sebab dia pun xde buat apa kat umah. Lagipun aku yang drive itu yang membuatkan dia lebih setuju untuk ikut aku. 2 jam lebih jugak lah perjalanan kami dengan xde pengalaman langsung jalan2 kat Segamat. Kira awesome lah dapat sampai ke rumah Fara tanpa sesat. You can count on me Khaled! hahaha..
Khaled, fara dan aku.
Hari yang seterusnya aku dan kawan-kawan menghabiskan sisa-sisa cuti raya kami dengan mengunjungi rumah cikgu-cikgu yang pernah mengajar kami.
Cikgu #1: Cikgu Azilah
Cikgu Azilah with Boys Team.
Cikgu Azilah with Girls Team.
Cikgu #2: Cikgu Rahim
Cikgu Rahim sempat menjemput kami join aktiviti alumni sekolah. Insyaallah cikgu jika berkesempatan akan kami join.
Cikgu #3 : Cikgu Rahimah
Cikgu Rahimah tetap mesra macam dulu. Teringat-ingat pisang goreng yang dihidang pada kami hari itu. Terima kasih cikgu.
Cikgu #4: Cikgu Nurminah
Kami akan ingat kata-kata cikgu "Jangan sekat rezeki orang lain".
Cikgu #5: Cikgu Miszalin
Cikgu awet muda kitoang panggil dia. Sebab muka tetap maintain muda. hihihi...
Cikgu #6: Cikgu Arba'iah
Sorry ganggu cikgu malam-malam.
Habis beraya rumah cikgu malam tu kami beraya kerumah dua orang kawan dan pulang kerumah masing-masing pad 12.45a.m. Hari yang sangat pack namun puashati. Xlah rasa kosong sangat raya tahun ni. Tahun depan kita raya lagi yer kalau panjang umur.
Yang ni rumah Hazrina yang pakai baju oren tu. Sedap laksa Goreng mak kau masak.
Rumah terakhir ialah rumah Ida yang duk kat kerusi, tengah2.
Dah 12 lebih jom kita balik.
Semoga ukhuwah persaudaraan dan persahabatan kita bertambah erat.
Pembaca Yang Kita Suka Buat semua. Pejam celik,pejam celik kita dah pun melepasi bulan Ramadhan. Hari ini (30hb Ogos) kita berada di bulan yang baru dalam kalendar islam iaitu bulan Syawal. Pada bulan Syawal ini kita meraikan Hari Raya Aidilfitri. Raya Aidilfitri ni plak kita raikan selama sebulan. Selama sebulan ni lah kita boleh mengeratkan silaturahim sesama kita. Yang jauh kita dekat-dekatkan, yang dekat kita erat-eratkan.
First raya kami balik kampung sebelah mak kat Pontian Johor. Suasana kampung memang ada tapi suasana raya agak kurang lah. Mungkin warga tua kat sini semakin kurang jadi generasi mudanya tak berapa nak kenal sangat saudara-mara termasuk aku. Tapi aku cuba sedaya upaya untuk mengenali sedara mara yang ada selagi orang tua aku masih ada. Mungkin yang agak meriah sekarang ni rancangan TV yang menjanjikan program-program yang menarik.
Lain family lain plak pengalaman rayanya. Mungkin raya anda lebih meriah dengan makanan, ye lah lain negeri lain plak jenis juadahnya, meriah dengan ahli keluarga yang besar. Family aku belum berkembang lagi maksud aku belum ada yang kawin jadi xde anak kecik. Tak meriah sangat kalau xde suara budak kecik maka berkumpul je lah dengan sedara mara yang dah ada anak2 kecil. Mungkin raya anda meriah dengan aktiviti open house dan macam-macam lagi lah.
Sambil-sambil dengar lagu raya ni aku nak susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali Nurul Ain binti Hairudin ni jika ada terbuat salah yang tak sengaja, terkecil kan hati sesapa, termengata yang tak tentu hala, harap dimaafkan. Mesej2 raya yang saya terima maaf sangat tak sempat nk reply panjang2 malah ada jugak yang tak tereply maaf sekali lagi. Selamat Hari Raya kepada semua semoga Raya anda lebih ceria dan hidup anda lebih diberkati oleh Allah hendaknya.
Bulan ramadhan kali ini banyak mainan emosi lah. Tak berapa suka sangat nak emo2 ni. Aku jarang nak emo tak pasal2. Sakit jiwa raga. Jadi sempena nak merdeka dan raya bakal muncul ni aku rewind balik yang baik2 je yang pernah berlaku pada aku sepanjang bulan ramadhan ni. Yang paling best semuanya adalah pertama kali yang pernah aku buat sepanjang hidup aku.
# 1:
Aku duk kat Putrajaya ni dah 3 tahun jugak lah. Tahun ini merupakan tahun ketiga aku menyambut puasa kat sini. Paling best tahun ni aku dapat buat tarawikh. Tahun2 yang lepas aku tak buat sebab.. aku pun xtaw. hihihi... Mungkin tahun2 yang lepas aku jarang duk rumah kut. Tahun ni memang aku banyak duduk kat rumah dan buat kerja2 yang lebih berfaedah. Umur dah semakin meningkat jadi diri sendiri perlu sedar lah kan. Tak kan nak tunggu orang lain ketuk kot..
# 2:
Sepanjang keterlibatan aku dalam koir, tahun ni merupakan kali pertama kami dijemput menyanyi untuk majlis berbuka puasa untuk kementerian kami. kami bawa lagu Insyaallah (Maher Zain) dan harapan Ramadhan (Raihan dan Man Bai). Atas bimbingan cikgu Is, walaupun agak kelam kabut sikit kerana kami dapat undangan last2 minit tapi segalanya berjalan lancar. Kami memang awesome... Biarlah memuji diri sendiri xde orang pun nak puji kami kerana kami jer yang taw susah payah dan perit getir nya.. Apa pun buruk baik hasilnya kami tetap berpuashati.
Awesome sangat jubah tu..
Bulan2 puasa ni upload gambar ada air merah macam ni menggugat iman jugak kadang2.
Lagi ada gambar air. Korang jangan pergi minum plak pasni..
Sentiasa tersenyum walaupun pelbagai dugaan dihadapi. kuikuikui.. kelakar bila dikenang balik.
Kat belakang tu menteri MOSTI sedang memberi ucapan kat depan kamera untuk RTM. Lepas tu bagi ucapan raya ramai2 tapi xsempat nak amik gambar tersebut.
# 3:
Pertama kali yang ketiga ni merupakan pertama kali yang paling tak di dilupakan. Ya, pertama kali shooting dengan Astro. Doang ada buka channel baru iaitu My music. Tapi channel ni dibuka sempena kemerdekaan sahaja iaitu bermula 31 Ogos sampai 16 September sahaja. Kalau kat umah tu ada Astro rajin2 lah buka ya. Dalam rancangan ni kami buat persembahan koir dengan menyanyikan 4 buah lagu Negaraku of course, Malaysia Inovatif, Malaysia Tanah Airku dan Malaysia Berjaya. Pengalaman yang sangat menarik walaupun kami berlatih last2 minit jugak. Puashati lah. Kira macam reward jugak buat kami yang masih setia dengan kumpulan koir ni.
Part yang best bila tiba2 doang cakap kami kena nyanyi sorang2 dan bagi ucapan. Tergamam seketika sebab kami xtaw plak program dorang macam tu. Dalam tak ready kitoang pun teruskan juga dan aku orang pertama yang berbuat demikian oleh kerana yang lain2 masih ragu2. Aku pun gabra juga mungkin dah ready dan nak abis cepat dan hasilnya memang laju jer aku cakap.
kumpulan harmony sedang amik feel dan keep berlatih sampai dapat suara yang dikehendaki oleh cikgu.
The Lyrics.
Camwhoring dengan menggunakan vendor machine sebagai props memang cari nahas.
Korang memang sengaja kan nak batalkan puasa.
Zul the Jambu.
Kak Fara dan Husna tauke jahit manik. cantik taw dia jahit manik. Nak tempah pi usha blog dia.
Malaysia Inovatif.
Eh, kenapa gambar ni ada lagi kat sini. Memang sengaja yer buat kesilapan ni. Oligo, Milo, slurrppp..
Pengambaran pun bermula.
Lagi aksi kami.
action, cut, action, cut.. Penat jugak taw.
Antara krew yang terlibat.
Masa beraksi seorang demi seorang. Turn aku dah lepas. x sempat nak amik gambar.
Tengah tunggu giliran. Padahal hati memasing dh dubdabdubdab jer. Blur xtaw nk pilih lagu apa.
Dan akhirnya mereka memilih untuk menyanyi lagu "Tanggal 31, Bulan lapan 57...."
Habis giliran dorang maka berakhir juga shooting pada hari itu. Terima kasih pihak Astro kerana telah memberi kami pengalaman cukup menarik.
# 4:
Ha, yang ni memang sangat pertama kali dan nolstagia sangat. Aku sengaja nak mengembalikan zaman kegemilangan kad raya maka aku beli kad raya, Pergi pejabat pos dan masukkan kad raya dalam peti surat. Memang nolstagia sangat walaupun amik masa juga nak sampai. Ini merupakan pertama kali aku bagi kad raya pada keluarga aku sepanjang aku jadi anak perantauan ni. Ada lah kelainan sikit kan pada tahun ni. Tak susah pun. Beli jer kad raya yang murah2 pastu koang pos lah. Koang mesti akan rasa xsabar nak tunggu doang dapat kad raya koang tu.
Kad raya simple jer tapi yang penting isi nyer tu ikhlas dari hati. Untuk keluarga dan makcik saya.
# 5:
Kali ni punya cerita memang aku tak pernah buat sebab aku tak yakin dan aku malu. hihihi.. Sebab sepanjang aku hidup ni memang bapak aku jer yang buat. Bayar zakat. malu taw nak jumpa amil yang muka suci2 ni. Lagi kalau yang ensem tu. Tapi tahun ni aku nak buat sendiri. Baru rasa macam anak perantau. kuikuikui...
Apap pun jangan takut dengan pertama kali. sebab yang pertama kali akan bawa kita yang kedua kali dan seterusnya. Tiada langkah pertama maka tiada langkah lain jadi tiada pembaharuanlah dalam hidup kita. Jadi kesimpulannya jangan takut mengalami perubahan. Jumpa lagi di lain hari. dada..
Dulu dia tak kurus macam tu, sebab tu aku jadikan dia sebagai penggalak aku untuk menurunkan berat badan. hihi.. Malu..
Dulu aku tak pandang pun dia sebab dia keluaran AF, tapi sekarang aku minat betul dengan dia mungkin kelainan yang dia bawa.
Perwatakan dia, genre muzik dia, gitar dia, suara dia sedikit sebanyak telah mempengaruhi aku dalam banyak perkara.
Oleh kerana dia kesukaan aku jadi aku nak ada cerita dia dalam blog aku ni sebagai tanda sokongan aku pada perjuangan muzik dia.
Aizat Amdan
Serba sedikit mengenai Aizat Amdan atau better known as Aizat. Born on 21st January 1989 (22 tahun, kira pangkat adik lah dengan aku ni). Anak ke lima daripada enam adik beradik.
Dia mula menceburi bidang ni dengan menyertai satu rancangan realiti show which is aku tak berapa nak gemor nontonnya tu sebab banyak sangat drama iaitu AF 5.
aizat first 2 singles:-
Dia telah keluarkan first 2 singles sahabat dalam bulan Jun 2007 dan Hanya Kau Yang Mampudalam bulan November pada tahun yang sama. Hanya Kau Yang Mampu merupakan instant hit dan Number One song di hampir semua radio dan TV carta muzik di Malaysia untuk beberapa minggu. Tepuk-tepuk-tepuk.
First full album:-
Aizat ni bukan je performer malah dia pun tulis lagu sendiri. Memang terbaik. Pada 24 Jun 2008, Aizat dah melancarkan full album pertamanya yang mempunyai 7 trak lagu, 5 lagu dia compose sendiri bersama-sama abang dia Anas (budak-budak ni memang genius. Aku suka adik-beradik ni). Nama album tu Percubaan pertama yang sangat diterima ramai. Yang best album ni 100% di produced by Kasi gegar entertainment Sdn. bhd., kat syarikat tu Aizat salah seosrang shareholde/director (Nasib baik pangkat adik).
Antara lagu-lagu yang best:-
LAGU KITA
HANYA KAU YANG MAMPU
CINTAI DIRIKU
FIKIRLAH
SELAMAT TINGGAL AKHIRNYA
PERGI
MELODI CINTA
ITULAH DIRIMU
KAU AKU
I GO
PENYELAMAT CINTA
JUST ONE BOY
ERTI HARI INI
SUSUN SILANG KATA
DIMANA KAU BERADA FEAT DJ FUZZ
PERPISAHAN INI – 1ST EDITION
Aizat's 2nd album:-
Urusan Aizat Amdan (UA2) ialah first full album 100% di produced oleh aizat dan published oleh label syarikat dia sendiri, Kasi gegar entertainment Sdn. Bhd., pendek kata semua berkaitan album ni dari compose, susunan lagu, penulisan lirik adalah dari air tangan aizat dan abang dia si Anas tu. Thumbs up untuk doang la. Sebab lagu-lagi yang ada kat dalam album ni semua sangat best dan menyegat.
Lagu-lagu yang menyegat tu:
1. YEARS FROM NOW
2. MANA OH MANA
3. SENYUM
4. ERTI HARI INI
5. SUSUN SILANG KATA
6. EMOTIONS
7. SUNGAI LUI
Sekarang plak nak war-warkan aktiviti terbaru Aziat yang korang boleh join dan meriahkan. Pada 3 Oktober 2011 akan diadakan konsert akustik Aizat di Dewan Filharmonik Petronas, 2/F Tower Two, Petronas Twin Towers, Kuala Lumpur City Centre pada pukul 8.30 malam dan bayarannya RM80 sahaja. Aku harap juga dapat join konsert ni. Minta sesapa boleh bayarkan tak. please.. (dengan muka simpati tahap maksimum dah ni).
Berhenti mencari sponsor sekejap untuk diri ini sebab nak bagi korang dengar lagu yang aku baru dengar yang aku dapat dari facebook Aizat Amdan. Sempena kemerdekaan ni juga aku bagi korang dengar lagu ni. Warisan. Enjoy!
Sikit komen lagu ni dari aku, agak sedih lah lagu ni. kalau tak mendayu sangat mungkin lagi mantap kot. tapi keseluruhannya lagu ni sangat best. k. Tak mahu ganggu korang menikmati lagu ni.
2 more days to go.. nak g mana? bukan pergi mana tapi nak puasa.. Sebulan untuk kita menahan lapar dan dahaga. Aku tak berapa nak ingat aku mula berpuasa pada umur berapa. Tapi yang pasti masa tu aku bersekolah rendah dan ponteng-ponteng puasa. Dan sekarang memang takde alasan nak ponteng puasa.
Apa pengalaman puasa korang? Apa azam puasa korang tahun ni. Puasa pun ada azam ok..
Aku berazam nak masak sendiri tahun ni.. Erk, kantoi. memang aku tak berapa pandai nak memasak jadi masa ni lah aku nak belajar sikit-sikit. Sila tunjuk ajar sifu2 kat rumah tu. Tiap-tiap tahun beli kat bazaar memang dah tak boleh blah dah tekak ni.
Sempena dua hari lagi nak puasa ni aku nak ucapkan selamat lah berpuasa ye. Semoga puasa kali ini dapat memberi beribu manfaat dan jangan kosongkan hari-hari korang dengan perkara yang tak berfaedah dan yang penting skali, jagalah kesihatan. Chiow yaw..
Yang Kita Suka Buat kali ini nak bawa anda ke satu tempat yang agak extreme buat first timer macam aku ni iaitu panjat Bukit Tabur yang berlokasi di Taman melawati. Bukit Tabur ni agak mencabar but enjoyeble. Kami (sebenarnya aku dan Fiza saja yang exited sebab yang lain dah pernah naik. Untuk pengetahuan kami berenam sebenarnya. Untuk explain 'kami' pun dah panjang lebar kat sini.) sanggup nak bangun seawal 5 pagi sebab nak rasa cabaran bukit ni.
kami berkumpul di kedai mamak untuk bersarapan seterusnya berkonvoi menuju ke Bukit Tabur. Kami mula mendaki pada pukul 7 lebih kalau tak silap. Eh, sebelum tu kena buat senaman pemanas badan dulu ya. kalau tidak macam-macam nanti jadi pada kaki.
gambar ehsan: KN
Sebenarnya untuk permulaan mendaki pun aku dah hampir nak lemah semangat juga. Bila dah dapat rehat sekejap dah ok semula. Padahal kalau ditengok dengan mata kasar bukit tu macam senang je. Tapi, tuhan je la yang tahu lenguhnya betis dan lutut aku ni.
Itu cabaran pertama. Bagi akulah. tapi yang dah biasa mendaki bukit ni mungkin kacang je kot. Lepas dah dapat balik kaki aku yang lenguh tu, kami mulakan perjalanan dan bakal menghadapi cabaran baru.
Agak bertuah juga pada hari itu kami telah bertemu Pendaki Solo Negara yang pernah mendaki Gunung Kinabalu sebanyak 111 kali selama 112 hari. Kembali bersemangat. Dengar kata lepas ni nak pecah rekod dunia pula dengan mendaki KL tower.
Selamat maju Jaya lah!
Mendaki bukit ni korang akan jumpa macam-macam halangan yang korang tak pernah buat (untuk fisrt timer) dan kadangkala macam tak masuk akal atau pun korang sendiri tak pernah terpikir pun akan lakukan aksi se 'extreme' itu. Tapi korang akan rasa seperti di beri ganjaran bila dapat melihat view yang sangat cantik bila dah sampai puncak. Aku boleh katakan kat sini Bukit Tabur ni boleh dikategorikan sebagai track latihan. Kalau lepas ni ada cita-cita nak pergi lebih jauh lagi.
Antara yang extreme-:
Gambar ehsan: KN
korang bayangkan..
Bukit berbatu yang telah selamat kami lepasi bersama-sama kasut aku yang bakal jadi kenangan yang
terindah.
Pentingnya bawa air.
Nampak macam susah tapi sebenarnya seronok. kalau panjat batu-batu mcam ni tak penat sangat sebenarnya. Yang penting korang kena pakai sarung tangan. Aku pun tak bawa sebenarnya. Terima kasih kepada Mr. Gadget.
Antara ganjaran pemandangan yang akan korang dapat:-
Nampak tak air tasik kat belakang tu..
gambar ehsan: KN
Tengok lagi.
gambar ehsan: KN
Ah, ruginya kalau tak naik bukit ni sampai habis.
Pemandagan seluruh bandar.
Aktiviti macam ni sebenarnya dapat menjalin hubungan baru dengan kenalan baru. Siapa cakap rakyat Malaysia ni tak peramah. Walaupun kami datang dari kumpulan yang lain-lain tapi kami masih bertegur sapa dengan baik, berkongsi pengalaman dan yang penting kerjasama.
Sekian untuk Yang Kita Suka Buat kali ni. Harap korang yang tak pernah pergi akan cuba aktiviti ini.